076

1.7K 233 26
                                    


 
Selepas tamat kelas cikgu Yoon, aku melangkah masuk ke dalam kelas semula. Pandangan dari yang lain aku buat tak endah. Entah apa yang dipandang sangat. Pandangan mereka tak berakhir sehingga aku labuhkan duduk di kerusi.

"Pehal?"

Aku pandang mereka semula. Refleks semuanya mengalihkan pandangan mereka. Bagus. Bahu aku tiba-tiba dicuit oleh Nana. Sebut pasal Nana, ya gais, wataknya masih sihat sejahtera. Ok thank you next.

"Kau kenapa? Macam tak sihat je."

Tebak Nana. Tak cukup itu, tangan dia sentuh lembut dahi aku. Sentuhan kasih-sayang gitu. Aku tiba-tiba sensitif. Rasa sebak bertandang tanpa dijemput. Kembang tekak nak meraung. Harey.

"Aku Ok."

Aku bagi jawapan klishe. Padahal mata sudah jelas berair. Tunggu masa nak melimpah je. Nana mengerut dahi. Tahu sangat dia tak percayakan aku.

"OK ke mata dah bertakung macam tu? Nak aku tadahkan air mata kau tak?"

Sempat lagi dia selit loyar buruk dia. Jahanam betul. Tanpa dapat ditahan lagi, aku terus menangis. Satu kelas tercengang. Ini bodoh namanya. Aduh Kyung, memalukan AAAAAA!

"Bodola Na! Kau buat apa dekat dia?"

Vernon menjerit separuh kuat di belakang. Ini lagi bodoh. Haih apa dosa aku dapat kawan macam dia? Nana sinsing lengan baju dan berdiri menghadap Vernon.

"Kau cakap baik sikit. Aku dengan Kyung dah kamceng nak mampus, takkanlah aku pula yang buat dia! Logik sikit bang! Eyy ada aku smash satgi ni!"

Nana acah mahu menampar Vernon sehingga lelaki itu bersandar rapat di kerusi. Nana pandang aku dan peluk lengan aku erat.

"Kau, jom ikut aku."

Arah dia dan paksa aku bangun. Malas mahu bantah, aku ikut sahaja langkah Nana. Vernon pandang Nana dari belakang.

"Ganas doe minah tu. Usik sikit pun tak boleh. Nak smash smash bagai. Ingat aku ni bulu tangkis ke? Ye tak Jeon?"

Vernon siku lengan Jungkook perlahan. Meminta lelaki itu sokong dirinya. Tapi Jungkook hanya diam. Vernon lirik Jungkook dan ...

"Eh jujurlah, you gais gaduh ke? Benon tak faham dengan relay pelik you gais ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Eh jujurlah, you gais gaduh ke? Benon tak faham dengan relay pelik you gais ni. You taknak explain apa-apa ke dekat insan lemah macam Benon ni? Serius Benon tak faham."

Vernon mula mood bergosip dia. Riak wajah tu kunci segala mood bagi dia. Kalau muka seiras tenuk teran anak tu tandanya dia sedang dalam mood bergosip. Boleh rujuk gambar di atas ya kawan-kawan ;)

"Tak. Tak gaduh pun. Aku sendiri tak faham kenapa dengan dia."

Jungkook mengeluh dan meraup wajahnya. Dia pun tak ada mood hari ini.

• • •

Jaehyun gigit kepala pensil sambil menghayati topik yang diajar cikgunya di hadapan. Sesekali ada juga terbentuk garisan halus di dahinya. Yang si Mingyu pula, sudah terlelap bersama kapal terbang kertas buatannya. Jawatan sahaja pengawas, tapi hampeh.

[C] Free Topup ♡JJKWhere stories live. Discover now