16

4.4K 309 9
                                    

🌸I'm your cutie girl and you're my handsome boy. I wish you and i will stuck in this love story forever🌸

______________________

GENG Puteri berkumpul di taman yang agak ramai orang kerana waktu petang sebeginilah makhluk yang bernama manusia beriadah dan joging.

Iman dan yang lain duduk kepenatan di kawasan yang lapang menyaksikan pelbagai ragam manusia dan sekitar.

"Pejam celik pejam celik, seminggu sahaja lagi si Aisyah ni nak kahwin"

"Betul"

"Tutup buka tutup buka mata, nanti ada yang menyusul"

"Betul"

"Semakin lama kita akan berpisah sebab semua orang akan berumah tangga"

"Betul"

"Walau jasad kita berpisah, persahabatan kita masih kekal di hati",ujar Iman.

"Janji yang kita akan sentiasa bersama walau beribu dan berjuta dugaan yang akan hadir?",kata Intan.

"Janji!!!",jerit mereka semua lalu ketawa.

"Janji juga bila salah seorang dari kita ke yang terluka, kita akan beri dia semangat dan nasihat. Janji juga yang kita akan sokong satu sama lain dan jangan pernah putuskan persahabatan ini",kata Ain.

"Sudah semestinya. Gila kau nak putuskan persahabatan ni? Hampir 10 tahun kut kita bersahabat. Kukuh lagi persahabatan ni",ujar Wani.

"Tu lah. Tak sangkakan dah 9 tahun kita bersahabat. Sekejap saja masa berlalu. Aku harap persahabatan ni kekal lah sehingga ke syurga"

"Amin"

"Aku rasa macam baru semalam si Iman ni masuk Permata Highschool",omel Izzah.

"Kannnn"

"Macam baru jer kita tengok si Iman ni dengan Adam bergaduh"

"Hahahaha part diorang gaduh aku ta boleh lupa. Gempak bila gaduh. Seorang hot-tempered dan seorang lagi headprefect. Fuhhhh!"

"Ish kau orang ni!"

"Tapi kan tapi kan, aku rasa macam seminit yang lepas jer aku hebahkan Si Aiman tu dengan Wani bersweet kat kelas",omel Iman lalu ketawa dan diikuti oleh rakan-rakannya.

"Bersemut gila ar masa tu!!!"

"Blushing nak mati muka si Wani"

"Aiman beruk tu juga yang dia nak"

"Ish tak baiklah cakap dia beruk!!!",marah Wani.

"Backup boyfriend bhaiii!!!"

"Hahahahahahaha"

"Beruk tu romantik tak?",soal Izzah sambil ketawa.

"Eh lebih dari tu tau. Boleh diabetes aku bila dengan dia",kata Wani dengan muka kemerahan.

"Eh jap aku lupa. Beruk tu kan ada kembar otak. Ha Harriz!"

Because You Are My Love √Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang