039

3.3K 390 9
                                    


Sekarang waktu balik, pelajar mula berpusu keluar dari kelas. Aku dan Nana kadang-kadang tersepit dicelahan pelajar. Hadoh, dah serupa anak kambing bergelut nak keluar kandang!

"Hoi! Tak boleh bernafas!"

"Arok ah! Rilek takleh kot! Rumah kau tak lari mana pun ah!"

Ha tudia. Aku dan Nana bersilih-ganti menjerit. Tapi jeritan kami diabaikan. Tetap saja para pelajar bergelut untuk melepasi pagar sekolah. Sampaikan jeritan kami tenggelam dek suara teruja para pelajar. Haish!

"Kyung kyung!"

Lengan aku ditarik oleh Nana. Jadi nak taknak, aku terpaksa juga pandang Nana dengan pandangan 'kau-nak-apa?'

"Nak shishi. Teman yok?"

Mulalah aku gulingkan bebola mata. Asal time ni juga dia nak shishi bagai?

"Tahan boleh? Dah time balik pun."

Ujar aku dalam nada mendatar. Nana dah terkepit-kepit je. Sumpah weh, kesian juga tapi kelakar!

"Ala kita balik jalan kaki kan? Takut tak sempat sampai rumah, aku dah terkucil dulu tengah jalan. Pat ah weh! Hujung-hujung dah ni!"

Nana menarik-narik lengan aku supaya ikut dia ketandas. Jadi dalam terpaksa, aku melangkah juga ikut tarikan tangan Nana. Sampai didepan tandas, dia lepaskan tangan aku dan berdesup masuk kedalam.

"TUNGGU AKU TAU?!"

Nana menjerit dari dalam. Haish. Tak boleh ke bagi settle hal dulu baru jerit? Lagipun, tak pernah lagi aku perdajal Nana nak tinggal dia masa dia tengah sibuk lepas hajat. Tapi kalau aku tinggal pun, bukannya perang dunia boleh tercetus!

Aku dah kehulu-hilir dalam tandas. Tandas sekolah tak besar pun. Typical tandas sekolah biasa lah kan? Cukup la jalan berulang-alik jumpa dinding yang sama dikiri dan kanan. (Alert! Ayat keling dikesan.)

"Woi Na! Berapa liter air doh kau lepas?"

Aku bersuara bila agak lama juga si Nana masih belum keluar.

"Memerut! Alang-alang kan."

Hanat. Terkeluar juga muka derp yang sedaya-upaya aku tahan setelah sekian lama.

"Patut ah udara dah lain macam!"

Jelas aku dan terus keluar dari tandas. Cukuplah aku tunggu Nana didepan pintu tandas je. Kalau aku berlama dalam tu, ada juga aroma udara melekat pada baju aku. Eyy stob it!

"Eh awek!"

Aku berpusing bila seseorang menegur dari belakang. Bukan nak perasan yang aku awek dia, tapi teguran berserta tepukan pada bahu buat aku berkalih juga. Elok mata aku mendarat pada figura yang menegur, riak muka berubah kelat serta-merta.

"Kau buat apa kat sini? Asal tak balik lagi?"

Jungkook menyoal seraya memasukkan tangan kedalam poket seluar. Aku dah menjeling-jeling je.

"Sibuk. Suka hatilah aku nak balik ke belum."

Jawab aku dalam nada mendatar. Dia? Hanya tersenyum sahaja.

"Tunggu aku eah? Nak balik sekali tak? Jom ah tumpang aku."

Ajak Jungkook. Mukanya dimaniskan.

"Tak payahlah. Aku balik jalan kaki je dengan Nana."

Aku tolak pelawaan Jungkook dengan riak bosan. Tapi dia masih juga berdiri tegak dihadapan aku.

"Seriously, jangan jual mahal boleh? Bukan aku nak culik kau, jual segala organ kau pun. Tch-"

[C] Free Topup ♡JJKWhere stories live. Discover now