Itik dalam Pangsa

3 0 0
                                    

Pada hari itu ada seekor itik muncul dari lemari rumah jiran saya ketika mereka sedang bertengkar dan kemudian bila itik itu terbang melepasi pintu utama, tiba-tiba ia tersungkur jatuh. Bulu-bulunya bertebaran ditiup angin.

Saya tanya Asri, jiran saya tu, "Kenapa kau selalu bertaki dengan bini kau? Tiap-tiap hari pulak tu?"

   "Oh, jadi kau dengarnya? Kau mengintip dengar ke? Dasar telinga lintah," balasnya dengan wajah jengkel.

   "Tak. Kau gila ke? Bukan kerja aku lah nak mengendap-ngendap orang ni."

   "Habis tu?" Tanyanya tidak berpuas hati. Susah betul cakap dengan orang bingai ni. Takkanlah dia tak sedar? Suaranya dan suara bininya, Zana tu, mengalahkan kugiran lewat malam di ronggeng kampung?

   "Suara korang tu," kata saya, berdehem. Dia pandang tepat ke dalam anak mata saya.

  "Suara korang tu kuat sangat," sambung saya. Dia memaling muka dan berlalu pergi, terhenti seketika. Kemudian dia menoleh ke arah saya dan dekatkan jari telunjuk ke bibirnya.

   "Tolong jangan beritahu orang lain," kata Asri.

   Dia macam dapat agak yang selepas ini akan ada orang bertanya kepada saya berkenaan mereka. Suatu hari Makcik  Jahrah, jiran sebelah rumah Asri tanya saya pasal tu.

    "Aku syak dia main batu. Tak pun main mesin. Asyik berkelahi aje. Eh, dia takde cerita apa-apa ke kat kau? Aku rasa kat aras kita ni dengan kau sorang je dia pernah bercakap, kan?"

   "Diorang ada bela itik. Itik tu itik hutan," balas saya.

   "Haa? Dah buang tebiat agaknya diorang ni. Gila ke apa? Hisyy. Tak betul punya orang," kata Makcik Jahrah.

   Saya rasa bersalah tetapi sejak hari itu saya tak nampak lagi itik tu. Suara Asri dan bininya masih ada, cuma dah kendur sikit.

Lelaki Perpustakaan dan Cerita-cerita LainnyaWhere stories live. Discover now