bab 28

1.5K 45 0
                                    

Keluhan demi keluhan keluar dari mulut Daniel. Dia sudah buntu. Kalau balik rumah tak bawa Sara memang dia kena cincang. Dahlah ahli keluarganya sayang sangat dekat Sara . Rasa macam anak kutipan je huhu.

Aduh sara aku nak cari kau dekat mana ni? Tolonglah. Ya allah tolonglah aku.

📞Kring kring kring📞

Zulkamal Baby💕 is calling

Daniel dengan Kam ni memang setengah tiang sikit.

Assalamuaikum honey!

Walaikumsalam baby

Kau cuti lagi ke?

Haah. Kenapa?

Tadi aku nampak wife kau.

Owh yeke

Yelah baby

Okaylah aku pergi hospital jap gi

Lega hati daniel . Ingatkan hilang.

Daniel dengan segera memarkir keretanya. Agaknya macam manalah nak pujuk Sara kan. Dahlah keras hati. Lepasni pasti lagi keras. Good luck Doktor Cinta! Fighting💪

Daniel berlari kesana kesini mencari sang isteri. Nak jerit karang lagi Sara marah sebab dia taknak orang tahu dulu. Biasalah perempuan kalau tak sedia.

Aduh. Mana bini aku ni? Cemana ni? Kam! Yes macam mana aku boleh lupa dengan baby aku!

Daniel menepuk kepalanya.

Calling...

Zulkamal baby💕

Ha. Ada apa?

Sara mana?

Tadi aku tengok dia jalan-jalan dekat hospital. Tak tahu pulak aku dia pergi mana. Yang kau cemas semacam ni apehal? Gaduh eh?

Gaduh manja je baby. Okaylah mekasih kerana membantu

Dalam kawasan hospital lagi kan takpe. Mesti selamat punya. Lagipun jururawat pun kenal Sara.

Daniel pergi ke kaunter pertanyaan untuk bertanya kepada jururawat yang ada.

"Rose u ada nampak doktor sara tak?"

"Eh. Astagafirullah. Doktor ni terkejut saya. Tadi saya nampak dia pergi dekat sana tu. Tapi bukan ke doktor cuti?"  Rose menunjukkan jarinya kearah kanan dimana terletaknnya bayi yang belum matang dan mempunyai masalah kesihatan.

"Memang cuti tapi i ada nak bincang sesuatu dengan doktor sara." Nasib kecurigaan Rose terhenti disitu.

Daniel pun berlari dengan pantas. Sambil berharap yang sara masih ada disitu. Setelah Daniel hampir sampai diruangan itu dia mulai memperlahankan kelajuannya. Ni kan tempat bayi jadi kenalah senyap.

Daniel memasuki disetiap bilik yang ada dalam senyap. Daniel berasa lega setelah lebih 6 buah bilik dimasukinya baru dia nampak sara.

Sara sedang memegang seorang bayi yang pramatang didadanya. Inilah yang Sara selalu lakukan kalau dia ada masa lapang. Dia percaya bahwa setiap bayi yang lahir mereka kuat untuk menempuhi liku liku kehidupan. Bagi meningkatkan semangat mereka untuk berjuang Sara memberi kasih sayangnya kepada mereka.

Doktor CintaWhere stories live. Discover now