062

2.3K 269 27
                                    


Ayyy I'm back! Trial dah habis.

Ayyy I'm back! Trial dah habis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•  •  •

"Min."

Seokjin menghampiri Jimin yang sedang berbaring disofa. Sedang membaca komik. Jimin mengangkat kening tanpa memandang Seokjin.

"Tolong susun kasut jap. Aku sakit perut. Tolong eah? Saaaayang kau. Muah cited."

Usai habiskan bicaranya, lelaki itu berlari anak kearah tandas. Jimin mengeluh. Komik ditutup dan diletakkan diatas sofa. Badan dipaksa untuk bangun.

"Spoil lah. Dah la tengah baca part gempak."

Rungut Jimin namun langkahnya tetap diatur kepintu rumah. Sebaik sahaja pintu dibuka, dia tercengang. Ada seorang gadis sedang berdiri dimuka pintu. Gadis itu turut terkejut. Tak sempat dia nak lari, Jimin terlebih dahulu pegang lengannya.

"Cik adik ni siapa?"

Tanya Jimin. Pelik teruk ni. Kepalanya terteleng kekiri dan kanan. Kemudian matanya kembali terarah kewajah gadis itu.

Salah rumah ke perempuan ni?

"Er ni rumah Jungkook?"

Tanya perempuan itu perlahan. Tangannya ditarik dari genggaman Jimin. Jimin mengerutkan kening. Apehal pulak cari Jungkook?

"Haah. Dia tinggal sini. Kenapa?"

Tanya Jimin. Gadis itu tersenyum singkat.

"Dia ada tak?"

Tanya perempuan itu lagi. Jimin terdiam sekejap. Soalan dia pun belum dibalas, dah diaju soalan lain pula.

'Jungkook ni takkan dah move on kot? Bukan ke dia tengah gilakan budak sekolah tu?'

"Awak!"

Serta-merta Jimin mengalihkan pandangan kearah gadis itu.

"Jungkook tak ada. Kalau saya boleh tahu, kenapa awak nak jumpa dia?"

Tanya Jimin. Kali ini dia berharap sangat soalan dia dijawab.

"Oh tak apalah kalau macam tu. Saya balik dulu."

Lain yang diharap, lain yang dia dapat. Serta-merta Jimin mengeluh. Langkah gadis itu ditatap daripada belakang. Pelik. Apahal nak jumpa Jungkook?

[C] Free Topup ♡JJKWhere stories live. Discover now