"Anjing tak guna!" Dengan pantas Shin Zeng meluru ke arah Enrique untuk membelasah lelaki itu.

     "Tak nak gaduhlah!" Enrique terus berlari bersembunyi di belakang Zieymo yang baru tiba.

     "Zieymo, kau tengok tengkorak manusia ni nak bergaduh dengan aku! Pukul dia Zieymo, tunjukkan kekuatan kau sebagai seekor semut jantan!" Jerit Enrique kuat sebelum belakang tubuh Zieymo ditolak ke hadapan.

     "Aku fail lah bab-bab lawan ni, tapi tak apa. Kita boleh cuba." Zieymo menahan layangan tangan Shin Zeng yang ingin menumbuk wajahnya sebelum satu tumbukkan dilepaskan tepat mengenai perut lelaki cina itu.

     "Wow dah lama rasanya tak pukul orang," Zieymo terus menerus menumbuk perut Shin Zeng sehingga tiada ruang untuk lelaki itu membalas serangannya.

     Shin Zeng ditendang jatuh menghempap Kashah yang sudah bangun untuk melarikan diri sebelum mereka berdua kembali terjatuh di atas lantai kelab.

     "Pastikan dah tukar tulang kepada besi barulah boleh nak lawan aku," Ujar Zieymo bernada sinis.

     Shin Zeng dan Kashah berlari menyelamatkan diri mereka kerana serik dipukul. Mata Zieymo diliarkan ke sekeliling melihat keadaan ruang vvip itu sudah nampak seperti kandang kambing yang mempunyai kaca dan botol arak pecah di merata-rata tempat.

     Baru sekejap saja dia menyuruh Enrique menunggunya di sini. Jika dia tidak datang tadi? Boleh meletup satu kelab malam dek kerana perangai Enrique yang suka mencari masalah dengan orang lain.

     "Kenapa tak sudahkan?" Zieymo mengambil tempat di sebelah Enrique yang sudah mula bermain-main dengan botol arak.

     "Penat. Agak-agak kalau aku bekalkan pelbagai jenis arak kat kelab malam, semakin maju tak perniagaan dadah aku?" Soal Enrique yang cuba mengambil pendapat Zieymo.

     Mereka berdua mempunyai tahap pemikiran yang luas walaupun disalahguna, mereka tetap akan menjadi diri mereka yang sebenar. Kata Enrique 'untuk apa kita jadi hipokrit baik kalau boleh serlahkan kejahatan yang sebenar?'

     "Aku tak hisap dadah sebab tu aku tak beli, bukannya aku tak nak support kau. Tapi kalau kau jual arak, aku beli kut, itu pun kalau ada duitlah"

     "Aku tanya lain kau jawab lain, bijak ke ada otak macam tu?" Enrique menoleh ke arah Zieymo sebelum matanya kembali melekat pada botol arak.

     "Maju punyalah, kenapa? Jualan dadah kau dah semakin jatuh ke?" Soal Zieymo bernada biasa.

     "Tak, aku kena hire pekerja untuk urus semua ni sebab aku nak urus diri sendiri pun tak sempat. Dah berapa hari tak mandi, busy getting money hahaha..."

     "Tu bukan busy tapi tu gila sampai tak mandi. Penipu! Aku kenal sangat dengan muka penipu kau yang ada iras-iras anjing ni. Rambut tu nampak dah macam bulu anjing, sepadanlah," Zieymo tergelak kecil.

     "Ni rambut original ya, rambut kau? Coklat? Sejak bila keturunan Scilert ada rambut warna coklat? Mak kau curang dengan ayah kau ke?" Enrique menayangkan senyuman sinis.

     "Entah, iye kut. Malas ambik peduli tentang semua benda tu sebab dia orang pun tak pernah ambik tahu fasal aku. Kita semua membesar dengan grandpa aje dari kecik. Dia hidup lagi tak eah?" Sejak dia keluar daripada rumah agam milik Beaton Scilert, dia sudah tidak ambil tahu tentang mereka semua.

     "Boleh tebang pokok kira gagah lagilah tu." Jawab Enrique bersahaja, matanya terpandangkan jam tangan yang menyala bewarna merah secara tiba-tiba menandakan ada sesuatu yang akan berlaku.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now