Part 10~sukan

1.1K 40 0
                                    

TAKUT-TAKUT Deanarees nak datang ke Sri Dahlia hari tu. Bagai terdengar-dengar suara Sir Eiden kat corong pembesar suara seru nama dia. Tapi hingga waktu rehat tiba, dia masih belum dipanggil mengadap.

"Kau pergi mana semalam, beb? Madam kata kau sakit perut ek?" Niloofa berhenti suap bihun soto dan pandang muka Deanarees.

"Ha?" Terkesima sekejap dengar kata-kata Niloofa. Tapi iyakan sajalah. Tak sesiapa pun boleh tahu apa yang terjadi padanya semalam. "Ya... keracunan makanan." Deanarees tambah skala bohong.

Pelik juga. Bagaimana Madam Camilia boleh kata dia sakit perut? Lantak lah. Janji dia selamat daripada kena hukum.

"Petang ni nak lepak mana?" Niloofa sambung makan tanpa syak apa-apa.

"Ikut korang la. The boys nak lepak mana?" Selalunya kalau tak ada aktiviti sekolah pada sebelah petang, mereka memang selalu melepak sambil siapkan tugasan.

"Katanya nak tengok The Daemon Kingdom."

Hampir nak tercekik sudu Deanarees dibuatnya. Baru aje semalam dia tonton filem tu bersama Lucas kat rumah lelaki tu.

"Ikutlah." Terpaksa Deanarees akur sebab tak mahu Niloofa syak apa-apa.

"Plan batal!" Tiba-tiba Kaed mencelah. "Petang ni ada latihan Hari Sukan la. Korang tak dengar pengumuman ke?"

"Start petang ni ke?" Niloofa mengeluh bengang. Dia tak suka sangat bersukan. Kalau zumba sukalah. Masalahnya zumba tu senaman, bukan sukan.

"Ye la. Start petang ni. Tiga hari seminggu. Korang masuk acara apa?"

Hari tu Kaed sorang aje yang sertai mereka makan kat kantin. Mirza dan Ajax tak nampak bayang. Entah-entah membuta kat perpustakaan.

"Sukan yang tak perlu berlatih." Selamba jawapan Deanarees.

"Sukan apa tu? Aku pun nak la join." Teruja Niloofa mendengarnya. Pertama kali dia dengar ada sukan yang tak perlu berlatih.

"Bawa bola ping pong dalam sudu. Isi air dalam botol guna span. Makan epal yang tergantung. Cari gula dalam tepung."

Habis saja Deanarees cakap, dia terus ketawa. Kaed pun sama-sama ketawa.

"Hampeh ah kau pompuan. Marah aku tau!" Niloofa tepuk meja sebab berjaya dikenakan oleh Deanarees.

"Serius la... korang masuk acara apa? Kan semua wajib masuk." Kaed tanya lepas berhenti ketawa. "Jom masuk acara renang."

Berkerut dahi Niloofa pandang Kaed. "Berenang biasa-biasa boleh la. Kalau nak berlumba, tak larat la."

"Kau, Dea? Nak? Team aku tak cukup ahli."

Patutlah beriya Kaed tanya. Rupa-rupanya ada udang di sebalik mi.

"Aku tak reti berenang la. Kang tak pasal-pasal mati lemas pulak kat kolam tu." Deanarees memang takut sikit tengok air dalam kolam renang. Masa kecik dulu dia pernah terjatuh dalam tu. Sampai sekarang dia fobia. Nampak kolam aje, seriau bulu roma. Masa Lucas ajak dia melepak kat tepi kolam semalam, dia acah-acah berani sebab tak mau malukan diri sendiri.

"Kalau korang tak pilih acara apa nak masuk, nanti cikgu akan letak aje nama-nama korang kat mana-mana yang tak cukup peserta tu. Lagi musibat." Kaed cuba menakut-nakutkan kedua-dua pelajar perempuan tu.

Deanarees berdengus geram. "Tak ada ke acara baca puisi ke, melukis ke, main bola beracun ke...."

Sekali lagi Kaed ketawa. "Kau ni Dea... kalau tak buat lawak tak boleh ke? Tak kan tak tau beza acara sukan dengan aktiviti kelab atau sukaneka?" Dia geleng kepala. Entah apa kena agaknya dengan Deanarees hari tu. Cakap merepek-repek.

Bunyi loceng tamat waktu rehat, tamatkan perbualan mereka. Masing-masing kembali ke kelas beratur ikut barisan. Sewaktu berjalan dalam barisan nak menuju ke kelasnya, Deanarees ternampak Tuan Pengetua sedang menghala ke arah barisannya.

Muka Deanarees jadi cuak. Kepalanya terus tunduk pandang lantai. Tak berani nak angkat angkat kepala tatkala Tuan Pengetua melintasi barisannya.

Mujurlah Tuan Pengetua buat tak tahu saja. Lega betul dia rasa. Ingatkan dah kena bebel kat tengah alam tu pasal perbuatan dia semalam.

Sewaktu Deanarees sibuk tenung lantai, rakan-rakan sekelas berjantina hawa memang langsung tak sia-siakan momen tu. Masing-masing merenung galak ke arah Tuan Pengetua.

"Handsome Sir hari ni. Tak pakai glasses." Terdengar suara Fazura kat belakang barisan.

"Nampak lagi muda, kan?" Sambut entah siapa-siapa.

"Sir pakai contact lens la. Kan petang ni ada latihan acara sukan. Sir jurulatih acara renang." Satu suara lain buat keadaan jadi gamat.

"Eh... nak masuk acara renanglah!"

Maka tergedik-gediklah kebanyakan pelajar perempuan nak masuk acara tu.

Deanarees julingkan mata ke atas. Jengkel betul dengar suara-suara kat belakang sana. Kalau suka pun kat Sir, janganlah nampak terdesak sangat.

Tiba-tiba Niloofa siku Deanarees. "Aku nak masuk acara renang. Nak ikut tak?"

"Aku mana reti berenang." Deanarees cakap celah gigi. Tika tu mereka dah sampai ke kelas. Masing-masing masuk dan duduk tempat masing-masing.

"Ha-ha-ha... rugilah kau Dea. Tak tau berenang!" Kuat suara Fazura terpekik dari belakang kelas.

Telinga lintah betul dia tu. Deanarees dah kerut dahi pandang Fazura yang terlebih ceria. Nyampah pula dia dengan pelajar tu.

Sir Monster [Published]Where stories live. Discover now