19

3.8K 286 15
                                    


KAKINYA jejak di KLIA dan menolak troli bagasi. Udara dihirup. Suasana amat bingit dengan orang ramai.

"Malaysia, setelah sekian lamanya aku tinggalkan. Kini aku kembali," gumam seorang gadis.

Misi dan matlamatnya ada di Malaysia. Dia datang untuk mencapai segalanya. Dia mahu cintanya semula.

"Now, misi aku bermula," bisik gadis itu lalu pergi mendapatkan teksi.

***

GELAK tawa enam orang gadis bergema di Euphoria Cafe itu.

"Hahahahahhaha oh my! Aku masih tak percaya ni Aiman do!"

"Serius ke dia ni?"

"Hahahahahahah"

Wani tersenyum. Ya, sekarang mereka sedang menonton video saat Aiman melamar Wani. Aisyah turut ada dan bergelak tawa.

"Tak sangka beruk ni romantik ya amat!" ujar Aisyah.

"Hey! Suami kau tu pun kembar beruk aku tau!" sampuk Wani.

"Eh mengaku Aiman tu beruk? Hahahahaha"

"Jahat!"

"Do we care?"

"Part dia nyanyi tak boleh blah. Serious! Hahahahaha Wani macam terkaku habis!"

Wani lihat dirinya yang kaku akibat terkejut di telefon Ain. Alahai hodoh sangat muka masa tu.

"Kau orang dah bincang dengan parents ke bila nak nikahnya?" soal Iman.

"Dah"

"So bila?"

"2 bulan dari sekarang. Semua parents kitaorang handlekan. Nak sponsor katanya," kata Wani.

"Bagus! So tema?"

"Biru"

"Kitaorang nak pakai baju apa? Yelah kitaorang kan bridemaids kau," omel Izzah.

"Maybe purple? Aku rasa sesuai"

"Ha okey juga tu. Nanti carilah design yang lawa-lawa. Lepastu kita beli,"

"On tak on?"

"On!!!"

Mereka berenam terus bersambung borak dan bercerita. Tidak sedarkah mereka ada manusia memperhatikan gelagat mereka terutama Raudhah Iman.

"Aku akan dapatkan kau. Mungkin dulu aku silap untuk jadikan kau sahabat tapi kali ini tidak lagi. Cinta aku pada kau masih subur," gumam seseorang.

***

IMAN yang sibuk melakukan kerjanya terganggu dengan bunyi mesej masuk. Bukan sekali tapi berkali-kali.

Pertama, mesej dari Umobile yang entah apa-apa itu. Kedua, mesej dari group whatsapp iaitu Geng Putera & Puteri. Ketiga, mesej dari suami tercinta. Dan terakhir mesej dari 01×××××××8. Siapa pula ni?

Because You Are My Love √Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang