Part 24. Dugaan 1.0

Începe de la început
                                    

"Bos, Puan Luna ada di depan pintu," maklum Zack melalui interkom.

Baru Zariel tersedar dengan bunyi ketukan di luar. Fokus sangat dia tadi.

"Suruh dia masuk je terus," arah Zariel.

"Baik, bos,"

Sebaik sahaja itu, Zack panggil Luna.

"Puan, bos suruh masuk je,"

Luna mengangguk dan terus masuk ke dalam.

Zariel memandang kelibat Luna yang berblous pink purple bersama seluar jeans berwarna putih. Cantik. Sesiapa yang pandang Luna mesti akan puji kecantikan Luna dalam hati. Tudung shawl berwarna putih mutiara pula pelengkap pemakaian Luna hari ini. Ringkas tapi comel dan elegan. Kombinasi yang menarik.

Zariel tanpa sedar tersenyum nipis. Luna hanya berdiri di hadapan meja Zariel dengan perasaan geram.

'Boleh dia buat aku tercongok kat sini?,' Luna yang confident pun boleh segan kalau orang pandang dia tanpa henti. Dah lah dia tercongok je macam patung.

"Apa yang bos nak?," tanya Luna.

Zariel mengeleng perlahan. Terus berubah sedikit wajah Zariel bila Luna guna nada formal dengan dia.

"Aku tak suka," tegur Zariel sambil berdehem kecil.

"Huh?," balas Luna.

"Aku tak suka. Jangan jadi formal dengan aku," pesan Zariel.

Zariel rasa macam mereka ni orang asing sangat kalau Luna tayang profesional.

'Seriously? Nak bergurau kecil macam tu pun tak boleh? Lagipun aku pekerja dia kan. Sekarang ni bukan di rumah,' fikir Luna. Tetapi dia hanya akur dan semat dalam ingatan pesanan itu.

"Okay. Kenapa suruh Joey panggil saya? Saya baru ingat nak lunch dengan kawan office," kata Luna sedikit terkilan.

"Saja. Sebab rindu," balas Zariel bersahaja sebelum kembali fokus pada kertas yang bertimbun di atas mejanya. Mujur tak terlalu berselerak di depan Luna. Nasib baik masa dia serabut belum tiba.

Luna cuba beriak biasa. Mana tahu Zariel saja nak tengok reaksi dia. Luna sedikit tergaman tadi sebenarnya.

"Like seriously? Masa yang sepatutnya saya guna untuk lunch, awak nak saya berdiri depan awak while awak hanya sambung kerja awak?," soal Luna dengan nada tak percaya. Dia cuba untuk hilangkan getaran di dada bila Zariel ungkap rindu.

Zariel hanya diam umpama tak dengar apa-apa. Saja nak mengusik Luna. Luna mendengus lembut sebelum pusing menuju pintu keluar. Cepat-cepat Zariel melarang.

"Okay okay. Just kidding! Merajuk ke, honey-sugar-butterscooth-sweetie-pai-cutie
cupcake?," usik Zariel.

Luna menahan senyuman yang hendak melebar. Kalah dengan usikan Zariel. Zariel panggil Luna. Luna menurut. Dia menghampiri Zariel dengan senyuman manja. Dengan bersahaja, Luna duduk di atas riba Zariel. Tangan Zariel terus merangkul pinggang Luna. Luna melingkarkan tangannya di leher Zariel. Mereka hanya bertatapan begitu tanpa buat apa-apa. Lama juga keadaan mereka macam tu.

"I miss you," luah Luna perlahan dengan jujur.

Luna benamkan muka di dada Zariel. Entah kenapa lepas cakap macam tu dia rasa malu nak pandang muka Zariel. Zariel tersenyum. Senyuman yang orang lain tak pernah nampak. Senyuman manis yang sangat kacak. Wajah Luna diangkat dan ditatap dengan pandangan lembut.

Luna terpanar. Senyuman Zariel buat dia tiba-tiba rasa mabuk. Handsome-nya Zariel bila dia senyum macam ni. Tanpa dapat ditahan Luna dekatkan wajah mereka. Bibir yang mengukir senyuman manis tu dipandang hangat. Jari Luna sentuh bibir Zariel.

"Merahnya," komen Luna dengan lirikan nakal.

Zariel menelan liur. Terasa gugup. Kemudian... Zariel mengumpul semula kekuatan. Senyuman Zariel dah berubah jadi penuh makna.

"Try seducing me?," tanya Zariel perlahan.

Luna tersenyum mendengar nada menggoda Zariel.

"Saya rasa saya dah ja--,"

Bicara Luna terhenti tatkala pintu dibuka tanpa salam. Hampir sahaja Luna terluah perasaan dia. Pandangan pasangan ini terus tertumpu di muka pintu.

Nayla sedikit tergamam melihat kedudukan intim Zariel dan Luna. Kalau silap tafsir mereka kelihatan seperti sedang berciuman. Wajah Luna dan Zariel sangat dekat. Pucuk hidung mereka hampir menyentuh satu sama lain.

"Opss... sorry," ujar Nayla tanpa rasa bersalah. Dia tersenyum kambing.

Luna baru tersedar yang kedudukan dia dengan Zariel sangat rapat. Terus dia bangun dari riba Zariel. Luna rasa nak menjerit malu sebelum menampar Nayla yang tak tahu malu kacau masa dia nak bersweet dengan Zariel.

Wajah Zariel juga mula tegang. Apatah lagi yang ganggu mereka itu Nayla. Nayla dengan tak malunya tutup pintu dan masuk ke dalam dengan langkah catwalk bersahajanya.

"Ganggu kau orang eh? Sorry. PA you tak ada kat luar so I masuk je lah," terang Nayla sambil cuba berlakon macam serba salah.

Luna hanya mampu mencebik tanpa sesiapa nampak dengan lakonan Nayla. Dia dapat bezakan lakonan atau tak. Luna tahulah sebab dia pernah mendalami seni lakonan.

'Benci! Benci! Benci! Dasar pelakon,' Luna geram tetapi dia tetap tampal senyuman hambar.

'Tak guna punya perempuan! Zariel tak pernah layan aku macam tu walaupun waktu kita orang bercinta dulu. Aku pegang dia pun dia tak nak. Dia nak sentuh aku? Memang tak lah! Tapi dengan kau? Siap bersentuhan macam tadi. Ah! Tak guna. Bencinya kau dengan kau perampas!,' sumpah Nayla bengang dalam hati.

"Apa yang kau nak?," soal Zariel dengan nada yang sedaya upaya ditahan agar tak kedengaran bengang.

Nayla tersenyum.

"I nak ambil barang tertinggal. Tadi waktu I datang I rasa ada benda yang I tertinggal," jawab Nayla.

Dalam diam, Luna tahu Nayla nak psiko dia supaya cemburu. Luna tak hairan langsung. Kalau Luna psiko Nayla tanpa belas mahu meraung. Luna lagi hebat bab-bab macam ni.

"Barang apa?," tanya Zariel.

Nayla terdiam. Tak tahu nak jawab apa. Dia pakai main cakap je tadi. Tak fikir panjang pun.

"Erm... Who is this? Is this your wife? Sebagai kawan, you tak nak kenalkan dia pada I ke?," tanya Nayla dengan nada terasa hati.

Luna tergelak jahat dalam hati. 'Tukar topik nampak. 'Kawan? So foolish,' kutuk Luna. Zariel bangun daripada duduk. Tangan Luna digenggam erat.

"Nayla, this is my wife. Arluna. Luna, this is Nayla,"

Luna dan Nayla berjabat tangan sambil tersenyum mesra. Dua-dua ada bakat berlakon. Hebat betul!

"Love meeting you," ujar Luna dengan nada meleret. Senyuman habis bergula.

"Nice to meet you," balas Nayla pula.

"I'm your husband best friend," kata Nayla tiba-tiba.

Saja nak naikkan curiga Luna. Padahal Luna tak rasa apa-apa.

'Fine. You wanna play this game with me? Game on,'

"Oh... Kau orang mesti rapat kan?," soal Luna dengan riak polos.

Nayla agak kecewa dengan reaksi Luna yang tak nampak cemburu. Tapi Nayla pujuk hati dia cuba fikir kemungkinan yang Luna cemburu tapi tak tunjuk.

"Jangan jealous tau. Kita orang kawan je," pujuk Nayla bersungguh.

"Eh. I tak kisah langsung, Nayla. I faham sangat," balas Luna sambil tersenyum lembut. Memegang watak isteri terpaling memahami.

'Damn you girl!,' Nayla jadi makin bengang. Nayla langsung tak berpuas hati dengan reaksi Luna.

'Mustahil perempuan ni bodoh sangat tak sedar yang aku nak laki dia!,' fikir Nayla dengan rasa geram.













The Unexpected LifeUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum