032

3.9K 431 43
                                    


Jungkook pov 🌙

Semua mata housemates aku sedang pandang aku saat ini. Well, masing-masing tengah terkejut dengan keputusan drastik aku nak kembali kesekolah lagi. Padahal aku dah lepas usia pelajar sekolah. Sekarang aku pelajar disebuah kolej yang sama dengan housemates aku.

"Kau gila ke? Sanggup nak hadap balik benda yang kau dah belajar dua tahun lepas?"

Jimin bersuara dan beri pandangan tak percaya pada aku.

"Alah sebab dah pernah hadap lah jadi lagi senang."

Aku bersuara malas. Satu butir popcorn disumbat kedalam mulut.

"Tapi dah dua tahun bodooo. Otak kau pun dah berkarat bab-bab sekolah."

Giliran Hoseok pula bersuara. Aku lempar satu butir popcorn kearahnya. Selamba je bodohkan aku.

"Yang berkarat tu boleh gilap balik."

Ujar aku bersahaja. Yang lain menggeleng tak percaya dengan idea aku.

"Kau buat macam ni sebab Sekyung tu je?"

Soal Taehyung. Aku tersengih. Dah tahu lagi tanya. Ini idea paling gila aku pernah buat dalam hidup aku. Tapi aku jamin aku tak akan menyesal.

"Habis macam mana dengan kolej kau? Nak berhenti?"

Seokjin bersuara setelah agak lama dia cuma mendengar. Aku menggeleng perlahan.

"Aku dah tukar jadual kelas aku dengan pihak kolej. Pandai-pandai aku la nak urus masa nanti macam mana."

Aku tersengih bila dah terlampau yakin dengan keputusan aku. Yoongi hyung mula bangun dari duduknya.

"Serabut aku dengar idea gila dia ni. Hadap assignment pun tak serabut macam dia. Btw, good luck bebal."

Ujar Yoongi sebelum berlalu. Aku tersenyum kelat. Bebal tak bebal la. Aku dah nekad dengan keputusan aku.

.
.
.

"Woi hanat."

Aku pandang semula kedalam kereta. Cukup sekadar mengangkat kening untuk bertanya. Beg yang hanya galas disebelah bahu ditarik kembali keatas.

"Fokus dekat tujuan asal kau, pikat Sekyung betul-betul. Kau jangan lekat dengan junior lain pula. Aku sepak nanti."

Aku tergelak dengan pesanan Namjoon. Aku buat isyarat ok guna jari dan terus berlalu pergi. Sepanjang aku lalu dikoridor sekolah, aku perasan semua mata pandang aku. Terutamanya pelajar perempuan. Rimas doh.

"Tak pernah pandang orang ke apa budak-budak ni? Ada juga kena pang dengan aku."

Bisik aku dalam hati. Rimas. Mata aku melilau mencari pejabat sekolah. Tapi macam tak berjumpa. Aku dah mengeluh.

"Awak? Budak baru kan?"

Tegur seorang pelajar perempuan. Dia tersenyum simpul. Aku hanya mengangguk. Aku syak perempuan ni set-set junior kot.

"Tahu kat mana pejabat sekolah? Saya nak daftar diri."

Pinta aku. Dia mengangguk ringkas.

"Jom ikut saya."

Ajaknya dan berjalan mendahului aku. Aku ikut langkahnya dari belakang. Tiba sahaja didepan pejabat, dia berhenti.

"Ini pejabatnya. Btw, nama saya Kim Gaeun."

Dia menyua tangan untuk bersalaman. Aku balas salamannya dengan terpaksa.

"Saya Jeon Jungkook. 19 tahun."

[C] Free Topup ♡JJKWhere stories live. Discover now