Part 19~Kpop!

1K 38 0
                                    

EA senyum pandang Deanarees.

Sumpah! Senyuman dia persis Lee Joon-gi. Dia ni jelmaan Lee Joon-gi waktu kecil ke?

"Nama kau?" Tapi Deanarees tak kan biarkan wajah comel Ea tu membutakan mata fikirannya.

"Ea Nishimura."

"Form?"

"Empat."

Macam pelat sikit aje tuturnya. Dahi Deanarees berkerut sekejap belek Ea. Tinggi juga dia ni. Tinggi sikit daripada Deanarees.

"Chinese mix with..." Ea boleh faham bahasa Melayu walaupun Madam Camilia kata dia pelajar pertukaran yang tentunya dari sekolah luar negara. Deanarees tak boleh nak teka kewarganegaraan pelajar tu. Hidung mancung. Mata besar. Pelat Melayu. Pelajar asing.

"Chinese Malaysian, Korean and Japanese."

Dan accent English dia memang superb. American accent!

"Boleh kau beritahu aku kenapa aku pula yang kena escort kau hari ni?" Deanarees tak mahu berpura-pura. Walaupun Ea tu comel tahan gaban, dia masih tak setuju untuk jadi pemandu pelancong pelajar baru tu.

Ea angkat bahu. "Saya tak tahu, kakak cantik. Tapi saya suka kakak. Sebab kakak sangat cantik." Ea senyum.

Deanarees telan air liur. Dah la muka comel. Accent pun cute aje bila cakap bahasa Melayu. Rasa nak picit-picit aje pipi dia yang halus mulus putih kemerahan tu. Ea ni sesuai jadi perempuan la. Baru lagi comel!

"Okey... nampaknya aku stuck dengan kau hari ni. Jom aku bawa jalan-jalan." Nanti nama dia naik lagi sebab ingkar arahan guru.

Di sepanjang jalan, mereka jadi tumpuan pelajar perempuan. Masing-masing memandang ke luar kelas bila dia dan Ea lalu. Yang berselisih dengan mereka pun, tak segan silu pandang Ea sambil bisik-bisik dan senyum.

"Woi... jakun ke tak penah tengok orang... Beri laluan sikit. Diva nak lalu... Weiii... kenapa korang duk bertenggek kat tangga ni? Cer tepi sikit. Kak Long kau nak lalu."

Memang macam murai mulut Deanarees hari tu. Belum pernah la dia membebel gaya mak nenek marahkan pelajar yang tengok Ea macam tak pernah jumpa orang. Dulu dia pantang orang membebel padanya. Ha sekarang... dia pula yang membebel. Mengata dulang paku serpih dah jadinya.

Lepas hantar Ea ke kelas, barulah Deanarees rasa lega. Terduduk penat dia kat bangku.

"Woi... Ea in the house!"

Dia terdengar suara pelajar berlari dan terjerit-jerit.

"Apalah yang dikecohkan dengan budak baru tu?" Deanarees mengeluh geram. Dia tangkupkan kepalanya kat atas meja.

"Dea! Tadi kau escort Ea ek?"

Tiba-tiba Deanarees dikerumuni dua tiga orang rakan sekelasnya termasuk Niloofa dan Fazura. Automatik Mirza dan Ajax bangun dan tolak mereka supaya menjauhi Deanarees.

"Eh... kau kenapa main tolak-tolak aku?" Suara Fazura bergema.

"Jarakkan diri korang daripada Dea." Mirza bagi amaran.

Deanarees angkat kepala. Dahinya berkerut. "Apa yang korang bising-bising ni ha? Kepala aku pening. Rasa macam nak demam ni tau tak? Dah ler semalam ada orang nak bunuh aku!"

Tiba-tiba keadaan jadi senyap. Deanarees terpinga-pinga. Kenapa? Dia cakap perkara yang benar ke? Satu-persatu wajah rakan sekelas dipandangnya.

Muka pelajar lelaki memang blur tak sudah. Muka pelajar perempuan? Macam-macam riak. Meluat. Menyampah. Simpati. Teruja. Terkejut. Takut. Semua ada.

"Yang korang semua kecoh pasal Ea tu kenapa? Siapa dia? Artis Korea? Jepun?"

Serentak Niloofa, Fazura dan dua orang rakan sekelas mereka mengangguk laju mengiyakan.

"No kidding!" Meleret nada suara Deanarees.

Patutlah popular semacam. Mana-mana pergi orang jakun. Dan fahamlah dia kenapa Madam Camilia suruh dia jadi escort pagi tadi. Tapi persoalannya masih sama. Kenapa dia?

Bunyi loceng rehat menjerit kuat menyebabkan pelajar-pelajar lelaki kat kelas tu bertempiaran keluar. Tinggal Mirza, Ajax dan Kaed saja yang sedang menunggu Deanarees.

"Dea, jom rehat." Mirza tarik lengan blazer Deanarees.

"Kenapa pula Dea nak rehat dengan korang? Dia selalu rehat dengan aku la." Niloofa tepis tangan Mirza. Lalu dia peluk lengan Deanarees.

"Eh... talam betul la kau ni," cemuh Kaed. Geram aje dia bila fikirkan mesej Niloofa pada Deanarees malam tadi.

"Tak boleh. Nanti ada orang nak bunuh dia. Kau sendiri yang cakap, kan?" Kaed sengaja gertak.

Spontan Niloofa lepaskan tangan Deanarees.

Keadaan terus jadi janggal. Macam ada malaikat lalu. Semua terdiam.

"Kakak cantik... are you ready to escort me to the school canteen?"

Kedatangan Ea melegakan keadaan. Pelajar tu masuk ke dalam kelas. Di luar kelas F6 Bistari, bersusun pelajar perempuan terjerit-jerit panggil nama Ea. Terus keadaan jadi riuh.

"Lets go Ea... guys." Deanarees tarik lengan blazer Ea dan keluar dari kelas. Ketiga-tiga bodyguard for hire, ikut rapat di belakang. Maka tak berani la pelajar perempuan yang ekori Ea tadi nak jalan rapat-rapat dengan mereka.



Sir Monster [Published]Where stories live. Discover now