bab 21 Flashback

1.9K 33 0
                                    


Gembiranya semua orang. Penuh gelak ketawa. Riang sungguh. Mood positif. Takde nak muka buruk masam semua. Memang ngam lah! Dah macam hari bahagia sedunia pulak.

Kalini Sara pulak yang memandu takut pulak dia dengan Daniel punya mata yang semakin kuyu. Ego masih tinggi. Sebenarnya sara rasa kesian jugak dekat suaminya yang dari tadi memandu. Tapi semua itu dibuangnya dinafikannya. Dibuang perasaan yang tidak perlu kerana dia takut untuk disakiti. Takut ditinggalkan lagi. Jadi sebelum apa-apa jadi baik dia buang. Trauma itu masih ada. Bukan senang nak hilangkan trauma tu, lagi-lagi masa dengan cinta pertama. Dah dekat lima tahun sara ditinggalkan tapi luka itu masih berbekas. Selama lima tahun juga lah dia tidak membuka hati untuk sesiapa. Dia takut kalau luka yang baru nak baik , baru nak bercantum itu terlerai berdarah-darah. Setiap kali hujan lebat pasti kenangan pahit itu muncul kembali. Terlalu sakit.

Tak kurang jugak dengan Daniel. Pernah ditipu oleh isterinya. Ya daniel pernah berkahwin namun tidak bertahan lama. Sakit hatinya bila isterinya curang dibelakang. Sedangkan isterinya adalah cinta pertamanya. Daniel selalu berfikir yang cintanya pada isterinya adalah sebuah cinta yang agung. Bukan bermain cinta je bermain betul dengan jantan lain! Siapa tak sakit hati. Sampai memboyot perutnya baru daniel merasa tidak sedap hati. Memang mamanya tidak berkenan dengan bekas isterinya. Mamanya tahu yang bekas isterinya hanya mahu mengikis wang. Pisau cukur.

Apabila hubungan dia dengan bekas isterinya masih baik daniel tidak pernah memainkan perasaannya. Dia berlaku jujur. Tidak pernah sekali pun dia melukakan hati bekas isterinya. Namun setelah peristiwa itu berlaku fikiran daniel terhadap wanita sama sahaja. Pengikis! Sebab itu daniel memainkan hati perempuan. Sebab hatinya telah dipermainkan. Hari-hari lain perempuan macam tukar baju.

Tapi pandangannya pada sara lain. Dia seperti sudah jatuh cinta lagi. Akan tetepi dia keliru. Ya perasaan yang sama bila dia bertemu bekas isterinya pertama kali. Daniel berasa ragu adakah hatinya akan terusik lagi? Betulkah dia jatuh cinta lagi? Bolehkah dia memberi kepercayaan pada sara untuk menjaga hatinya. Bolehkah sara mengubati hatinya.  Tapi mana mungkin semudah itu. Sara tidak menaruh perasaan langsung terhadap daniel. Walaupun daniel mempunyai ciri-ciri yang diidamkan kebanyakkan wanita.

Ciri-ciri idaman sara? Dia sendiri tidak tahu. Hatinya terlalu sakit untuk berfikir mengenainya. Sakitnya yang baru hendak sembuh mungkin akan terbuka lagi.

Hampir sahaja sara mengikatkan tali pertunangan dengan cintanya. Tetapi cintanya pada masa itu tidak jadi. Hasmida berasa lega sebab Daniel adalah pilihannya. Apabila didapati cintanya itu memainkan cintanya dibelakang hatinya bagaikan dirobek. Tidak dapat dicantumkan. Apatah lagi bila dia dapat tahu wanita yang dinikahi oleh cintanya itu sedang mengandungkan anaknya. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya pada masa itu. Hatinya menangis sepuasnya. Air matanya tidak dapat keluar lagi kerana  sudah kering sara jugak tidak  mahu melihatkan dirinya lemah. Hatinya berkata :

Bagaimana aku tidak lemah. Sedangkan cintaku bakal menerima zuriatnya tidak lama lagi. Sedangkan aku terlalu naif mempercayai kata-kata manisnya. Sekarang aku merasa diriku seperti perampas. Bodohnya aku! Meskipun anak nya adalah anak luar nikah aku tetap merasa aku adalah perampas kebahagiaan mereka. Tidak berhak kah aku untuk merasai cinta?! Hina sangat kah aku? Ya Allah engkau kuatkan lah aku! Hati ku berasa amat lemah.

"Tahniah ye! Semoga awak dengan isteri awak bahagia! Saya akan selalu doakan kebahagiaan awak dengan isteri awak. Jangan risaukan saya. Dia lebih berhak untuk menerima cinta dan kasih daripada awak. Saya amat berterima kasih pada awak kerana telah membahagiakan saya walau buat sementara waktu sahaja. Awak adalah pinjaman tuhan pada saya. Ini adalah kata-kata terakhir sebelum kita berpisah. Selamat menimang cahaya mata in advance! dan selamat melayari bahtera perkahwinan. Jangan lupa doakan saya tau! Saya harap kita boleh berkawan selepas ini , saya tidak mahu silaturrahim kita terputus. Nanti kalau isteri awak dah bersalin hantar lah gambar baby ye. Saya amat menghargai kejujuran awak."

Doktor CintaWhere stories live. Discover now