035

3.5K 436 43
                                    


"Kau punya pasal lah ni!"

Aku tampar badan Jaehyun dengan geram. Serta-merta aku bangun dan mendekati lelaki yang masih mengerekot itu.

"Hai? Er awak ok tak?"

Aku cuba menyoal. Bahunya aku sentuh perlahan.

"Main apa sampai melayang penyodok habis? Senak aku."

Dia berpusing dan mata aku membulat. Jungkook rupanya! Keningnya berkerut dan mukanya merah. Patutkah aku tanya dia nak cendol atau tak?

"Weh! Kau buat apa dekat sini?"

Aku pantas menjauh dari dia.

"Tak penting lah semua tu. Ni aku ni weh, aku yang penting! 'Adik' aku. Sumpah senak!"

Dia merengek. Aku sudah menggaru kepala. Pusing pula aku dibuatnya!

"Er cuba kau bangun?"

Aku beri idea. Pakai hentam je idea tu! Aku mana reti hal-hal senak lelaki ni.

"Dah mengerekot macam ni kau suruh aku bangun? Serius lah?"

Dia menyoal dengan nada tinggi. Argh serabut!

"Habis kau nak aku buat apa?!"

Nada aku naik seoktaf.

"Kawin dengan aku."

Katanya perlahan. Membulat mata aku.

"Kau ni hilang akal ke? Aku sekolah pun belum habis. For god sake doh, aku baru 17 tahun!"

Rambut aku diramas kuat. Boleh gila bila Jungkook bersuara. Silap haribulan, aku layak jadi penghuni wad gila. Serius.

"Habis tu macam mana?! Ni kau ingat adik aku ni tengah ok ke? Buatnya aku mandul ke apa macam mana? Kau punca, kau je la jadi isteri aku!"

Dia menjerit dan jeling aku tajam. Perlahan-lahan dia duduk dan bersandar didinding.

Tak tak aku tak faham ni. Kenapa dia acah macam aku baru habis buat benda tak elok pada dia?

"Kau sure kau mandul? Setakat kena sondol dengan penyodok-"

"Kau perempuan, mana tahu apa-apa."

Pintas dia dan jeling aku tajam.

"Kyung."

Bahu aku dicuit dan aku panggungkan kepala memandang Jaehyun. Ya tuhan, macam mana aku boleh lupa abang tiri rambut belah tengah aku ni?

"Kau nak apa?"

Aku menyoal kasar. Sudahlah kes dia ceroboh bilik aku belum selesai lagi. Mana puas setakat tarik rambut sikat rapat dia tu. Kena extreme lagi, tumbuk pipi dia sekali pun jadilah!

"Penyodok ibu dah rosaklah."

Dia sua batang penyodok yang dah terpisah dengan pencedoknya. Aku menepuk dahi.

Apa benda lah yang tak kena dengan diri aku ni? Selalu ada masalah.

"Kau jangan report ibu!"

Aku sergah Jaehyun dengan muka bengis. Jaehyun hanya tayang muka selamba dan tergelak kecil.

"Tengoklah macam mana. Kalau Jaehyun rajin simpan rahsia, Kyung selamatlah."

Ujarnya. Nak je tangan aku naik tarik rambutnya. Haih! Susah kan ada abang mulut pecah ni?

"Adoh janganlah gaduh depan aku! Semaklah!"

Jungkook bersuara seraya menggosok rambutnya. Aku dan Jaehyun saling berpandangan dan jeling Jungkook.

[C] Free Topup ♡JJKWhere stories live. Discover now