bab 30

1.4K 33 2
                                    

Daniel sudah hilang dari pandangan peminatnya. Telefonnya yang masih berbunyi diangkat.

Diana calling...

Hoi kau kat mana?

Aku masih dekat tempat tadi lah tadi kena serbu pulak. Kau kat mana?

Aku kat restoran ni.

Eh bongok lah kau ni! Tadi kan kau dah kata kau nak makan, ofc kau dekat restoran . Tapi restoran mana?!

Tempat biasalah! Tu pun bodoh!

End call

Adik beradik ni kalau tak menyumpah sesama sendiri mesti tak sah. Daniel pun segera menutup panggilan Diana malas dia mahu berbahas buat dosa je nanti dahlah pahala belum cukup.

Dari luar restoran kelihatan Diana dan Sara membaca menu makanan. Daniel terus duduk bersebelahan dengan Sara.

"Dah order ke?" Tanya daniel.

"Ish kau ni kan makin lama makin slow lah kau nampakkan kita orang masih belek menu ni jadinya belum lah! Tu pun nak kena ajar!" Hohoho adakah ini tanda perang ketiga?

"Yang kau marah-marah aku ni dah kenapa? Period ke? Chill lah" sesungguhnya engkau adalah abang yang penyabar.

Diana menghelakan nafasnya seraya memberikan senyuman tipis dekat Daniel "kau tau aku lapar kan?! Yang kau lama-lama layan peminat kau dah kenapa?" Nilah perempuan bila lapar. Setuju tak?

"Ish kau ni tu pun nak marah dah nama pun layan peminat. Yelah aku belanja lagi makanlah kau puas-puas!"

"Ha macam nilah baru abang aku!"

Mereka bertiga pun menikmati makanan dengan aman. Biasalah lumrah adik-beradik kan gaduh sikit lepastu baiklah.

Petang sikit baru mereka siap berbelanja dimall. Daniel memberhentikan keretanya ditepi jalan.

"Kenapa stop?" Soal Sara.

"Lighting cantik kena ambik gambar jap!" Susahnya ada suami famous ni. Sikit-sikit nak ambik gambar. Banyak karenah pulak tu dari dalam kereta sampai keluar kereta. Sesunggunya Sara engkau adalah isteri yang penyabar.

"Dahlah bagilah aku lagi" rengek Diana. Abang dengan adik tak jauh beza biasalah followers banyak dekat instagram.

Daniel terpegun dengan cara Sara pose. Ala ala model pun ada. Walaupun Sara ni takde banyak sangat followers dekat instagram tapi dia pun pernah buat kerja part-time modeling. Yelah masa belajar kan guna banyak duit takkanlah dia nak bergantung dekat umi dengan abahnya. Walaupun umi dan abahnya lebih daripada mampu tapi Sara nak jugak merasa bagaimana nak cari duit untuk diri. Sejujurnya bagi Sara tak senang lepas habis kelas mesti ada kerja lepastu kalau cuti sem mesti jadual penuh supaya cuti sem depan dia dapat mengulangkaji. Kadang-kadang dia buat kerja lain lepas modeling. Umi dan abahnya pun risau dengan anaknya. Dahlah keluar rumah awal pagi balik pula lambat.

Didalam kereta Diana mengedit gambarnya untuk diupload di instagram. Sudah tentu gambar yang diedit mendapat kebenaran kakak iparlah sebab Diana mahu upload gambarnya bersama Diana.

Doktor CintaWhere stories live. Discover now