Jungguk menatap wajah itu penuh minat. Senyuman sinis terbentuk di bibir bila dia perasan mata Taehyung yang sudah berair.

"Jangan sebut pasal mak kita. Kita tak suka! " penuh berani Taehyung menjawab.

Ya!  Dia tak kesah orang menggelar dia cacat.  Dia sedar dia tak sempurna. Dia terima kutukan orang sekeliling. Tapi jangan sesekali menyentuh soal ibu.  Taehyung amat sensitif jika soal itu dibangkitkan.

"Wow!  Marah betul kau eh!  Kenapa aku takleh sebut pasal mak kau pulak?  Kenapa? " balas Jungguk seraya melepas kasar dagu Taehyung.

"Jangan jangan mak dia dah tak ada kot." kata Jeman semula dengan ketawa kecil.

"Haah.  Aku pun rasa macam tu.  Alah kesiannya kau ni... Dahlah cacat!  Terencat! Tak ada siapa jaga kau ya?!  Tch tch tch.. Sedihnya cerita hidup kau... " Jungguk berkata sinis. Senyuman mengejek tidak lepas dari bibir.

Yoongeh yang memerhati hanya tergelak besar.  Seronok betul hiburan mereka hari ini.

Urat hijau mula timbul di leher bila soal ibu terus dibangkitkan.  Taehyung mula berapi. Dia marah!

Wajah Jungguk,  Jeman dan Yoongeh yang masih seronok ketawa ditatap tajam.  Dia mula mengigil menahan marah yang teramat.

"Ber.. Berhentii..." tersekat sekat suara Taehyung dek kemarahan yang melampau.

"Bwo?  Berhenti?  Kau nak Kiteorang berhenti?  Heh..geng! Dia suh kita berhenti kacau dia lah." Jungguk ketawa jahat.

"Berhenti dalam bahasa inggeris apa eh? " tiba tiba si Jeman menyoal.

"Stob it. " balas Yoongeh penuh yakin.

"Eja eja!"

"S. T. O.B.   I. T! " serentak ketiga bahalul itu mengeja lalu ketawa deras.

"Diam!!!!!! Kita suruh diam!  Diamlah!!! "

Taehyung hilang kawalan.  Dia mula mengamuk.

Tubuh Jungguk terus ditolak kuat hingga tersungkur jatuh ke tanah. Tidak cukup dengan itu,  kerusi plastik pula dibaling ke arah Jeman dan Yoongeh.

Pap!!!

"Yaish tak guna!!  Sakitlah bodoh!!! " Jeman mencarut geram bila dia lambat mengelak.

Kerusi plastik itu berjaya menghentam betisnya.  Agak padu jugak balingan Taehyung.  Hingga merah betis Jeman.

"Tak padan dengan cacat.. Ada hati nak cari pasal yaa..." Yoongeh menepuk baju yang terkena habuk.

Mata tajamnya terpacak tepat pada wajah Taehyung yang sudah bermengah mengah.

"Jangan kacau kita!!! Jangan cakap pasal omma kita!!!  Kita tak suka!!!! " Taehyung menjerit kuat dengan air mata yang mengalir deras di pipi.

Hati dia sakit!!! Sakit!!!

"Tch! Kurang ajar! Dahlah pendatang baru kat kampung orang.  Berani buat hal eh.. " Jungguk gosok kasar tepi bibirnya.

Dia tak puas hati! Kurang ajar,  berani Taehyung tolak dia. Ini jaguh kampung tau,  pantang mengalah!

"Geng tunggu apa lagi? Serang!!" bagaikan pendekar,  Jungguk memberi arahan.

Jeman dan Yoongeh terus mendapatkan Taehyung.  Yoongeh menyepak kuat kaki Taehyung menyebabkan dia terbaring di tanah.  Jeman tak lepas peluang,  dia terus menumbuk muka Taehyung.

Langsung tiada belas. Mereka membelasah sepuas hati.

"Kakak!!!!  Tolong!!!!  Tolong kitaaa!!!!" jeritan Taehyung bergema dalam tangisan.

Buk!!

Buk!!

Buk!!

Bertubi tubi wajahnya ditumbuk.  Dia tidak mampu menepis. Jeman dan Yoongeh terlalu tangkas. Dia tak mampu mempertahankan diri sendiri.

"Nah rasakan ni!!!"

Belum sempat kaki Jungguk mahu menendang,  tubuhnya terus disepak kuat dari belakang.

DEBUSHH!!!!

"Argh! " Jungguk tergolek jatuh.

Berkerut dahinya menahan sakit.  Pinggangnya dipegang.  Perit! Tendangan itu hampir mematahkan tulang belakangnya.

"Woi Jungguk! Kau okay tak?! " kelam kabut Jeman dan Yoongeh berlari pada ketua mereka yang sudah terciduk.

"Taehyung... " Chan Mi terus mendapatkan Taehyung yang masih mengerekot di atas tanah.

"Sakit!  Tolong berhenti pukul kita!  Kita sakit!  Namjoon hyung!  Seokjin hyung!  Tolong Tae! " tangan Chan Mi yang disangkakan Jeman dan Yoongeh ditepis.

Taehyung trauma! Dia tidak mampu menanggung rasa sakit lagi! Tidak pernah seumur hidupnya dia di belasah begini.

"Tae ni aku.  Jangan takut Tae.. Aku datang.. " berair mata Chan Mi sebaik melihat keadaan lelaki itu.

Diri Taehyung dari atas sampai bawah habis kotor dan comot.  Nasi berterabur penuh di kepala dan wajah taehyung sudah lebam kebiruan.

"Kakak?" perlahan kepala diangkat sebaik mendengar suara itu.

Mata Taehyung bertemu dengan mata  Chan Mi. Mereka bertatap seketika sebelum tangan Chan Mi naik menyentuh pipi Taehyung.

"Gwenchana.. Aku datang.. Aku ada.. " perlahan air mata di pipi Taehyung diusap.

Taehyung hanya diam. Chan Mi terus memapahnya untuk bangun.

Taehyung tak banyak songeh, walaupun sakit dia tetap cuba untuk berdiri dengan bantuan Chan Mi.

"Kita balik okay? Maafkan aku Tae. Maafkan aku.. " bisik Chan Mi dengan nada bergetar.

Pinggang Taehyung dipeluk kemas.  Dia tahu Taehyung sakit. Setiap kali ada pergerakan muka jejaka itu akan berkerut.  Dia perlu bawa Taehyung balik dan tinggalkan tempat ini.

"Woi!!!! Korang nak pergi mana ha?!!  Benda belum selesai!!  Woi cacat!  Kau tunggu aku dapat kau!  Mati kau, aku kerjakan!!" Jungguk menjerit geram bila susuk mereka berdua makin menjauh.

Berkerut dahinya bila melihat gadis tidak dikenali itu membantu Taehyung masuk ke dalam kereta.

Namun Jungguk terkedu sebaik gadis itu menjeling tajam ke arahnya sebelum memandu pergi.

Renungan maut gadis  itu tersirat beribu makna dan dia tidak sedap hati dengannya.

"Wush lawa siot awek tu?  Siapa agaknya eh?  Kakak dia ke? " kata Jeman dengan sengihan lebar.

Jungguk diam.  Mindanya masih terngiang jelingan maut gadis yang bersama Taehyung tadi.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now