MLH 25

2.6K 111 3
                                    


Muka Hero terus berubah pucat seperti manusia yang tidak berdarah sebaik sahaja dia dan Asya masuk ke dalam rumah.

Peluh dingin mula membasahi dahinya bila mana dia lihat susuk tubuh dua orang manusia yang sangat dikenalinya itu.

Mereka berdua sedang berbual dengan Puan Sri Qaseh diruang tamu.

"Kak Ipah." Hero panggil kak Ipah ketika wanita itu melintasi laluan dari dapur untuk keruang tamu.

"Ye Tuan Hero."

"Tolong bawa Asya naik atas." Dia memberi arahan sambil mata tak lepas merenung ke arah ruang tamu.

Serius, masa ni jantung Hero memang tengah berdegup kencang gila-gila.Mungkin bila-bila masa saja jantung dia akan jatuh berguguran.

"Tapi Puan Sri panggil saya Tuan Hero."

Serta-merta Hero berkalih merenung Kak Ipah dengan mata yang tajam.

Kak Ipah terus tundukkan kepala, tidak berani hendak bertentang mata dengan anak lelaki majikannya ini.

Menyedari situasi tegang itu buatkan Asya bersuara."Tak apa, saya boleh naik atas sendiri."ujarnya.Dia tak mahu Hero marah kepada Kak Ipah.

Dia tak tahulah kenapa tiba-tiba saja si Hero ni jadi bad mood sedangkan semasa mereka dalam perjalanan pulang tadi, dia ok je.

"Kak Ipah hantar je Asya naik atas.Nanti saya bagi tahu pada mama." Arahnya sekali lagi.Kali ini dengan nada suara yang lebih tegas.

Kak Ipah sekadar mengangguk.Tak berani dah dia nak menjawab, takut kena marah pula nanti.

Sebaik saja Kak Ipah bawa Asya naik ke atas, Hero atur langkah ke ruang tamu.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa berdebarnya dia saat melangkah ke situ.

"Hero sayang.." Tegur Puan Sri Qaseh.Seperti biasa wajah wanita itu tidak pernah lekang dengan senyuman.

Tapi sayangnya kali ini senyuman Puan Sri Qaseh tak mampu untuk meleburkan segala rasa resah dihati Hero.

Malahan rasa itu semakin menggunung bila dia bertembung mata dengan Izzel.Wanita itu menghadiahkan senyuman penuh makna kepadanya, sementara Kelly pulak menundukkan kepala.Mungkin rasa bersalah kepada Hero kerana telah membawa Izzel ke rumah ini.

"Izzel dengan Kelly cakap diorang ni kawan Hero masa belajar di France dulu.Betul ke sayang?" Pertanyaan Puan Sri Qaseh membuatkan Hero berhenti menghantar renungan tajam pada Izzel.

Dan dia sekadar mengangguk bagi menjawab pertanyaan mamanya.
Kemudian mengambil tempat disebelah Puan Sri Qaseh.

Hero rasa lega sedikit bila tengok reaksi mamanya.Sepertinya wanita itu masih belum tahu apa-apa berkenaan dirinya dan Izzel.

"Kenapa korang datang sini?" Hero bertanya dengan nada kurang senang.

Izzel senyum senget.Dari cara Hero bertanya tu, dia dah boleh agak yang kedatangan mereka sedang mengundang resah di hati lelaki itu.

Yes!memang ini yang dia harapkan.Dia mahu Hero rasa terancam dan takut, kerana dengan cara ini sahaja yang boleh Izzel gunakan untuk menggertak lelaki itu.

"Saja.Kami baru tiba dari France, sebab tu singgah rumah you, nak jumpa dengan you.We miss you Zyan."

"Call jelah, tak perlu terus datang sini."

"Hero.." Seru Puan Sri Qaseh.Dia berasa kurang senang melihat cara anak lelakinya melayan tetamu mereka.

"It's okay auntie, kami dah biasa berbual macam ni.Zyan ni memang selalu cakap kasar dengan kami, tapi dia baik hati.Kan Kelly?"

My Love Heroजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें