Part 21~Fiend

1K 41 0
                                    

TENGAH HARI tu lepas tamat waktu persekolahan, Deanarees heret Ea ke bilik Tuan Pengetua untuk ambil balik telefon bimbit mereka yang dirampas oleh Syed Casper tadi.

Tegak aje Deanarees berdiri depan meja Sir Eiden. Ea kat sebelah siap boleh bergaya santai, berdiri sambil dua-dua tangan masuk poket seluar.

"Ea... please don't bring your phone to school. If you need to call your bodyguard, you can use the school's phone at the administration office." Sir Eiden berdiri dan hulurkan telefon milik Ea.

"I'm sorry, sir. I will remember your instruction." Ea tundukkan kepala sikit tanda hormat sambil sambut telefonnya dengan kedua-dua tangan. Sopan sungguh!

"You can go now."

Ea angguk dan senyum. "Jumpa esok, Nune." Dia lambai pada Deanarees sebelum keluar.Deanarees telan air liur. Telefon dia mana? Kenapa Sir Eiden serahkan telefon Ea saja. Takut-takut dia toleh pandang Sir Eiden yang masih berdiri di balik mejanya.

"Dah berapa kali–"

"Ya saya tau saya salah. Tapi bukan saya sorang aje yang bawa handphone ke sekolah. Ramai lagi. Kenapa saya sorang aje yang selalu kena hukum?" Dengan berani Deanarees potong terus kata-kata Sir Eiden.

Dia bukan sengaja nak bersikap kurang ajar. Tapi dia cuma mahu membela diri. Asyik dia aje kena. Mana aci!

"Pelajar lain bijak. Tak tertangkap. Tapi awak?" Sir Eiden lipat tangan ke dada dan pandang Deanarees sinis.

"Oh... maknanya memang boleh bawa handphone ke sekolah, kan? Cuma jangan sampai tertangkap. Okay, Sir. Next time I will be extra careful." Deanarees hulur tangan dengan niat nak ambil semula telefonnya.

Sir Eiden diam tak berikan apa-apa reaksi. Setuju tak, bangkang pun tak. Dia tunduk sikit dan buka laci. Telefon Deanarees dia ambil dan hulur pada pelajar tu.

"Just know your boundaries." Lepas cakap macam tu, dia duduk dan tunduk tekun menyambung kerja.

Deanarees terpinga-pinga. Dia dah boleh balik ke? Lama juga dia tunggu kot-kot Sir Eiden nak dismiss dia. Tapi lelaki tu tetap tekun dengan kerja. Langsung tak pedulikan kewujudan Deanarees kat situ.

"Saya balik dulu. Terima kasih!" Deanarees pun terikut gaya Ea dan tunduk sebelum berpaling kelam-kabut keluar dari situ.

Dah kenapa dengan Sir Monster tu? Berkerut dahi Deanarees fikirkan sikap Sir Monster yang macam sombong pada dia. Ah, lantaklah. Ada dia kisah ke? Janji dapat balik telefon tu.Sewaktu keluar dari pejabat Tuan Pengetua, Deanarees dikejutkan dengan kehadiran Niloofa. Tapi dia sengaja tak pedulikan pelajar tu. Menonong aje Deanarees berjalan menuruni tangga.

"Dea!" Niloofa segera kejar Deanarees. "Tunggu la." Lengan pelajar tu dia tarik.

"Kau nak apa lagi, Nilo?" Deanarees tarik tangannya daripada terus dipegang oleh Niloofa. Lepas kejadian dia lemas tu, Deanarees memang dah tak lepak dan berkawan dengan Niloofa lagi. Mesej yang Niloofa bagi kat dia dulu, masih terkesan sakitnya kat jiwa. Niloofa doa ada orang bunuh dia. Siapa yang tak marah?

"Kenapa kau dah tak nak lepak ngan aku lagi? Kaed, Mirza, Ajax pun dah sombong sekarang?" Nada suara Niloofa dibuat-buat macam orang merajuk dan tergedik-gedik.

Menyampah pula Deanarees tengok. Entah bagaimana dulu boleh pula dia tahan dengan perangai Niloofa yang manja tak kena tempat ni.

"Kau dah lupa apa yang kau teks aku hari tu? Kawan apa kau ni sampai sanggup doakan yang tak baik jadi pada aku?" Deanarees berpeluk tubuh. Muka pandang ke arah lain.

"Sorrylah. Aku tak sengaja. Aku tak doa pun ada orang nak bunuh kau. Aku cuma nak cakap, mungkin ada orang nak bunuh kau sebab Sir cium kau hari tu." Niloofa mula menggelabah tiruk bila Deanarees tak nak layan dia.

Dia memang betul-betul tak sengaja hari tu. Sebabnya dia sakit hati. Dia yang peminat mati keras Sir Eiden, tapi Deanarees pula yang dapat layanan begitu. Memang sakit hati la dibuatnya.

"Nilo!" Deanarees pegang kedua-dua belah bahu Niloofa kuat-kuat. Dia tengah geram. "Sir bukan cium aku. Dia buat CPR!" Deanarees cakap satu-persatu supaya setiap patah perkataan tu terpahat kukuh dalam otak Niloofa.

"Lagipun masa kejadian tu berlaku, aku tak sedar. Aku pengsan. So aku tak rasa apa-apa. Kau jangan fikir yang bukan-bukan, boleh? Kau BFF aku. Tapi kau tak boleh nak faham langsung keadaan aku masa tu. Kalau Sir tak buat macam tu, aku mungkin boleh mati. Kau nak aku mati?" Deanarees jegilkan mata pandang Niloofa.

Kelam-kabut Niloofa geleng kepala laju-laju. Dia tak pernah pun nak suruh Deanarees pergi meninggal.

"Kalau kau nak terus kawan dengan aku, jangan mengata aku yang bukan-bukan. Kau sepatutnya back-up aku. Bukan sama naik dengan budak lain ngutuk aku kat belakang!" Deanarees terus tinggalkan Niloofa terpisat-pisat kat situ. Puas hati dia dapat luahkan perasaan yang terbuku sekian lama kat dada.

Niloofa ketap bibir. Mukanya berkerut tahan perasaan nak menangis. Menyesal pun dah tak ada guna. Deanarees masih belum nak maafkan dia sepenuhnya.

Dia terasa seperti diperhatikan. Lalu dia dongak ke atas. Sir Eiden tengah pandang dia. Menakutkan. Niloofa terus angkat kaki pergi dari situ. Takut dia tengok cara Sir Eiden tenung dia tadi. Macam gaya nak sumpah dia jadi nyamuk tiruk. 

Sir Monster [Published]Where stories live. Discover now