Kiamat Rabu

5 0 0
                                    

Saya sedang ralit berangan. Cuaca nirmala. Sayup-sayup dengkang katak dan cericit unggas berkitar di telinga. Dan, tiba-tiba keadaan bertukar kelam-kabut. Seorang pendeta yang bertapa di puncak bukit bergegas turun. Berlari, terjerit terlolong macam kerasukan puaka hutan.

"Dunia akan kiamat!" Katanya.
"Bohong! Hari ni bukan jumaat." Saya meningkahnya.

"Dunia akan berakhir! Bersedialah." Tekan suaranya lagi.
"Diam! Diam!" Pekik saya.

Dia agaknya terkesan dan, mungkin berang kerana saya tak percayakannya. Dia tersenyum ketika kemarahan menghangat dalam dirinya, dan mengawal diri dalam anggukan, dengan rambut berayun bagai kipas dalam kegelapan, yang kemudian kembali terletak di atas bahunya.

"Sebatang pokok menghempap kabel letrik. Dunia di hujung jarimu, akan berakhir." Katanya perlahan seolah berbisik.

Tangan saya menggeletar, saya terasa seperti getah, kenyal dan akhirnya jatuh ke lantai seperti kain cindai dipuput bayu petang.

Telefon bimbit kehabisan bateri.

Lelaki Perpustakaan dan Cerita-cerita LainnyaWhere stories live. Discover now