Part 18~bodyguard

1.1K 38 1
                                    

LANGKAH Deanarees terus jadi perlahan bila tiba-tiba Kaed dan Mirza apit dia kiri dan kanan sebaik saja dia langkah kaki ke perkarangan sekolah. Bila dia toleh belakang, Ajax pun ada. Masing-masing pakai hoodie sweater. Muka nampak sangat berbahaya.

"Korang ni dah kenapa? Bodyguard for hire ke?" Belum apa-apa lagi, Deanarees dah kena apit rapat sampai macam tu. Mengalahkan artis Korea datang ke Malaysia.

"Nilo kata ada orang nak bunuh kau. Ni kami tengah nak protect kau la." Serius aje kata-kata Mirza.

"Jangan merepek la. Mulut dia saja jahat. Aku tak apa-apa lah. Dah... korang blah. Kang gosip apa pulak yang lekat kat aku." Deanarees tolak Kaed dan Mirza jauh-jauh. Kemudian dia hayun langkah laju, separuh berlari menuju ke kelas.

Hampir sampai kat kelas, dia terserempak dengan Syed Casper pula.

"Sihat, Dea?" Dia menegur.

"Kalau tak sihat, aku tak sekolah la hari ni." Deanarees masuk kelas dan letak beg kat tempat duduk.

"Baguslah semangat kau kuat."

Deanarees terus tenung muka Syed Casper betul-betul. Lain macam aje nada suara pelajar tu. Dia tau ke ada orang buat khianat pada Deanarees semalam?

"Aku janji akan cari sampai ke lubang cacing orang yang buat jahat kat kau semalam, Dea." Syed Casper berjanji.

"Kalau aku dapat dia dulu, aku panggang dia hidup-hidup." Deanarees lepaskan marah menerusi kata-katanya. Padahal dia sendiri pun tak tau apa dia nak buat pada pelajar yang tolak dia semalam. Tampar laju-laju, aci tak?

"Ah... aku hampir lupa." Syed Casper pegang kepalanya sekejap. Dia datang cari Deanarees pagi tu sebab nak sampaikan pesan.

"Lepas bunyi loceng nanti, kau pergi bilik guru ya. Madam Camilia panggil."

"Okey." Cuak juga Deanarees dengar pesanan tu. Apa yang Madam nak daripada dia? Nak membebel juga ke?

Lepas saja bunyi loceng pertama, Deanarees terus ke bilik guru. Madam Nava yang ajar subjek Mikroekonomi belum tiba lagi. Dia keluar lepas beritahu ketua kelas. Tak mahulah bikin namanya popular lagi lepas ni. Cukup-cukuplah apa yang terjadi semalam.

Tiba di pertengahan jalan, Deanarees terserempak dengan Sir Eiden. Mesej Niloofa semalam terbayang-bayang kat mata.

...masa kat pool tadi. Sir cium kau berkali-kali. Tak kan tak ingat?

Automatik dia letak belakang tangan kat bibir. Kulit muka dah merah padam. Kemudian, kata-kata Sir Eiden masa hantar dia balik semalam pun terngiang-ngiang kat telinga.

Selalunya orang yang membebel kat seseorang tu, dia bukan nak sakiti hati orang tu. Tapi sebab sayang.....

Dua ingatan tu bagaikan bom atom yang meletop kat kepala Deanarees.

Sir Eiden pelik tengok reaksi Deanarees yang macam takut-takut nak pandang muka dia. Buat salah lagi ke pelajar ni? Selalu kalau orang buat salah, dia akan takut.

"Morning, Sir," ucap Deanarees sambil tundukkan kepala tatkala berselisih dengan Sir Eiden. Kemudian dia terus langkah laju-laju masuk ke dalam bilik guru.

Sir Eiden toleh ke belakang memerhati ke arah Deanarees yang seolah-olah sedang melarikan diri daripadanya. Dahinya berkerut. Dia ada salah cakap ke semalam?

Nyaris lagi Deanarees tak terlanggar meja Sir Harun kerana larikan diri daripada Sir Eiden. Cepat-cepat dia atur langkah mencari meja Madam Camilia.

"Nasib baik kamu dah sampai. Lama saya tunggu." Suara Madam Camilia menegur, bergema kat bilik guru yang agak lengang. Kebanyakan guru dah mula mengajar di kelas.

"Hari ni saya nak minta kamu temani exchange student. Deanarees, ini Ea. Kamu akan bawa dia ke sekeliling sekolah dan tunjukkan dia kesemua fasiliti yang kita ada. Kemudian bawa dia ke stor buku teks untuk ambil buku rujukan. Tunjukkan locker dia. Tunjukkan kelas dan jangan lupa, temankan dia waktu rehat nanti. Saya perlu ke kelas sekarang." Madam Camilia capai buku ringkasan mengajar dan berjalan keluar dari bilik guru.

Disebabkan Madam Camilia cakap terlalu laju, Deanarees tak dapat ingat pesanan dia yang sangat banyak tu. Dan sejak bila dia dilantik sebagai tour guide pelajar baru? Dulu dia masuk sekolah ni, tak ada pun yang guide dia ke mana-mana. Pandai-pandai dialah nak hidup sendiri kat sekolah tu.

"Okey... Ea.... Nama kau Ea? What kind of name is that?" Deanarees toleh pada pelajar yang sejak tadi berdiri sambil berdiamkan diri.

Mulut Deanarees bagai nak ternganga ke lantai. OMG! Lee Joon-gi? 

Sir Monster [Published]Where stories live. Discover now