"Aku benci hidup aku...isk..."

     Freddy menoleh ke arah bunyi suara itu, ianya datang dari arah dapur. Kaki terus diatur mengekori arah bunyi itu.

     "Apa kau buat kat sini?" Soal Freddy ingin tahu.

     Dia menghampiri Miya yang sedang memeluk lutut di atas lantai dapur. Miya langsung tidak mengangkat muka, dalam keadaan gelap sebegini menampakkan gadis itu seperti hantu.

     "Apa yang awak buat kat sini Fred?" Soal Miya kembali, dia mula mengangkat wajah. Air mata dikesat sebelum dia berdiri.

     "Apa yang kau buat kat sini?" Freddy akan mengulangi soalan sama selagi gadis itu tidak menjawab pertanyaannya.

     "Tt...tak tahu tapi tadi saya menangis. Jom ikut saya masuk bilik." Miya terus menarik lengan Freddy.

     Freddy rasa hairan melihat ruang bilik kecil itu. Mengapa semua ruang cahaya di dalam rumah ini seperti tingkap ditutup dengan kain bewarna hitam?

     "Kau cakap kau takut gelap." Freddy masih ingat tentang kata-kata gadis itu. Walaupun dia layan acuh tidak acuh tetapi dia tetap mendengar.

     Freddy meluru ke arah sebuah komputer, wayar berselirat di belakang komputer di atas meja itu. Ruang bilik Miya hanya mempunyai sebuah katil bujang, meja dan komputer semata-mata.

     "Takut, takut sangat. Taklah gelap sangat, tu cahaya. Saya takut yang gelap gelita." Miya menunjuk tingkapnya yang telah ditutup dengan kain bewarna hitam.

     "Kau nampak lain. Perempuan yang cium aku hari tu nampak comot dan serabai. Aku langsung tak cam muka kau."

     Pakaian dan comot di wajah nampak seperti gadis itu seorang gelandangan tetapi kini, selekeh gadis itu sudah hilang. Miya termati kata, apa yang perlu dia jawab?

     "Mana ayah kau?"

     Ayah Miya pernah menjemput gadis itu di rumah Hezrick sewaktu gadis itu datang melawatnya. Di mana lelaki itu?

     "Ayah tak ada kat sini, tak tahulah pergi mana. Fred, boleh tak saya tinggal dengan awak aje? Saya pun takut duduk rumah seorang tanpa kawan, kerja, duit dan kasih sayang." Miya menunduk wajahnya, perlahan saja suara gadis itu berkata.

     "Jom." Freddy ingin melangkah keluar tetapi ditahan.

     "Jangan tinggal komputer kesayangan saya." Kata Miya bernada sayu.

     "Nanti aku suruh anak-anak buah aku angkut. Cepat, aku ada kerja ni."

     Giliran Freddy pula menarik lengan gadis itu. Dia sendiri yang akan membawa gadis ini tinggal bersamanya, mungkin jawapan yang dicari akan diperoleh dengan lebih cepat, siapa tahukan?

     Miya tersenyum penuh makna, rancangan keduanya berjaya dalam sekelip mata sahaja. Freddy nampak keras di luar tetapi di dalam? Lelaki itu nampak begitu baik dengannya.

     Beg milik Herith diraba bagi mencari pendrive milik lelaki itu. Kata Herith, pendrive miliknya berada di dalam beg ini, tetapi tiada pula.

     "Bodohlah dia ni." Beg tersebut dicampak kasar ke atas lantai sebelum dia melangkah keluar.

     "Wei bodoh, pergi cari sekarang. Aku nak buat kerja ni." Ujar Enrique bernada kasar. Muka serabut ditayangkan kepada Herith.

     "Kaukan banyak pendrive?"

     "Aku nak yang kosong, cepatlah!" Enrique mula menjerit.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now