MLH 11

2.8K 171 2
                                    


"Abang nak tau tak, masa abang tak ada kak Asya ni tidur dengan Baby tau." Ujar Baby.Sengaja nak buat kecoh.

Asya mula jegilkan mata, sebagai isyarat supaya Baby tak bukak cerita.Tapi si Baby ni tak makan saman.

"Kalau Baby tak ada dia tidur dengan Bibik.Dia cakap dia takut tidur sorang-sorang dalam bilik abang tu."

"Bibik?"

Hero segera toleh pada Asya disebelah.Cara dia renung Asya tu buat Asya menggelabah.'kau ajak bibik tidur dalam bilik aku!?'

Asya cepat-cepat tundukkan kepala.Cis!Si Baby ni memang mulut tempayan.

"Kenapa nak tidur dengan bibik pulak?" Soal Hero dengan nada suara tak puas hati.

Ada ke patut dia ajak bibik tidur dalam bilik aku.Bilik tu kan tempat privacy suami isteri.

"Asya cakap dia takut tidur sorang-sorang.Bilik tu besar sangat." Sampuk Puan Sri Qaseh.

"Dia nak tidur dalam bilik lama, tapi mama yang tak bagi.Asya kan dah jadi menantu mama, takkan mama nak biarkan dia tidur dalam bilik orang gaji lagi."

Memang dia yang tak bagi Asya tidur dalam bilik Asya yang dulu tu, sebab bilik tu kecik dan bilik tu pun hanya untuk orang gaji saja.

"Abang dah balik ni, tak payahlah kak Asya tidur dengan Baby lagi.Tak adalah takut lagi kan nak tidur dalam bilik tu."

Sengeh-sengeh Baby mengusik Asya.

"Yelah.Abang dah balik kenalah tidur dengan abang, tak kan nak tidur dengan kau lagi."

Hukk!

Tersedak Asya dibuatnya.

Hero sengeh sambil tangan melurut lembut belakang Asya.Suka dia bila dapat menyakat si Asya ni.

Merah macam udang kena bakar dah muka Asya sebab malu.Ada ke patut si Hero ni cakap macam tu depan mama dia.Ish!Malunya.

"Baby pun tak nak lah tidur dengan kak Asya.Dia tidur buas."

Ish!Baby ni..

Memandai je buat cerita.Saja nak kenakan aku depan si Hero ni.

"Yeke.Masa dia tidur dengan abang tak buas pun."

Erk!

Hantu betul dua beradik ni.Sejak bila diorang ni jadi best friend sampai dua-dua mengenakan aku ni.

"Tips tak nak bagi dia tidur buas-buas, kenalah peluk dia kuat-kuat."

Bergema satu rumah dengan gelak tawa Puan Sri, Baby dan Hero.

Asya dah tak senang duduk.Muka pun dah membahang sangat ni.Baik dia blah.Lagi lama duduk dekat sini, lagi teruk la dia kena bahan.

Tanpa menunggu lebih lama, Asya segera bawa diri ke tingkat atas.

Hero koyak senyum.Suka pulak tengok riaksi Asya yang malu-malu tu.

~~~~

Masuk je dalam bilik Asya terus sembam muka atas tilam.Malunya dia depan Puan Sri.

Si Hero tu pun satu, sejak bila dia pandai bergurau ni?Lain betul perangainya lepas balik dari France.

Atau perangai dia memang macam tu sejak dari dulu lagi?Aku je ke yang tak tahu perangai dia macam tu?Yelah!Lepas seminggu kahwin terus pergi France, mana sempat nak kenal mengenal hati budi masing-masing.

Masa tengah sibuk bersoal jawab dengan diri sendiri, Asya dapat rasa ada orang merebahkan badan disebelah tempat dia meniarap.

Cepat-cepat Asya buka mata dan toleh.

Siapa lagi kalau bukan si Hero.Entah bila dia masuk dalam bilik ni.

Asya segera bangun dan duduk dibirai katil.Rambut yang kusut di kemaskan dengan jari jemari.

Hero masih juga bergitu.Baring sambil perhatikan Asya.

Dah banyak berubah dah si Asya ni.Tak macam dulu, nampak selekeh je.Sekarang dah pandai bergaya.Dah pandai pakai makeup.Makin cantik pulak Hero tengok.

Asya memang cantik dari dulu.Tapi sekarang ni lagi cantik!

Kenapalah dulu dia boleh tak perasankan kecantikkan si Asya ni.

"Kenapa kau takut tidur sorang-sorang dalam bilik ni?"

Asya kerling Hero sekilas, kemudian dia renung ke hadapan semula.

Dah tahu buat-buat tanya lagi.

"Kan mama dah bagi tau tadi.Saya takut tidur sorang-sorang.Bilik ni besar sangat."

Dia tak biasa duduk dalam bilik besar-besar macam ni.Bilik ni dah lebih kurang sama besar dengan ruang tamu rumah arwah umi dulu.Eh!Bukan lebih kurang, tapi lagi besar.

Macam sepuluh orang boleh duduk dalam bilik ni.

"Sekarang aku dah ada, tak takutlah kan?" Sengaja Hero mahu menduga.Saja nak menyakat lagi.

Muka Asya kembali merah dan terasa panas.Ish!Dia ni..

"Ee..Malaslah layan awak ni."

Baru Asya nak angkat punggung berlalu pergi tangannya sudah disambar oleh Hero.

Kemudian lelaki itu tarik hingga Asya tersembam ke dada bidangnya.

Asya meronta mahu melepaskan diri, tapi tak berjaya kerana dipeluk kuat oleh Hero.

"Duduklah diam-diam..Aku nak lepaskan rindu ni." Serak-serak basah suara Hero singgah ditelinga Asya.

Buang tebiat ke apa lelaki ni?

"Lepaslah.."

"Shh..Diam." Makin kuat dia peluk tubuh Asya.

Kali ni bukan sebab nak menyakat.Tapi memang sebab rindu.Dari dalam kereta tadi Hero menahan diri.Sampai rumah, mama dan Baby pulak ada, kalau tidak memang dia dah nak peluk Asya erat-erat macam ni.

Bila sudah puas meronta namun tak berjaya lepaskan diri akhirnya Asya akur.

Dia mengeraskan badan dalam pelukkan Hero.

Lama juga mereka berkeadaan begitu.

Baik Asya mahupun Hero, masing-masing diam seribu bahasa.

Hero menghayati suasana.Asya pula mula rasa mengantuk.Mau tak mengantuk!Elok pulak si Hero ni peluk sambil tepuk-tepuk perlahan belakang badan dia.Macam nak mendodoi bagi tidur je.

Mana boleh tahan kalau gini.Cik mata ni mulalah makin layu.

Rambut Asya yang mengurai menutupi wajah wanita itu, Hero selak dan selitkan ke telinga Asya.

Dia senyum bila tengok mata Asya yang terpejam tu.Dalam keadaan begini pun boleh si Asya ni tidur?

Mengantuk sangatlah tu.

Perlahan-lahan Hero bangun dan letakkan badan Asya supaya baring elok-elok atas tilam.

Bantal dia ambil dan letakkan bawah kepala Asya.Setelah itu dibetulnya pula Rambut Asya yang agak serabai tu.

Hero baring mengiring disebelah Asya, sebelah tangannya menongkat pipi dan sebelah tangan lagi bermain-main diwajah Asya.

Dari mata, hidung turun ke mulut.Dua ulas bibir merah tu diperhatikannya.Lama.

Nampak macam menyelerakan je.

Hero mula senyum nakal.

Cups!

Dia benamkan bibirnya ke ulas bibir Asya tak sampai sesaat.

Kali ini Hero sengeh pula.Suka kerana perbuatanya itu langsung tidak disedari oleh Asya.

Cups!

Sekali lagi.Tapi kali ini agak lama dari yang tadi.

Pun masih juga tidak disedari oleh Asya.

Hmm..

Betul-betul lena ni.




🐝🐝🐝

Please vote, comment dan teruskan mengikuti kisah percintaan diantara Hero dan Asya😘


My Love HeroWhere stories live. Discover now