041

3.1K 367 55
                                    


Third person pov- 💛

Jimin melingkarkan tangannya disekitar bahu Jungkook. Serta-merta lelaki itu panggungkan kepala. Fokusnya terganggu dek tindakan Jimin.

"Hyung, kau nak apa?"

Soal Jungkook. Dia cuba kembali fokus pada game yang dimain.

"Jom lepak cc."

Ajak Jimin. Jungkook mengerutkan dahi.

"Lepak cc buat apa?"

Jungkook membalas dengan soalan semula. Jimin masih meletakkan tangannya disekitar bahu Jungkook.

"Laptop aku rosak doh. Nak buat assignment tak boleh. Due date assignment minggu depan."

Adu Jimin dalam nada sayu.

"Argh kau boleh bla! Aku nak main game! Jangan sibuk!"

Balas Jungkook dan permainan video diteruskan semula.

"Weh siot. Jom lah teman aku pergi cc wehhhhh!"

Jimin merayu dengan kerutan pada dahinya. Lengan Jungkook turut digoncang.

"G berambus!"

Jungkook masih dengan kedegilannya. Sebenarnya dia sengaja mahu bertarik-tali dengan Jimin.

"Kau kena ingat, aku lahir dulu."

Ujar Jimin. Kali ini nadanya serius. Terus Jungkook hentikan permainan video dan bersiap untuk pergi cyber cafe bersama Jimin.

Tahun 95 dan 97. Dah tentu-tentu 95 menang. Jungkook melepas nafas lelah. Nasib dia lah lambat keluar.



"Bagi aku bawa motor."

Jimin berdiri didepan Jungkook. Kunci motor sudah bertukar tangan.

"Bawa motor elok-elok hyung. Aku taknak kita terbabas sebab cc semata-mata. Aku belum kawin."

Pesan Jungkook sambil mengetatkan tali helmet dibawah dagunya.

"Aku tahu lah. Kau jangan ingat sebab aku rendah, aku tak pro bawa motor. Aku rendah bukan sebarang rendah. Rendah aku special sikit."

Kata Jimin dan memulas gear perlahan. Saat itu jugalah si childish Jungkook nak muncul, dicucuknya pinggang Jimin dengan jarinya.

"ASKARRRRR TEGAK!"

Jerit Jungkook. Disebabkan perlakuannya, Jimin secara tidak sengaja memulas gear secara berlebihan. Hasilnya motor mereka melompat kedepan.



Aku berjalan ditepi taman apartment sambil menjinjing beg plastik barangan runcit. Terikan matahari membahang diatas kepala tidak dihiraukan. Hati lagi membahang dek Jaehyun.

Flashback

        Tangan aku naik mengetuk pintu bilik Jaehyun. Selepas dia masuk bilik dek terasa dengan gurauan ibu tadi, dia terus tak keluar.

"Jaehyun. Dah-dahlah tu marah. Ibu gurau je doh."

Pujuk aku. Tapi dia hanya diam tak membalas. Makin kuat aku mengetuk pintu biliknya.

"Woh Jaehyunnnn!"

Jerit aku berserta ketukan dipintu. Masih sama. Tiba-tiba aku dengar dia memainkan muzik rock didalam bilik. Mulut aku mengherot tanda sebal.

[C] Free Topup ♡JJKWhere stories live. Discover now