082

1.9K 210 20
                                    


Setelah berabad lamanya aktiviti menghendap dilakukan oleh tuan pengetua and the 'bising' gang, akhirnya tiba masa untuk mereka terjah Jungkook dan juga Sekyung.

"HOI!"

Penantian demi penantian yang mencabar akhirnya ditamatkan dengan tengkingan pengetua kepada pasangan yang masih syahdu berpelukan. Membulat luas mata Jungkook dan juga Sekyung. Rangkulan tangan Jungkook terlepas daripada tubuh Sekyung.

"Hah hah! Cuak lah tu! Dah kantoi buat maksiat!"

Mulut celupar Jaehyun gatal bersuara. Menempah pandangan maut Sekyung. Kecik besar kecik besar je budak tu di mata Sekyung. Nana automatik menampar pipi Jaehyun.

"Kau pehal?!"

Tanya Jaehyun dalam nada keras. Nana buat muka malas. Eleh budak-budak je Jaehyun ni. Tak takut pun.

"Kau tu pehal? Diam je dah lah."

Tegur Nana. Jaehyun beri jelingan tak puas hati. Taknak kalah! Nampak tak budak-budaknya dia? Mingyu dan Vernon hanya memandang Jungkook dan Sekyung. Sambil-sambil buat muka tenuk di belakang pengetua. Jungkook mengertap bibir. Ala siot ada member macam gini.

"Drama apa saya nampak tadi tu? Sendu semacam. Macam scene dekat airport je. Peluk-peluk bagai."

Tuan pengetua beri sindiran pedas. Sekyung dalam vibe boyish dia, hanya menggaru kepala dengan riak malas. Tak malu pun. Bengang je kena perli. Jungkook lirik Sekyung sekejap. Terasa comel je Sekyung di mata dia masa ni. Macam nak peluk lagi je. EH?

"Saya minta maaf cikgu. Saya yang peluk Sekyung."

Jujur Jungkook tanpa selindung. Pengetua pandang Jungkook atas bawah.

"Tak kesah siapa peluk siapa. Sekarang cerita dia, tak ada tempat lain ke nak buat maksiat?"

Bidas pengetua. Jungkook garu dahi perlahan.

"Cikgu-"

"Cerita dalam pejabat saya."

Potong pengetua ringkas. Masing-masing pandang pengetua dengan mata membulat. Pejabat pengetua umpama mimpi ngeri bagi kesemua pelajar Seoul Academy. Sebab andai kata kau berada dalam bilik pengetua, maka ada kemungkinan tinggi ibu bapa kau turut tumpang sekaki. Mampus!

• • •

"Gi, kau serius ar nak try awek tu?"

Jimin tanya Yoongi dengan muka cuak. Yoongi hanya mengangguk pelan sambil mengetatkan tali helmet di bawah dagunya. Jambangan bunga baby breath diletak cermat dalam raga motor.

"Kau gila Gi. Serius la gila? Taknak la main-main. Aku dah tua bodo nak main prank macam ni."

Seokjin masuk campur. Tangan disilang di bawah dada, memerhati pergerakan Yoongi.

"Aku tak prank la bebal. Serius la. Korang pelik sangat pehal? Elok la aku dah ada perasaan dekat perempuan. Kalau tidak, muka aku je korang label gay. Shiot."

Bebel Yoongi geram. Terkekeh kesemuanya. Namjoon, menjadi kawan yang supportive hanya memeluk bahu Yoongi sekejap. Ditepuk-tepuk bahu Yoongi perlahan.

"All the best for you bro. Aku doakan awek tu terima kau. Kalau kena reject, kau call aku. Kita cari awek baru. Course aku banyak awek lawa."

Kata-kata Namjoon dibalas dengan tawaan daripada Yoongi. Habis hilang rasa gemuruh di dada.

"Kau hati-hati Joon. Aku ada dengar rumor tak elok pasal awek-awek dalam course kau."

[C] Free Topup ♡JJKWhere stories live. Discover now