Dari ekor mata terlihatkan dua orang lelaki sedang berbual tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Freddy hanya beriak biasa, dia tahu mereka berdua hanya berlakon.

     Pintu kereta dibuka, tiba-tiba dua orang lelaki tersebut meluru ke arahnya dan menegur bertanyakan tentang pekerjaan Freddy.

     "Syarikat Dentro Xizel's Holding, nak mintak kerja ke? Boleh berurusan dengan pengurus," Jawab Freddy bernada biasa seperti dia sedang bercakap dengan pekerjanya.

     "Saja tanya sebab kau pakai kereta mewah ni mesti pangkat besar jugakkan?"  Kata salah seorang daripada mereka berdua.

     "Ada apa-apa lagi?" Soal Freddy, dia tidak berminat untuk bersembang panjang.

     Jika dua orang lelaki di hadapannya ini sudah merancang sesuatu, dia akan ikutkan saja untuk mengetahui apa sebenarnya yang dikehendaki mereka.

     Kayu sebesar lengannya yang disorok salah seorang daripada lelaki tersebut dilihat sekilas, okay sudah nampak. Bukti sudah jelas menunjukkan bahawa mereka berdua menginginkan sesuatu daripadanya.

     Seorang daripada mereka bertindak memukul kepala Freddy. Freddy berundur sedikit ke belakang menjadikan pukulan tersebut tidak terlalu kuat mengenai sisi kepalanya.

     Tubuh Freddy rebah ke atas jalan tar, dua orang lelaki tersebut mengukir senyuman sinis sebelum mereka mengangkat tubuh Freddy.

     "Dengar boss cakap macam susah sangat nak tumpaskan, malangnya senang macam goreng kacang!" Kata salah seorang daripada mereka sambil memandu.

     "Mulanya aku takut jugak tapi tak apa, kita kena cari bukti aje sama ada betul atau tak dia ni Fred yang kita cari." Ujar yang seorang lagi.

     Freddy yang berlakon pengsan dan terbaring di seat belakang hanya mendengar perbualan mereka berdua.

     Tubuhnya diangkat lalu diletakkan dengan kasar ke atas sebuah katil di dalam bilik. Freddy yang masih berlakon tiba-tiba merasakan lengan kirinya dicucuk jarum.

     Untuk apa darahnya diambil? Ingin saja dia mencelik mata tetapi dia perlu bertahan sehingga semua ini selesai. Darahnya tiada digunakan di mana-mana sistem jadi, dia sedekahkan saja. Perilaku penculik ini nampak seperti mereka tidak akan membunuhnya.

     "Cukup ke banyak ni? Atau nak kena ambik lagi?" Salah seorang daripada mereka mengangkat sebotol kaca yang terisi darah Freddy.

    "Cukuplah tu, jom keluar. Kalau dia sedar ni, mati kita," Lelaki itu mengemas barang-barang yang telah digunakan sebelum mereka berdua melangkah pergi.

     Freddy terus bangun dan duduk, siapa mereka berdua? Adakah ini kerja Miya? Dia perlu berjumpa Miya, jika gadis itu mahukan darahnya, mengapa tidak minta sahaja?

     Di sebalik tirai, dia dapat melihat dua orang lelaki melangkah masuk ke dalam kawasan pagar rumah tersebut. Itu adalah Enrique dan Herith! Adakah dua orang lelaki tadi sudah keluar dari rumah? Susahlah tidak memakai lens.

     Akhirnya Freddy memejamkan mata untuk tidur. Jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi tetapi dia masih tidak dapat melelapkan mata oleh kerana memikirkan tentang ke mana darahnya dibawa pergi.

     Pintu bilik Enrique ditolak, kelihatan lelaki itu sedang makan ayam goreng di dalam bilik. Entah dari mana dia dapat ayam goreng tersebut. Enrique menoleh ke arah Freddy.

     "Bro! Kau buat apa kat sini? Rindu nak manja-manja dengan aku eak? Sini meh." Tempat duduk kosong di sebelahnya ditepuk-tepuk bersama senyuman lebar.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now