Selera

30 2 0
                                    

Dia menyukai wanita berusia, yang matang, yang bijak dan punya daya tarikan tersendiri. Tetapi bukan jenis tua ganyut dan menggeleber kulitnya. Dia suka wanita matang, tubuh berisi sedikit dan berani berterus-terang. Namun sejak akhir-akhir ini seleranya itu meningkat ke tahap lain. Dia suka bini orang yang berusia—itu berlaku mendadak begitu saja. Semuanya bermula dari laman sosial. Bila dia menitipkan kata-kata jiwang karat via pm fb atau reply story ig, ada lah beberapa bini orang yang bertindak balas.

      Malam-malam sebelum diseret lena dia akan baring terlentang, membayangkan pelukan-pelukan melekap di tubuh dan ciuman-ciuman hangat bertalu-talu singgah ke muka, bibir, ubun kepala dan leher. Keinginan yang mencengkam itu biasanya datang pabila dia habis kerja syif malam. Pukul 2 pagi di atas tilam yang kumal dan sepi menjalar. Oh betapa bergelojak dadanya dan nafas yang bertukar panas. Dia mahu menghantar whatsapp kepada wanita berusia yang dia kenal tetapi... mereka semua nyenyak.

Lelaki Perpustakaan dan Cerita-cerita Lainnyaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن