MLH 13

3K 170 3
                                    

Panas hati Hero bila tengok mesej yang baru saja Izzel hantar kepadanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Panas hati Hero bila tengok mesej yang baru saja Izzel hantar kepadanya.

Perempuan yang seorang ini benar-benar mahu menguji kesabarannya.

"Hello!"

"Apa masalah you ni hah!?" Suara Hero terus memekik sebaik saja talian dijawab oleh Izzel.

"Jangan nak buat cerita mengarutlah Izzel.You ingat i bodoh sangat ke sampai nak percaya cerita-cerita rekaan you yang tak masuk akal tu!?"

"You dengar baik-baik ye.Lepas apa yang you dah buat belakang i, jangan ingat semudah itu i nak maafkan you."
"Antara kita dah tak ada apa-apa so lepas ni pergi jahanamlah dengan hidup you tu.Buatlah apa yang you suka, i dah tak nak ambil tau apa-apa lagi."

"Laisse moi seul.."

"Au revoir"

Setelah itu Hero terus mematikan talian.

Rasa macam nak meletup dadanya menahan amarah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Rasa macam nak meletup dadanya menahan amarah.Tak sangka Izzel masih lagi mengganggu hidupnya walaupun diantara mereka sudah tiada apa-apa.

Ye, sebelum kembali ke Malaysia, mereka berdua sudah putus.Sudah tiada apa-apa hubungan lagi.

Punca perpisahan itu datang dari Izzel sendiri, tapi tengoklah.Dia kembali semula nak mengemis kasih dari Hero.

Hero dah pesan jangan ganggu hidup dia, tapi si Izzel tu seakan mahu mencabar kesabarannya.Tak habis-habis nak sakitkan hati dia.

Habis rosak mood Hero satu hari ni, bila teringatkan si Izzel tu.Bersusah payah dia nak move on selepas mereka berpisah dua bulan yang lalu, sekarang tiba-tiba Izzel muncul semula.

Merayu-rayu supaya mereka kembali bersama.Huh!dia ingat semudah itu untuk Hero lupakan apa yang telah berlaku?

"Assalammualaikum.."

Asya beri salam sebaik saja menapak masuk ke dalam bilik.

Namun salamnya tidak dijawab oleh Hero.Dia buat tak endah je pada Asya.Entah apalah yang dia tengok dekat fon tu, muka macam stress je.Gaduh dengan si Izzel lah tu.

My Love HeroWhere stories live. Discover now