Nasib

25 0 0
                                    

Semua bukti sudah ada, tinggal lagi hendak tangkap dia sahaja. Inspektor Kamal membetulkan beretnya. Dia menarik nafas dalam-dalam, merenung wajahnya di depan cermin tandas itu. Sebentar lagi dia akan keluar, naik jip bersama beberapa anggota dan menuju ke lokasi persembunyian seorang penjenayah paling berbahaya pernah dia ketahui. Operasi ini sangat penting, dan kalau pasukannya berjaya, masa depannya juga cerah.

Penangkapan Basri Hamidon membikin gempar negara. Setelah membunuh dengan kejam tiga orang, dia melarikan diri dan bersembunyi. Inspektor Kamal sangat gembira dapat mengheret si keparat itu ke muka pengadilan. Sedikit yang dia tahu, tiga orang mangsa itu adalah; perempuan simpanan, saksi pembunuhan, seorang money boy kegemaran – kepada seorang raja yang masih di singgahsana – dan itu sahaja yang dia benar-benar tidak tahu...

Lelaki Perpustakaan dan Cerita-cerita LainnyaWhere stories live. Discover now