bab 24

1.6K 37 0
                                    

Tangan sara yang diinaikan sudah kering dibersihkan  . Bau inai yang amat kuat kurang menyenangkan bagi sara.

Harap-haraplah selera aku masih ada bila makan.

Harini adalah hari persandingannya. Dia tidak tahu bagaimana acara itu akan berjalan sebab tidak sempat buat rehersal sebab terlalu sibuk. Biasalah komitmen seorang doktor.

Bilik yang didiami oleh sara dan daniel selama 3 hari menjadi tempat persalinan mereka. Segala makeup artist ,designer baju , penghias rambut berada didalam bilik itu. Sibuk benar dipagi hari.

Nasib baik sara sudah mandi terlebih dahulu. Kalau tak hmph malas nak cakap. Dahlah jenis pelupa. Sara hanya menggunakan pakaian dalam dan bath robe sahaja. Dan bath robe paras peha sahaja. Tak tahu lah macam mana boleh jadi doktor tapi pelupa.

Muka dan rambut sara dihias terlebih dahulu. Yelah 2 benda ni memakan masa yang amat lama berbanding yang lain. Daniel pula baru menyarungkan seluarnya. Tanpa baju.

"Ai nyah cantik badan suami kau ada pack! 2 4 6 fuyoo 6 ketul nyah! Untung kau nyah!" Kata Amelia makeup artist yang pondan. Tulah sampai ternyah-nyah.

Sara hanya memberikan senyuman tipis.

"Nak ke ahmad? Eh sorry-sorry Amelia. Kalau nak ambik lah." Uish sara tak sayang suami ke?

"Ish kau ni suka nak buli aku! Nama aku A-M-E-L-I-A! Tapi betul ke kau nak bagi aku laki kau nyah?" Cuba nasib nampak.

"Haah lah. Masani promo habis-habisan. Ambik lah!"

"Ish gila kau nyah. Aku taknak lah jadi peruntuh rumah tangga. Tapikan muka laki kau ni macam familiar je. Laki kau doktor kan?"

"Yelah doktor. Kenapa kau kenal ke?"

Mintak-mintak lah tak.

"Siapa nama laki kau?"

"Nama laki aku Daniel nyah!"

Doktor dengan Daniel. Ya allah! Doktor daniel aka doktor cinta ke? Kekasih hatiku. Selalu stalk dari ig je tak pernah jumpa. Huhuhu.

"Doktor cinta yang femes ke nyah?!" Jerit Amelia. Terhinjut bahu sara.

"Mungkin? Cuba kau tanya dia" Sara saja berteka teki macamlah dia tak tau yang Daniel tu Doktor Cinta yang femes tu. Sebab nasihat cintalah apalah semua benda yang jiwang lagi menjiwangkan mestu ada kena mengena dengan dia. Sara pun tak faham kenapa Daniel banyak peminat.

Amelia membuat bunyi keronkongnya. Halkumnya juga turun naik. Nervous ke kak?

"Emm... abang daniel" panggil amelia dengan nada yang manja dan gedik. Eleh tadi jual mahal taknak jadu pemusnah rumah tangga orang podah!

Eh minah ni main abang pulak dah aku ni pun belum panggil dia abang.

Panggilan Amelia tidak kedengaran oleh daniel.

"Nyah laki kau tak dengar lah! Panggilkan lah"

"Oi Daniel Amelia panggil kau"

Aduh! Bahu sara terasa sakit di cubit Amelia.

"Ee apa main cubit-cubit ni? Sakit lah!"

"Kau ni pun nyah cuba sopan-sopan sikit panggil suami"

"Ye sayang kenapa?" Tanya daniel sambil melemparkan senyuman.

Sara tidak memberi riak apa-apa sedangkan Amelia sudah pun cair dengan senyuman daniel. Senyuman Amelia tidak lekang.

"Amelia nak tanya"

Doktor CintaWhere stories live. Discover now