bab 13

1.3K 37 4
                                    

Bzzzz bzzzz bzzzz

Kring kring kring!!

Alarm henfon sara berbunyi. Jam sudah menunjukkan jam 6:30 pagi.
"Noo! Aduhai. Dah 6:30 ni dah lambat matilah" tulah siapa suruh tidur akhir main ps4 tak sedar diri esok dah nak kerja.

Sara bergegas menuruni tangga rumahnya seraya mengambil dua keping roti yang sudah dilipat, berintikan nutella.

Sedap😋

"Umi abah sara nak pergi dah ni" sara menyalam tangan kedua ibu bapanya.

"Makan lah baik-baik" nasihat Rokayah.

"Tak boleh umi sara dah lambat ni!" Selepas menyalam terus dia pergi keluar rumah. Laju! Macam petir!

"Abang tengok lah anak abang tu dah tua boleh lagi nak bangun lambat" ujar Rokayah.

"Anak abang anak kamu juga"

●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●

'Fuh selamat! Nasib baik belum banyak orang dekat sini kalau tak mampus.' Sara berkata sendirian.

"Okay semua dah sampai. Sekarang ambil kertas dalam balang ni. Jangan buka" arah seorang lelaki.

"Kamu semua nampak tak doktor-doktor dihadapan kamu ni?" Tanya lelaki itu. Mengikut  tag di baju nya nama yang tertulis adalah Aliff.

"Nampak!" Jerit semua budak baru termasuk sara.

"Okay sekarang kamu bukak kertas yang berlipat tu" arah Aliff lagi.

"Dah?!"

"Sudah!"

"Okay dekat kertas tu ada nama kan. Saya akan sebutkan nama doktor - doktor dihadapan. Jadi apabila saya sebut saya mahu kamu pergi kearah doktor yang telah diberi"

'weh aku harap lah aku dapat doktor yang handsome tu.'

'Haah aku nak yang doktor dekat tengah-tengah tu handsome siot!'

Bisikan pelajar  perempuan itu membuatkan telinga sara terasa begitu gatal.

Orang kat sini nak kerja nak menimba ilmu bukannya nak menggedik sana sini nampak murah.

"Maaf saya lambat" suara siapa? Tapi sara menghiraukan sahaja.

Sara masih tunduk ingin menyendiri. Malas dia mau sakitkan telinga.

Kedengaran bisikkan perempuan semakin bising. Sehinggakan berteriak. Apa lah nasib.

'Weh handsome nya! '

'Cair doh!'

'Nak gugur jantung aku weiii"

Sabor je lah sara.

"Okay doktor yang pertama adalah doktor Aliff iaitu saya hehehe sila buat barisan"

"Yang kedua doktor hamzah"

"Doktor haikal"

"Doktor ni mempunyai peminat iaiu doktor kam" semua  perempuan tepuk tangan. Gatal! Gedik.

Sara hanya menunggu giliran. Masih lagi tertunduk-tunduk.

"Yang paling banyak peminat adalah Doktor Daniel iaitu doktor terakhir kita aka Doktor cinta siap ada fanpage tau!"

Sara terkejut . Ternganga. Terkesima. Adeh banyak nya ter. Daniel hanya tersenyum sinis.

Sara mengangkat tangan.

"Boleh tak saya nak tukar?" Tanya sara pada Aliff.

" tu kena tanya doktor daniel lah"

"Tak boleh!" Tegas daniel.  Tunang kot.

Doktor CintaKde žijí příběhy. Začni objevovat