bab 45

1.3K 17 0
                                    


Sudah sampai dihospital Sara masih tidak sedarkan diri. Selepas 10minit baru dia sedar setelah diusahakan oleh para jururawat dan doktor.

Keadaan Sara amat membimbangkan kerana kini demamnya sudah mencapai 41°c.

Selepas melalui pemeriksaan doktor ternyata Sara dijangkiti demam denggi. Meraung Diana di wad kecemasan.

Daniel pula sudah lemah. Banyak sangat yang berlaku bulan Ramadhan ini. Dugaan. Pelbagai ujian yang menimpa Daniel dan Sara.

Diana sudah berhenti menangis setelah dipujuk oleh jururawat. Daniel dalam keadaan lemah mengabaikan percakapaan sekeliling.

Terlalu banyak yang ada dalam fikirannya. Fizikal dan mentalnya amat lemah. Dari semenjak awal puasa badannya tidak banyak berehat. Dia keluar masuk hospital untuk menjaga Sara yang keguguran lalu menyambung kerjanya yang banyak sebab nak cuti raya. Lepastu, Sara yang kena demam denggi. Hatinya tidak berhenti menangis.

Dalam fikirannya sekarang hanyalah untuk tidak mahu kehilangan Sara. Cukuplah dia kehilangan anaknya. Terdengar lagi suara yang bergema dikepalanya tentang persiapan raya yang belum siap. Mahu fikir tentang duit lagi walaupun hartanya banyak tapi tanggungannya semakin bertambah. Banyak permintaan yang perlu dipenuhi. Dia perlu memikirkan tentang simpanan masa hadapan lagi.

Dia mahu membelikan sebuah rumah yang selesa untuk dia dan Sara serta anak-anaknya pada masa hadapan. Dia perlu melihat jadual yang padat untuk mengambil masa melawat Nek Mah dan Opah Sal dikampung.

Dia belum membaca beribu mesej daripada company yang mahunya bekerja.

Pada masa sekarang, Daniel berharap dia ada pembantu peribadi until menguruskan hal kerjanya.

Seperti yang dijangka Daniel pasti akan jatuh sakit kalau dia stress dan emosi tidak stabil. Diana pula sentiasa berada disisi Sara . Kasih nya pada kakak iparnya bagai adik beradik kandung.

Mama pula sibuk mencari solusi untuk merawat demam denggi. Risau sangat dengan menantunya. Papa? Memerhati Sara dari hujung corner bilik. Setiap Kali Sara bergerak pasti dia akan berlari pergi kearah Sara. Selagi Sara belum bangun selagi itu hatinya tidak tenang. Nampak dari raut wajahnya.

Umi ada dekat rumah. Tidak sanggup dia datang melihat anaknya terlantar sakit. Dari rumah lagi dia sudah menangis apatah lagi kalau melihat Sara depan-depan. Lagipun abah ada dekat sana. Hati Umi belum terbuka untuk berjumpa dengannya. Tidak mungkin Daniel tidak memberitahu abahnya bahawa Sara sakit. Air yang dicincang tidak akan putus.

Daddy sekeluarga semestinya datang. Apabila mereka datang Sara terpaksa dipindah keruang vvip kerana terlalu ramai pelawat. Manakala Daniel disediakan sebuah katil sebelah Sara untuknya berehat. Daniel begitu risau dengan Sara . Daniel hanya termenung melihat Sara. Tiada perkataan yang boleh   diungkapkan untuk perasaannya pada masa ini.

Sekali lagi Daniel rasa dia gagal menjadi suami yang terbaik buat Sara. Hati seorang suami ini hancur.

Setelah 2 malam baru Sara sedar itu pun dalam keadaan lemah. Daniel cuba untuk bergelak ketawa untuk menghilangkan rasa gelisah dan risau dalam dirinya.

Setelah beberapa hari ditahan dalam wad Sara diizinkan untuk pulang. Keadaannya masih lemah tetapi lebih baik daripada hari sebelumnya.

Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan pergi. Persiapan raya Daniel dan Sara masih 50%.

Baju raya hanya sepasang sahaja tahun ini kerana itu sahaja yang sempat siap sebelum Raya. Lagipun baju raya mereka ditempah jadi terdapat queue. Nak beli ready made lagilah Tak sempat . Badan Sara sekarang semakin kurus kerana berat badannya susut jadi pasti susah untuk mencari size baju. Kalau hendak dialter belum tentu kedai jahit menerima. Alamatnya recyle baju raya yang tahun lepaslah.

Doktor CintaWhere stories live. Discover now