MLH 38

2K 90 14
                                    

~~~coming soon~~~

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

~~~coming soon~~~












Ramai yang bertanya kepada Hero bagaimana dia boleh terlibat dalam kemalangan tempoh hari.Sejujurnya Hero sendiri pun tak ingat macam mana semua tu terjadi.

Yang dia ingat semasa hari kejadian hujan sangat lebat sehingga menyukarkan pandangannya untuk memandu kereta.Sebab itu dia ambil keputusan berhenti dibahu jalan dan tunggu sampai hujan reda.Masa tunggu hujan reda tu dia tertidur.Lepas tu dia langsung dah tak ingat apa-apa.

Sebaik sahaja buka mata dirinya sudah terbaring di atas katil hospital.

Tapi menurut cerita dari saksi yang melihat kejadian kemalangan tu, dia nampak Hero keluar dari kereta dan berjalan ke tengah jalan dalam hujan lebat.

Hero langsung tidak menghiraukan kenderaan yang sibuk lalu lalang ketika itu.

Masa tu lah datang sebuah kenderaan pacuan empat yang tidak sempat mengelak dan merempuh lelaki itu.

"Kamu memang ada niat nak bunuh diri ke?" Tanya Tan sri Yahya.Bimbang anaknya itu tertekan kerana penceraian dan sampai bertidak mahu bunuh diri.

"Ish!tak adalah.Tak pernah terfikir pun nak buat macam tu." Sungguh memang dia tak pernah terfikir pun nak bunuh diri.

"Dah tu, hilang akal pergi berdiri tengah-tengah jalan raya yang sibuk tu?" Celah puan Sri Qaseh.Geram dia bila dengar cerita dari saksi semasa kejadian tu.

"Tah lah ma..Hero memang tak ingat apa-apa.Tapi sumpah!memang tak pernah ada niat pun sampai nak bunuh diri." Ujarnya serius.Gila apa nak bunuh diri.Dah lah dosa berlambak-lambak lepas tu mati dalam keadaan bunuh diri.Memang neraka jahanam teruslah tempatnya nanti.

Tan sri Yahya mengeluh perlahan."itulah suka sangat tidur petang-petang.Orang tua-tua cakap tak elok tidur lepas asar.Tu agaknya otak kamu tu jadi tak betul.Bangun tidur terus menuju ke tengah jalan.Macam orang kena rasuk."

Hero berjeda.Ish..seramnya.Nasib tak mati lagi..

****

Pangkal tengkuk yang terasa gatal Asya garu.Matanya masih tertumpu pada Hero.

Ada tu haa..Duk tepi kolam ikan sambil muncung panjang.Ikat dengan getah muncung dia tu baru tau.

Bawak-bawak bersabarlah Asya.Kau sekarang tengah jaga orang sakit.Dia mengurut dada menenangkan hati dan perasaan sendiri.

Nasib baiklah sayang.Kalau tidak dah lama aku tolak dia masuk dalam kolam ikan ni.

Asya membawa langkah menuju ke arah Hero.Setelah berdiri betul-betul di belakang lelaki itu,dia tunduk sedikit sambil tangan dibawa melingkari antara batang tengkuk dan bahu suaminya.

My Love HeroNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ