13

4.6K 284 21
                                    

IMAN dengan gembiranya setelah dapat projek baru RUI'S HOLDING dengan BENTARA ARESTURE. Projek besar pertama yang dia dapat uruskan. Selalunya, projek-projek besar, Raiqal yang uruskan tetapi disebabkan lunch tadi, Raiqal kalah lawan makan ramen maka projek itu jatuh kepada Iman.

Iman mengemas fail-fail yang berselerak di atas meja kerjanya lalu keluar bersama beg tangan yang disangkut pada bahu kanan.

"Qisya, saya balik dulu",ujar Iman dengan senyuman.

"Baik Puan"

Baru langkah pertama, Iman terus berpaling ke arah pembantunya semula.

"Ya Puan?",tanya Qisya lembut.

"Lepas ni kita akan lebih busy sebab saya dapat handle projek besar!!!",ceria suara Iman.

Qisya tersenyum.

"Tahniah Puan. Insha Allah kita akan jayakan projek ini dengan baik",balas Qisya.

"Amin. Haha okeylah, saya pergi dulu. Awak jangan balik lambat sangat, tak elok. Bye, Assalamualaikum..",pamit Iman lalu melangkah pergi.

"Waalaikumusalam",jawab Qisya dengan senyuman di bibir. Suka dia kerana bosnya tampak gembira.

Iman menuruni lif dan menuju ke lobi syarikat milik ayahnya yang sudah bersara. Iman melabuhkan punggungnya di satu sofa yang memang khas untuk menunggu di ruangan lobi.

Ramai pekerja menyapa dirinya apabila mereka semua melangkah untuk pulang ke rumah masing-masing.

Iman bermain dengan telefonnya sementara menunggu suaminya datang untuk mengambilnya dan pergi ke pasar raya.

10 minit sudah berlalu, namun tiada panggilan atau mesej dari sang suami bahawa dia sudah sampai atau belum.

Iman menghela nafas perlahan, selendang yang terlilit rapi di kepalanya dibetulkan. Telefonnya dibuka dan menekan punat setiap digit nombor suaminya.

Tuut Tuut

Tutt Tutt

"Helo",suara Adam muncul di hujung talian.

"Helo, honey",balas Iman.

"Kenapa ni sayang call honey?"

"Honey kat mana?",soal Iman tanpa membalas pertanyaan Adam.

"Lah kat officelah buat kerja..",jawab Adam pantas.

"Honey tengok jam pukul berapa sekarang",arah Iman tegas. Adam terus menilik jam di pergelangan tangannya. 6.20 petang.

"6.20. Why? Later honey balik, okey? Sayang masak jelah apa-apa",ujar Adam tanpa memikirkan apa-apa.

"Honey, are you forgot? You need to pick up me at my office and bring me to shopping mall to buy groceries. How i want to cook if i don't have enough ingredients?",kata Iman dengan nada geram. Dia pasti, Adam sudah lupa.

Adam yang berada di hujung talian sudah menepuk dahi. Mampus!

"Err.. sayangg.. honey.."

"Nah, i will go by myself!",pintas Iman.

"No no no, i will pick up you now! Don't go anywhere!",balas Adam sambil terkocoh-kocoh berlari ke lobi syarikatnya dan menunu ke keretanya.

"Hmm yelah. I'm waiting, honey. Drive carefully. Bye~",ucap Iman dengan nada perlahan.

Bibir mungil Iman mengeluh. Lama lagi lah dia di sini. Dalam 20 minit baru si Adam akan sampai.











***






Because You Are My Love √Where stories live. Discover now