25

3.8K 295 22
                                    

IMAN bersama Geng Puteri berkumpul di tepi pantas beralaskan tikar pada waktu malam bersama unggun api. Geng Putera sedang membakar lauk jauh dari mereka sedikit.

"Iman."

"Ya?" Iman memandang kawan-kawannya.

"Kau okey?" soal Izzah.

"Aku okey saja. Kenapa?"

"Tak adalah, mana tahu kau gaduh dengan Adam ke apa. Kita ni dah makin jarang jumpa. Jadi, apa-apa hal kau jumpalah aku dengan yang lain."

"Hah betul kata Izzah tu. Adam buat hal, kita gayang dia sampai lunyai." omel Wani.

"Hahahaha apalah kau orang mengarut ni?" tawa Iman halus.

"Tapi kan kau orang..." Iman tiba-tiba berubah riak.

"Tapi apa?" soal Ain.

"Aku tak tahulah betul ke tak tapi sejak kebelakangan ni aku rasa tak sedap hati. Kau orang fahamlah kan, macam rasa something bad will happen in the future..." ujar Iman.

"Apa maksud kau? Kau rasa apa?" tanya Aisyah.

"Hmm tak ada apalah. So, Wani... kau dengan Aiman macam mana? Jadi tak nak kahwin ni?" Iman mengalihkan topik.

"Eh mestilah jadi. Gila kau kalau tak jadi?" jawab Wani.

"Mahu mati si Aiman tu!" celah Intan.

Gelak tawa mereka pecah.

"Hah mengumpat aku ehhh?" sergah Aiman sambil membawa sepinggan yang penuh ikan bakar.

"Eh tahu-tahu je kita orang mengumpat kau." gumam Aisyah.

"Ceit! Tak guna!" Aiman berlalu pergi.

Iman tersenyum. Mereka sambung berbual.

Dalam diam tanpa sesiapa sedar, Intan memerhati Iman yang berada disisinya.

'Walau aku tak tahu apa yang kau rasa kini, tapi aku tahu ada perasaan yang kau sembunyikan. Aku harap kau sentiasa okey dan bahagia, Iman.' bisik hati Intan.

***

IMAN duduk kepenatan di kerusi pejabatnya. Letih kerana baru habis mesyuarat dengan klien.

Tok tok tok!

"Masuk!"

Qisya memulas tombol pintu lalu melangkah masuk ke pejabat bosnya.

"Puan, lepas ni Puan ada lunch dengan Cik Saleha dari Frankies Enterprise." ujar Qisya sambil membelek buku notanya.

"Pukul berapa?"

"Pukul 1 petang Puan dah kena ada disana."

"Okey. Ada apa-apa lagi ke?"

"Oh hmm selepas lunch, Puan ada mesyuarat dengan Encik Raiqal tentang projek Mega yang akan masuk minggu depan." kata Qisya.

"Oh okey thanks. Nanti bawakan saya hot chocolate."

"Baik, Puan." Qisya mengatur langkah lalu menuju ke pantri.

Iman menghela nafas. Sejak kebelakangan ini, dia terlalu sibuk dengan kerja begitu juga dengan suaminya Adam.

Sudah lama mereka tidak luangkan masa bersama.

Because You Are My Love √Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang