MLH 27

2.4K 131 6
                                    

🐙🐙🐙

Korang yang mana tengah bosan dan tak tahu nak baca cerita apa, sementara nak tunggu sis update MLH ni, meh la baca story yang Sam_jang tulis ni Tajuknya cinta Halal ku
Kasi supportlah sikit pada dia, dia baru nak berjinak-jinak dalam bidang penulisan ni..
Dia mintak tolong sis promotekan.
Korang baca ye😉









~~~~

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, Hero lihat Asya sedang duduk berteleku di atas sejadah.

Sayu saja dia melihat susuk tubuh isterinya itu dari belakang.Saat ini mula terdetik rasa penyesalan di hati Hero.

Kenapalah dia tidak pernah menghargai bidadari yang telah dikurniakan oleh Allah untuknya ini?Kenapa cinta Izzel juga yang dia kejarkan dulu?

Ya Allah..

Tak dapat dia nak bayangkan macam mana perasaan Asya kalau dapat tahu hal ini nanti.

Dia dah berjanji tak mahu lukakan Asya lagi.Tapi tengoklah apa yang terjadi sekarang.

Memang Izzel tak mati, dan dia pun selamat dari memegang title sebagai seorang pembunuh.Tapi..

Pasal anak yang dikandung Izzel tu macam mana?

"Awak dah balik?" Pertanyaan Asya menyedarkan Hero dari lamunannya.Dia tak sedar bila masa Asya sudah duduk dibirai katil.

Wajah si isteri yang masih lengkap bertelekung direnung penuh kasih.Wajah ini mendamaikan jiwanya.Buat seketika Hero terlupa akan masalah yang sedang dihadapinya.

Tapi tak lama..

Kedamaian itu regut tatkala dia teringatkan si Izzel.Allahu..

Hero terus menerpa ke arah Asya.Tubuh wanita itu dia peluk erat, macam dah tak jumpa lama, padahal baru beberapa jam sahaja mereka berpisah.

Asya yang sedikit kaget dengan perlakuan suaminya hanya diam membatu.Membiarkan sahaja tubuhnya dipeluk kuat.

Waktu ini mata Hero memang sudah merah.Dia sudah tak mampu untuk menahan segala rasa sebak dihatinya.Sungguh dia tak kuat untuk menghadapi ujian ini.Dia tak mampu.Dia takut untuk kehilangan Asya buat kesekian kalinya.

Bila terasa lembut tangan Asya melurut-lurut lembut belakang tubuhnya, saat ini air mata Hero sudah berjuraian.Bergegar tubuhnya menahan tangis, kerana tak mahu Asya tahu dia sedang menangis.

Ya Allah..Kuatkan hatiku demi bidadari ku ini..

"Kenapa dengan awak ni, ada apa-apa yang tak kena ke?" Soal Asya.Mereka masih juga berpelukkan.

Hero hanya gelengkan kepala.Dia tak mampu untuk bersuara.

"Awak rindu saya ye..?" Sengaja Asya ingin mengusik.

Kali ini Hero mengangguk pula.Iya, dia sangat rindukan Asya.

Walaupun wanita ini sedang berada didalam pelukkannya tapi entah kenapa rindu yang dia tanggung sekarang ini sangat-sangat menebal, seolah-olah sekarang jarak mereka jauh beribu-ribu batu.

My Love HeroDove le storie prendono vita. Scoprilo ora