"Err... kejap ya." Mikayla terus melangkah pergi. Keizinan suaminya perlu diutamakan.

     "Oh Ricky hasut kau sampai macam ni sekali tak percaya pada aku. Kau tunggulah perempuan." Enrique terus beredar dari situ bersama Hezrif di dalam gendongan.

     Kereta milik Hezrick dipandu, dia tidak menggunakan kereta miliknya kerana tiada carseat. Hezrif di belakang hanya bermain-main dengan jari jemarinya yang kecil.

     "Yah yah du." Hezrif membebel kecil di belakang.

     "Apa? Papa kacak? Mestilah, nanti Hez pun akan jadi kacak macam papa." Enrique tersenyum manis mengerling Hezrif melalui cermin tengah.

     "Da da da!" Hezrif mula menjerit setelah mendapat tidak balas daripada Enrique.

     "Ololo... sebenarnya kita nak pergi beli makanan untuk Uncle Herith yang busuk tu dan lepak kat rumah. Duduk dalam pejabat rasa nak muntahlah, muak habis tengok muka daddy Hez." Dalam hatinya masih ada kebaikkan iaitu kebaikkan ingin menjaga Herith ketika sakit.

     Kereta diparkir di luar sebuah restoran. Enrique mendukung Hezrif keluar dari kereta sebelum kakinya terus melangkah masuk ke dalam restoran tersebut.

     "Duduk diam-diam, nak kena tumbuk ke?" Soal Enrique bernada sedikit tegas kepada Hezrif yang nampak tidak selesa.

     Selesai membayar makanan, terasa seperti kocek seluar belakangnya diseluk seseorang membuatkan wajahnya terus berpaling ke belakang.

     Dahi berkerut teruk melihat wajah gadis yang sedang membelek duit di dalam beg dompet miliknya. Nak mati ke perempuan ni?

     "Aku punya ni." Enrique merampas kembali beg dompet miliknya lalu dimasukkan kembali ke dalam kocek seluar belakang.

     "Hai Enrique, pinjam duit sikit boleh? Saya nak bayar duit sewa rumah, dah tiga bulan tertangguh." Asniya mula menegur Enrique bersama senyuman lebar menayangkan sebaris gigi.

     "Baru tiga bulan, bukannya lima bukan pun. Dah miskin sangat ke owner rumah tu? Nak berapa ni?" Enrique menyeluk kocek seluar belakang mengambil beg dompet tadi.

     "RM1500, alang-alang awak nak bagi, lebih baik saya mintak tolong bayar semua," Asniya mengira jari-jari runcingnya.

     "Aku ada ni aje." Enrique mengangkat satu not RM50 tepat di hadapan wajah Asniya.

     "Jomlah pergi bank." Asniya terus menolak tubuh Enrique keluar dari restoran tersebut.

     "Bala-bala." Enrique menggeleng kecil.

     "Comellah budak tu, anak siapa?" Asniya yang duduk di sebelah Enrique mula menoleh ke belakang bagi melihat Hezrif.

     "Kenalkan anak aku, Hez." Jawab Enrique dengan malas. Banyak cakap, sakit telinganya.

     "Huh?! Anak awak?! Tak gunanya."

     Jelas kelihatan wajah Asniya yang dibuat-buat terkejut mendengar jawapannya. Perempuan ni suka berlakon membuatkan dia perlu lebih berhati-hati.

     "Jeritan kau belum cukup hebatlah. Tapi kalau kau dengar jeritan Kayla, fuh betul-betul masuk telinga. Silap hari bulan boleh berdarah telinga aku ni." Kata Enrique bersama mata yang ditumpukan pada jalan, sesekali dia mengerling ke arah Asniya.

     "Kayla? Siapa Kayla?" Asniya mengerutkan dahi memandang sisi wajah Enrique.

     "Bini aku." Jawab Enrique pendek.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now