MLH 31

1.7K 78 2
                                    

Pang!

Uish!Berpinar mata Hero dibuatnya.Apa ni?orang tengah sakit kot!

"Apa ni ma?sakitlah!" Rengus Hero.Orang terlantar sakit dia bagi penampar pulak.

"Padan muka.Biar bertambah sakit lagi.Siapa suruh buat mama risau!" Puan sri Qaseh kesat air mata dengan hujung jari.

Bagai nak gugur jantungnya bila terima panggilan daripada pihak polis menyatakan Hero terlibat dalam kemalangan jalan raya dua minggu yang lalu.

Ya, dua minggu yang lalu, dan baru hari inilah anak lelaki dia yang seorang ni terjaga dari koma.

Sepanjang tempoh dua minggu itu jugalah Puan sri Qaseh tak henti-henti berendam air mata.Tambah lagi bila diberi tahu oleh doktor yang peratus untuk Hero kembali sedar adalah sangat tipis.

Hari ni bila Hero mula sedar dan buka mata, dia rasa bersyukur sangat, akhirnya doanya termakbul.Tapi pada masa yang sama Puan sri Qaseh tak dapat nak menahan geram.Dia geram sebab dah lama sangat tak jumpa Hero, tapi bila jumpa keadaan anaknya ini pula terlantar sakit macam ni.

"Sorry ma.." Dicapai tangan Puan sri Qaseh dan dikucup bertalu-talu.Hero sedar dia dah buat mamanya risau.

Puan sri Qaseh diam.Hanya badannya sahaja yang bergegar menahan esak tangis.

Tak sampai hati tengok mamanya terus menangis, Hero tarik tangan Puan Sri Qaseh bawa ke dalam pelukkannya.

"Sorry ma..sorry sangat-sangat sebab dah buat mama risau.Sorry sangat-sangat sebab Hero selalu beri masalah pada keluarga kita." Ucapnya tulus ikhlas.

Hero akui, dia memang seorang anak yang tak pernah menyenangkan hati orang tuanya.Dari kecil sampailah dewasa, ada saja masalah yang buat sampai Puan Sri Qaseh dan Tan sri Yahya risau.

"Hero tak pernah susahkan kami..Mama rasa bersyukur sangat sebab Allah dah kabulkan doa-doa mama supaya beri peluang untuk mama ni kembali kepangkuan mama."

"Terima kasih ma, sebab doakan Hero.I love you ma.." Terus dia semakin eratkan pelukkannya.

"I love you too son.."

"Ish!sudah-sudahlah tu..Sampai bila nak berdrama air mata ni..?" Celah Mellisa.

Cis!perempuan ni..Tak boleh tengok orang senang!

"Ingat kitaorang ni tunggul kayu ke kat sini?" Dia menjulingkan mata.

Drama air mata ni kalau tak dicegah sampai esok lusa pun tak jumpa endingnya..

Tan sri Yahya geleng kepala.Terhibur dengan gelagat mereka anak beranak.Dia yang sejak dari tadi sekadar menjadi pemerhati mula merapati Hero.Dia melabuhkan duduk dibirai katil Hospital.

Bahu Hero dipegang erat."I love you son.."Dia pun tak mahu lepaskan peluang untuk mengucapkan patah perkataan itu kepada satu-satunya anak lelaki yang dia ada ni.

Hero sengeh.Dia tahu bukan mudah untuk seorang ayah melafazkan kata-kata itu.Kali ini tubuh Tan Sri Yahya pula ditariknya ke dalam pelukkan.

Mellisa garu kepala.Tak habis lagi rupanya drama sedih ni.

Arghhh!!!!

"Abang dah sedar!?" Baby yang baru sahaja muncul menjerit kuat dihadapan muka pintu wad, kemudian dia meluru ke arah Hero.Tubuh abangnya itu dia peluk erat.

"Syukurlah abang dah sedar..." Ucapnya bersama tangis.Sungguh dia rasa bersyukur sangat bila tengok Hero dah sedar seperti sedia kala.

"Ni lagi sorang." Getus Mellisa.Semua orang nak buat drama air mata.Yihh!

"Kau Asya, tak nak ke peluk si Hero ni?"

Tiba-tiba semua orang senyap, dan masing-masing mengalihkan pandang ke arah tuan badan yang di sebut namanya oleh Mellisa.

Asya gugup bila tiba-tiba dirinya menjadi tumpuan.Lidahnya kelu, tak tahu hendak beri riaksi bagaimana.

Hero kerut kening.Asya?

"Siapa tu ma?"

Serentak dengan itu semua mata kini tertumpu kepada Hero semula.Masing-masing bagaikan tidak percaya mendengar soalan yang diajukan oleh Hero seketika tadi.

Asya gamam.Tubuhnya menjadi semakin kaku bila matanya dan mata Hero bertaut pandang.

Hanya beberapa saat mereka saling menatap, selepas daripada itu Asya menundukkan pandangan.Tak sanggup untuk terus bertentang mata lama-lama.Lebih-lebih lagi bila Hero menyoal tentang siapa dirinya.

Apa yang berlaku ni..?Kenapa Hero tanya macam tu?persoalan-persoalan itu dia hanya tanyakan kepada dirinya sendiri.

"Hero..Itu Asya lah..Asya Aralin.." Suara Puan sri Qaseh memecah suasana hening.

"Asya Aralin?"

"Siapa dia?"

"Kawan Baby?"

"Eh!kau ni biar betul!?" Soal Mellisa tidak berpuas hati.

Semua orang dah mula menggelabah bila dengar pertanya Hero tu.

"Biar papa pergi jumpa doktor." Tan Sri Yahya terus keluar dari situ dengan langkah yang kalut.

Sementara Puan sri Qaseh kembali berendam air mata.

~~~~~

"Awak betul-betul tak ingat siapa saya?"

Ish!

Hero merengus geram."Boleh tak kau stop tanya aku soalan tu?Aku rimaslah!Semua orang dalam rumah ni tanyakan aku soalan yang sama."

"Betul ke aku ni tak ingat siapa kau.Ish!runsing kepala otak aku ni.Orang dahlah sakit lepas tu duk ulang tanya soalan yang sama tiap-tiap hari.Tak ada benda lain ke yang korang nak tanya pada aku?" bebelnya panjang lebar.

Dah dekat sebulan dia pulang ke rumah dan boleh dikatakan tiap-tiap hari itulah soalan yang semua orang selalu tanyakan kepada dirinya.Serabut kepala otak ni dibuatnya.

"Sorry..Saya tak berniat nak buat fikiran awak serabut.Saya cuma nakkan kepastian.." balas Asya, sayu..

"Kepastian apanya lagi..?Hari-hari aku jawab soalan yang sama tau?Tak puas lagi ke hati kau tu?"

"Mama upah kau untuk jaga aku, kau jaga jelah, tak payah nak tanya soalan yang bukan-bukan.."

"Hari-hari tanya betul ke aku tak ingat kau.Kau ingat kau tu siapa?penting sangat ke sampai nak tanya soalan macam tu pada aku!?"

Habis membebel panjang lebar Hero terus berlalu pergi.Di sebabkan nak cepat sangat pergi dari situ hampir saja dia tak jatuh tersembam.

Asya geleng kepala.Tak padan dengan kaki tempang.Getusnya.

Hero ni walaupun sakit, perangai degilnya itu tak pernah berubah.Elok-elok ada kerusi roda, dia nak pakai tongkat, katanya lebih senang nak bergerak.Senang apatah!Lagi susah adalah.


My Love HeroDonde viven las historias. Descúbrelo ahora