22

4.2K 317 43
                                    

JAM dikerling sekilas. Sudah menunjukkan jam 9 malam. Masih tidak kelihatan figura Adam.

Makan malam yang sudah terhidang di atas meja makan dipandang. Tiada selera. Iman sedar sejak kebelakangan ini Adam sering pulang lewat. Tahu ada projek baru tapi sebelum ni kalau ada projek masuk tak ada pun balik selewat begini.

Nalurinya seakan rasa ada yang tidak kena. Tapi Iman tak mahu salah sangka, nanti dia juga yang malu.

"Aku dah lapar ni",gumam Iman.

"Tapi tak selera pula tunggu dia balik"

"Tak apa, tunggu sekejap lagi"

Iman meletakkan kepalanya di atas meja. Menunggu kepulangan suaminya untuk makan malam bersama.

Setengah jam sudah berlalu, Iman sudah terlena di meja makan.

Bunyi enjin kereta di luar rumah kedengaran. Pintu utama banglo dibuka dari luar.

"Assalamualaikum",ucap Adam.

Mata Adam melilau segenap ruang tamu. Figura Iman tidak kelihatan.

"Sayang!"

"Sayang?"

Adam yang ingin menaiki tangga terus menoleh ke ruang makan. Langkahnya diatur ke ruang makan.

"Sayang?"

Terlihat isterinya sudah kena di atas meja makan. Mata Adam melihat makanan yang terhidang di atas meja. Perutnya diusap perlahan.

Dia pulang lewat kerana makan malam bersama Amylea. Tak dimaklumkan kepada Iman. Mana taknya, Amylea maun serbu ajak dia makan malam.

Perlahan kepala Iman diusap perlahan.

"Sayang",kejut Adam.

"Hmmmmm"

"Hey bangun"

Iman menegakkan badannya. Wajah Adam jadi santapannya.

"Dah balik? Honey dah makan ke?",soal Iman.

"Baru sampai. Dah tadi",jawab Adam jujur. Jujur ke?

Iman yang mendengar jawapan Adam terus rasa nak marah pun ada. Dia bukan main masak untuk mereka berdua dan tunggu Adam pulang tapi Adam sudah makan. Kau rasa?

"Sayang dah makan?",soal Adam sambil mengerling makanan yang terhidang di atas meja.

"Hmmm",balas Iman lalu mengorak langkah menuju ke bilik utama. Tidur lagi bagus.

Adam melihat Iman sudah naik ke tingkat atas. Perlahan-lahan Adam mengeluh.

"Honey tahu sayang tak makan lagi",omel Adam.

Adam melangkah masuk ke bilik mereka juga.

Iman sudah baring di atas katil membelakanginya. Adam masuk ke tandas untuk membersihkan diri.

Seusai memakai baju, Adam melabuhkan duduk di birai katil. Kepala Iman diusap perlahan.

Dia sedar Iman masih belum lena.

"Sayang, jom makan"

Tiada respon.

"Honey teman sayang makan sekali"

Senyap.

"I'm sorry sebab tak beritahu yang honey makan dengan klien"

Masih senyap juga.

"Jom lah makan. Honey tak nak lah sayang tidur dengan perut kosong",pujuk Adam sambil mengusap kepala Iman.

"Tak ada selera",balas Iman lalu menepis tangan Adam dan menarik selimut sehingga kepala.

Because You Are My Love √Where stories live. Discover now