Wajah lelaki halimunan itu ditumbuk kuat sebelum dia mencapai sepucuk pistol di belakang seluar.

     "Kau duduk diam!" Enrique mengacu pistolnya ke satu arah.

     "Alaa tak best lah macam ni. Kenapa datang cari aku? Rindu nak jadi gay macam dulu ke? Sini nak kiss sikit..." Lelaki halimunan itu bangun dan terus meluru ke arah Enrique.

     Pang!

     Gerakkan pantas Enrique membuatkan lelaki itu tidak dapat mengagak. Pipinya ditampar kuat sehingga kepala  terteleng ke tepi.

     "Hahahahahaha!" Lelaki yang ditampar hanya melepaskan tawa besar seperti orang tidak siuman.

     "Aik? Sejak bila Zieymo jadi gila?" Soal Herith yang berdiri tidak jauh dari mereka.

     "Siapa tu?" Soal lelaki yang bernama Zieymo. Tiba-tiba tubuhnya dapat dilihat dengan mata kasar.

     Baju halimunan itu benar-benar membantunya. Tidak sia-sia dia berhabis masa di bilik selama bertahun-tahun jika sudah tahu hasil ciptaannya tip top sebegini.

     "Aku malas nak cakap banyak, daddy kau suruh aku cari dan kutip kau. Dia dah tak larat untuk jaga kau. Kau dah besar bro! Kenapa masih nak susahkan dia lagi sedangkan kau boleh jadi jahat macam aku?" Soal Enrique yang kelihatan sungguh tidak berpuas hati.

     Ikutkan hati, dia hendak biarkan saja saudaranya yang seorang ini hidup berdikari, tetapi jika sudah setiap hari dia mendapat panggilan daripada ayah si Zieymo mengadu tentang hal anak lelakinya, lebih baik dia menarik lelaki ini berkerja di bawah Hezrick kerana keupayaan lelaki ini, tiada pada diri orang lain.

     "Apa lagi yang dia adu? Aku mintak duit sebab nak siapkan ni aje. Lepas tu baru cari kerja, kau jangan sibuk." Zieymo mula hilang dari pandangan mereka tetapi itu semua belum cukup untuk menipu si penipu bertanduk syaitan seperti Enrique.

     "Ikut aku sebelum aku rosakkan baju halimunan kau." Ujar Enrique menggunakan nada yang keras.

     "Okay jom Herith! Kita ke syurga malam ni, lepak lu bro." Zieymo memeluk leher Herith.

     Zieymo, saudara Enrique. Dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia oleh kerana ibunya juga berasal dari negara itu. Penganggur yang berjaya hidup bersama komputer dan barang-barang ciptaannya sendiri. Dari mana dia mendapat duit? Semua datang dari ayahnya yang kaya raya.

     "Bini kau macam mana?" Soal Herith ingin tahu. Mereka bertiga sudah mengambil tempat di salah sebuah meja kelab malam tadi.

     "Bini? Aku ada bini ke?" Soal Zieymo, tawa kecil dilepaskan.

     Pak!

     Enrique memukul kuat belakang kepala Zieymo sehingga mulut lelaki itu tercium meja.

     "Kau dah tak nak bini kau ke? Bagi aku, aku boleh jaga dia. Fresh lagikan?" Soal Enrique sinis, dia tahu semua perkara tentang Zieymo.

     "Ambiklah, aku pun dah lama tak jumpa dia. Entah fresh lagi ke tidak, perempuan macam tu memang sanggup buat apa aje untuk hidup senang. Aku ni susah, manalah dia nak kat aku." Zieymo meneguk arak yang baru dihantar pelayan beberapa saat yang lepas.

     "Kau gantung dia tak bertali?!" Mulut Herith terlopong luas.

     "Gantung apa benda pulak ni? Lebih baik aku gantung dia kat kipas biar mati terus. Mudah hidup aku." Zieymo menayangkan senyuman sinis.

𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚Where stories live. Discover now