059

2.1K 289 6
                                    


Nota menyemak: Chapter ni agak hambar. Maafkan saya. Ini je yang mampu saya bagi.

•••

Anda masih ingat Kim Yujin? Mustahil tak ingat. Watak Yujin lah yang korang dok tertanya-tanya siapa dia sebenarnya kan?

Sekarang dia sudah berada di Seoul. Tubuhnya dibaringkan diatas katil hotel. Lenguh rasanya drive dari Busan ke Seoul.

Dia datang Seoul sebab nak berjumpa dengan Jungkook je. Dia dapat tahu tentang keberadaan Jungkook pun sebab Puan Jeon sendiri. Baru beberapa hari lepas dia berjumpa dengan Puan Jeon, sembang punya sembang akhirnya Puan Jeon bagitahu jugak apa yang berlaku pada Jungkook dua tahun lepas. Sewaktu Yujin berpindah ke Amerika.

"Jungkook jadi pendiam lepas Yujin tinggal dekat Amerika. Dia dah tak banyak cakap macam dulu. Mama pun tak tahu nak buat apa. Sampailah dia dapat surat tawaran sambung belajar di Universiti Seoul. Nasib baik dia nak pergi. Lega jugaklah mama."

Itu cerita Puan Jeon mengenai Jungkook. Yujin gigit bibir bawahnya perlahan. Hatinya dipagut rasa bersalah. Serba-salah tinggalkan lelaki itu.

"Tak lama lagi saya akan berjumpa dengan awak Jungkook. Masa tu saya harap awak tak lari dari berjumpa dengan saya."

Keluh Yujin. Dia menyebak rambutnya kebelakang. Boleh nampak bayangan Jungkook senyum, ketawa— tapi malangnya itu semua hanya kenangan.

Rinduuuu.

•••

Bang!

Itu bunyi sepakan padu aku pada pintu bilik air. Bukan bunyi tembakan pistol ya. Tengah berangin sebenarnya ni. Tunggu angin ni jadi angin taufan je. Bila dah jadi angin taufan, mahu roboh pintu bilik air ni aku buat.

"KAU MAMPOS KE DALAM TU JAE?!"

Aku sepak lagi pintu bilik air. Gerammm! Kau bayangkan dah setengah jam dia dalam bilik air tu. Aku tak tahu lah dia mandi ke dah tenggelam dalam laut pasifik. Sumpah lama gila!

"WOH JAEHYUNNNN!"

Jerit aku lagi. Ya tuhan, karang ada juga aku ajak ibu sepak pintu ni karang. Dah la dah lambat. Bas gerak pukul 7.30 dan sekarang dah pukul 7! Nasib baik aku dah siap mandi. Tinggal si Jaehyun ni je.

"Ish sabarlah!"

Balas Jaehyun dari dalam. Berapi je aku. Aku merengus geram. Satu tumbukan dilepaskan pada pintu bilik air sebelum pergi. Ugh baik aku makan dulu cenggini.

"Memekak je budak-budak ni pagi-pagi."

Bebel ibu dari dalam bilik. Dia dah tak larat dengar Jaehyun dan Sekyung bergaduh. Tiap-tiap hari pulak tu. Telinga pun dah kebal.

[C] Free Topup ♡JJKWhere stories live. Discover now