MLH 26

2.4K 107 1
                                    

🐙🐙🐙

Hello uols yang baik hati,
Lepas baca MLH jangan lupa vote ye..

😉😉😉








~~~~~

Pening kepala Zill bila tengok Hero ke hulu ke hilir dari tadi, resah macam ada yang tak kena.Sudah sejam dia begitu, bila Zill tanya tidak pula dia menjawab.

Tadi dia yang beria-ia call Zill ajak jumpa, katanya ada benda penting nak diberi tahu.Tapi bila dah jumpa macam ni pulak.

"Oit!kau boleh duduk diam tak?peninglah kepala aku, dari tadi tengok kau macam ni.Kau sebenarnya ada masalah apa ni?ceritalah pada aku." Zill dah tak boleh nak sabar.

Kalau dibiarkan si Hero ni, lagi banyak masa yang akan terbuang.

Hero mengambil tempat di sebelah Zill.Dari air muka dia tu memang jelas sangat lelaki ini sedang menghadapi masalah yang sangat berat.

"Ada apa ni?Ceritalah..Mana tahu aku boleh tolong kau."

Hero meraup wajahnya, kasar.Dia sendiri tak tahu hendak mula dari mana, dan bagaimana hendak luahkan semuanya pada Zill.

Dalam kepala otaknya sekarang ini tak henti-henti memikirkan tentang keadaan Izzel.Dia takut kalau-kalau wanita itu mati.Dia tak mahu menjadi pembunuh.

Paling Hero takut kalau Asya dapat tahu tentang semua ni.Ya Allah..Serabutnya kepala otak aku..

"Kau ada masalah apa ni?cakaplah.Kalau kau tak cakap macam mana aku nak tolong kau." Tak tahulah ini kali ke berapa Zill mengulang pertanyaannya pada Hero.

"Aku..aku.." Susahnya nak cerita.

"Apa dia?cakap jelah.Kalau kau tak cakap macam mana aku nak tolong." Jadi serabut pulak Zill tengok si Hero ni.

Apa bendalah yang susah sangat dia nak luahkan tu.Dah dekat dua jam, air pun dah masuk kali ke tiga dia order.

"Aku rasa, aku dah bunuh Izzel."

Buurr..

Habis tersembur air yang Zill minum.Memang kebetulan masa Hero cakap tu dia tengah minum air.

Uhukk..uhukk..

"Weh!kau biar betul?" Terbeliak terus mata Zill.

Bunuh orang bukan bunuh anak kucing!

"Kau tengok muka aku ni ada macam muka orang tengah bergurau ke?Aku serius ni!" Benda-benda macam ni mana boleh dia nak bawa bergurau.

Ini soal nyawa orang, bukan anak patung.Arghh!serabut gila.

Zill telan air liur.Dia tak tahu nak cakap apa.Otaknya sedang berusaha menghadamkan apa yang telah disampaikan oleh Hero sebentar tadi.

Kalau betul Hero bunuh Izzel, ini sudah jadi kes polis, dan bermakna dia juga sedang terlibat juga sekarang ini.

"Kau..Kau yakin ke kau bunuh dia?Macam mana kau bunuh dia?" Takut-takut Zill bertanya dengan nada suara berbisik.Sekarang mereka di tempat awam, ramai orang, kalau ada yang terdengar perbualan mereka ketika ini, memang nahaslah jawabnya.

"Aku cekik dia." Hero merenung kedua-dua belah tangannya.Tangan yang telah mencekik Izzel tadi.

"Kau yakin dia dah mati?"

Hero menggeleng."Aku tak tau.Bila Izzel tak sedarkan diri, aku terus cabut.Aku takut."Bebola mata Hero mula merah akibat menahan tangis.

Sumpah!Dia memang tengah takut gila sekarang ni.Dia tak nak jadi pembunuh!

Zill garu kepala.Ini memang masalah berat.Dia tak sangka pula si Hero ni boleh hilang pertimbangan sampai macam tu sekali.

"Err..Kenapa kau boleh bertindak sampai macam tu sekali, cuba kau cerita dengan aku." Sebelum fikir macam mana nak tolong sepupu dia ni, Zill rasa dia patut dengar dulu penjelasan dari Hero.

~~~~

Zill picit pangkal tengkuk sebaik sahaja selesai mendengar penjelasan dari Hero.Tak sangka itulah punca dia bertindak sedemikian.

Izzel mengandung rupanya..

"Aku yakin anak dalam perut dia tu bukan anak aku.Sumpah aku tak pernah sentuh dia." Hero memang yakin yang anak dalam perut Izzel tu bukan dia yang punya kerja.

"Kalau bukan anak kau kenapa si Izzel tu beria-ia nak suruh kau yang bertanggungjawab?" Yang ini memang Zill tak faham.

Kenapa si Izzel tu nak Hero yang jadi suami dia, sedangkan dia ada kekasih lain.

"Sebab jantan tak guna tu tak nak bertanggungjawablah..Kalau tidak tak adanya dia nak suruh aku jadi pak sanggup."

Menyesal gila dia kenal dengan perempuan yang macam si Izzel tu.Harap muka je cantik, tapi perangai menyusahkan orang!

"Dah tu sekarang ni macam mana?"

"Aku tak tau..Aku takut kalau dia mati."

"Tapi kau tak sure kan dia dah mati ke belum?"

Hero mengangguk.

"Aku cadangkan kau call si Kelly tu, tanya pada dia macam mana keadaan si Izzel tu." Zill rasa hanya ini saja cadangan terbaik yang dapat dia berikan pada Hero buat masa ni.

"Macam mana kalau dia mati?" Soal Hero, resah.

"Ish!kau ni..Janganlah mintak dia mati.Aku rasa dia hidup lagi tu.Inshaallah tak ada apa-apa.Kau call je Kelly, tanya pada dia Izzel tu macam mana." Memang dalam hati Zill harap sangat yang Izzel takkan mati.

Kesian jugak dengan si Hero ni.Lepas satu, satu masalah dia kena hadap.Ini belum lagi ditambah dengan masalah kalau Asya dapat tahu hal ni.

Tak dapat Zill nak bayangkan bagaimana keadaan rumahtangga mereka kalau Asya dapat tahu tentang kandungan si Izzel tu.



🐝🐝🐝

Please vote, comment dan teruskan mengikuti kisah percintaan diantara Hero dan Asya😘

My Love HeroWhere stories live. Discover now