34

4.4K 283 16
                                    

MALAM yang indah bersama bulan purnama membuatkan Iman ingin menghirup udara segar di laman Villa keluarganya.

Delisha sudah tidur setelah minum susu di biliknya. Iman duduk di buai kayu yang mempunyai ukiran cantik. Rambutnya dibiarkan lepas sehingga ke paras dada.

Dia sungguh bahagia hari ini. Bahagia tak terhingga apabila dapat kembali ke sisi keluarganya. Tiba-tiba bayangan Adam singgah di fikirannya. Kata-kata Aqmal mula terngiang-ngiang di telinga.

"Delisha berhak jumpa ayah kandung dia. Whatever is, Adam tetap ayah Delisha. Bring Delisha to her father."

Iman mengeluh lemah. Berjumpa dengan Adam? Itu langsung tiada dalam perancangannya apabila pulang ke Malaysia. Dia masih belum bersedia untuk bertemu dengan Adam. Biarlah hatinya betul-betul sembuh baru dia akan jumpa.

"Iman."

Iman menoleh kepala ke arah empunya suara. Mama.

"Maa..."

"Buat apa kat sini? Delisha dah tidur?" soal Datin Raisha sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Iman.

"Dah, ma."

Datin Raisha tersenyum nipis lalu merenung raut wajah anaknya itu. Mama rindu Iman sangat-sangat.

"Kenapa, ma?" soal Iman apabila terasa ditenung oleh Datin Raisha.

"Mama rindu dengan anak mama ni," luah Datin Raisha dengan air mata mula bergenang di tubir mata.

"Mama..." Iman mendakap tubuh Datin Raisha dari tepi.

"I miss you too. I'm so sorry, mama. Iman buat keputusan tak fikir orang lain masa tu. Iman tak kuat mama. Iman tak boleh nak hadap situasi masa tu," luah Iman setelah lama dipendam dalam hati. Air matanya mula mengalir ke pipi. Datin Raisha balas pelukan anak gadisnya.

"Iman tahu Iman dah pregnant masa tu? Boleh Iman cerita segalanya pada mama?" soal Datin Raisha sambil melihat wajah anaknya itu.

Iman terdiam. Mampukah dia menceritakan segalanya kepada mama?

"Kalau tak boleh, tak meng..."

"Boleh, ma," pintas Iman laju.

Iman menarik nafas lalu hembus perlahan. Badannya mula tegak semula merenung langit malam yang penuh dengan bintang.

"Iman gaduh dengan Adam masa tu, hubungan Iman dengan Adam agak teruk sebab Adam macam nak tak nak layan Iman. Sampailah suatu hari, Adam berhasrat nak menduakan Iman. Tsk... tsk... i'm hurt, mama. Iman tak kuat. Iman tak sempat nak bagi surprise kat Adam yang Iman mengandung masa tu. Semuanya dah terlambat."

Kisah dua tahun lepas mula terlayar kembali di minda Iman. Sakitnya, hanya Tuhan sahaja tahu. Datin Raisha terus menggenggam erat tangan Iman untuk memberi kekuatan.

"Iman terus buat keputusan untuk pindah ke Australia. Iman keseorangan, ma. Iman mengidam macam-macam masa mengandungkan Delisha. Tapi, semuanya Iman tak dapat. Nasib baik Iman tak mengalami alahan yang teruk. Lepas 3 bulan kat sana, Iman terjumpa Aqmal. Kawan lama Iman. Dialah yang jaga Iman masa Iman mengandung sampailah Iman balik sini. Dialah yang iqamatkan Delisha."

Air mata mencurah-curah seperti air terjun mencurah tanpa henti.

"Iman rasa terhutang budi kat Aqmal. Dia sanggup jadi ayah angkat kepada Delisha kat sana."

"Iman cintakan Aqmal?"

Iman memandang Datin Raisha. Cinta? Tak pernah hatinya terdetik untuk mencintai Aqmal. Bagaimana mahu cintakan orang lain sedangkan hatinya sudah tertutup buat selamanya. Dan, dia masih waras lagi dan sedar bahawa dia masih isteri sah kepada Adam Mikael. Berdosa cintakan lelaki lain selain suami sendiri.

Because You Are My Love √Where stories live. Discover now