MLH 12

2.9K 191 3
                                    

Buka saja mata pandangan Asya terus dijamu dengan wajah tampan Hero

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Buka saja mata pandangan Asya terus dijamu dengan wajah tampan Hero.Berkali-kali dia kelipkan kelopak mata kerana masih rasa tak percaya dengan apa yang di lihatnya sekarang ini.

Otak Asya cuba untuk ingat semula apa yang berlaku sebelum dia terlena tadi.

Oh ya!

Hero dah pulang dari France.Jadi betullah apa yang dia lihat sekarang?didepan matanya kini bukanlah bayangan lelaki itu seperti yang selalu membayangi hari-hari nya sepanjang tempoh lima tahun ni.

Asya perhatikan setiap inci raut wajah Hero.Masih sama seperti lima tahun dulu, cuma bezanya, Hero yang berada didepan matanya kini tampak lebih matang berbanding sebelumnya.

Rasa macam tak percaya saja, lima tahun yang Asya nantikan kini telah berakhir dan Hero pun sudah kembali semula ke Malaysia.

Asya bangun dari pembaringan dan duduk bersandar pada kepala katil.

Huhh..

Terasa cepat saja masa berlalu, dalam tak sedar sudah lama rupanya mereka berjauhan.

Dan setelah lima tahun ini berakhir, kini Asya harus membuat pilihan.Pilihan yang telah Hero letakkan kepada tangannya.

Sama ada memilih untuk teruskan perkahwinan ini, atau mengakhirinya.

Bawah bibir Asya ketap kuat.Menahan segala rasa sebak yang sudah mula menyerang.Jujur, dia berharap sangat, tempoh lima tahun itu masih berjalan seperti biasa.Biarlah berjauhan asal perkahwinan ini tidak tamatkan.

Bukan sebab Asya sudah jatuh cinta pada Hero, tapi sebab..

Entahlah.

Buat masa ini Asya masih tiada jawapan mengapa hatinya begitu berat untuk tamatkan perkahwinan mereka berdua.

Hmm..

Hero mula mengeliat membetulkan urat-urat badan yang terasa lenguh, tapi matanya masih terpejam rapat.

Bila tengok Hero seperti sudah terjaga dari tidur, Asya cepat-cepat berbingkas bangun menuju ke bilik mandi dan dia mengunci diri disitu bersama linangan air mata.

Menangislah Asya..

Menangislah sepuas-puasnya.

Jangan kau tahan lagi air mata ni.Cukuplah selama lima tahun ni, kau berpura-pura tabah seorang diri.

~~~~

"Aralin.."

"Aralin.."

"Aralin!"

Asya toleh bila bahunya disentuh oleh seseorang dari arah belakang.

Dia terpaksa mendongak sikit untuk melihat siapakah gerangan manusia itu.

Dahi Asya kerut seribu bila tengok muka lelaki yang sedang berdiri didepannya ini.

Nik?

"Saya panggil awak banyak kali, awak buat bodoh je." Ujarnya sambil tayang barisan gigi depan yang putih bersih tu.Boleh jadi model iklan gigi ni.

My Love HeroWhere stories live. Discover now