bab 2

3.6K 67 3
                                    

Jam lonceng daniel pun berbunyi. Kring! Kring! Kring!

Daniel mengeliat dikatilnya. Berat rasa badannya hendak bangun . Dahlah tempat mendaftar tu jauh. Hampir 10 menit dia mengeliat nak bangun. Dengan bantuan adik perempuan nya Diana, yang ganas lagi seram dia kena tendang lalu gugur dari katil.

"Hoi! Cepatlah bangun mama suruh bangun nanti lambat pulak kau sampai dekat tempat mendaftar tu!" Ganas kan. Tapi ikut situasi jugak lah ni kalau dia geram. Kalau dia datang bulan jangan cari pasal memang kena sepak keluar rumah.

"Hah! Harini ke?!" Terus daniel masuk tandas nak mandi. Takde masa nak mandi lama sebab dah lambat. Tak sampai lah dia nak rasmikan jakuzi barunya.

'See you in 3 months sayang' katanya dengan jakuzi barunya. Macam bini pulak siap ada sayang.

"Morning!" Sapanya semasa hendak turun tangga.

"Kamu ni bila nak berubah?" Tanya tuan Hisyam , papa daniel dan diana.

"Berubah apanya?" Kelihatan diana masih menyimpan geramnya.

"Apalagi perangai nak awal bangun tulah!" Terlepas sudah geram Diana. Lama jugak dia tahan.

"Yang kau ni dah kenapa marah-marah ni?!"

"Aku geram lah aku jugak yang kena bangunkan! Baik kau kahwin cepat!"

Fuh jawapan tu...bukan tanya tapi kena suruh.

"Haah betul tu...lagipun kamu ni bukannya muda lagi" sampuk Hasmida mama daniel.

"Ish muda lagi lah" bentaknya.

"Mudalah sangat" sindir Hisyam.

"Dahlah... nak jalan ni."

Habis je makan dia terus menyalam kedua ibu bapanya.

"Kena ke daniel pergi. Nanti mama macam mana. Daniel bukannya pernah jalan jauh dari mama"

"Ma. Dah lupa ke daniel dah travel banyak kali kot tanpa mama jangan risau lah. Lagipun ni dalam negeri lah takde papa punya"

Faktor umur kot sebab tu hasmida tak ingat😆

"Tapi kalau mama rindu macam mana?"

"Ma...boleh skype boleh call boleh video call. Masa ni dah canggih lah ma macam tak biasa je."

Berat hati hasmida nak lepaskan anak terunanya. Mungkin sebab ni lah dia tak paksa sangat anaknya nak kahwin.

Selepas siap menyalam kedua ibu bapanya dia menyalam adik bungsunya yang garang.

Diana pun mengangkat keningnya.

"Apa?" Tanya daniel.

"Balik tu jangan dengan tangan kosong"

"Selalu jugak aku bawa ole-ole kan"

"Tu memang lah WAJIB maksud aku W-I-F-E. "

Kadang-kadang daniel rasa dia yang anak bungsu. Sebab diana ni dah macam mak-mak mama dia pun kalah.

Daniel pun keluar menaiki teksi malas dia mahu bawa kereta sebab nanti dia kena tinggalkan dekat parking lot lepastu kalau apa-apa jadi susah lagipun dia malas nak bayar tiket parking sebab lama kot 3 bulan.

Mendaftar

Punya lama dia cari Kam rupanya dia baru sampai. Nasiblah...

Setelah mereka siap mendaftar tiba masanya untuk masuk ke dalam kapal hospital.

Perangai true colours berdua ni dah keluar boleh pulak mereka duduk di atas kapal tu sambil memancing! Apake?

Perangai!

"Dorang ni dah kenapa?" Tanya nurse paling muda. Nurse sarah.

"Kita tengok je lah hmph..." jawab nurse yang dah lama berkhidmat. Nurse lily. Walaupun orang lama tapi nama cantik punya

Semua orang melihat gelagat kedua-dua doktor tu dari belakang. Dengan kapten kapal sekali ikut bengang.

Sarah ni dah mula sakit hati perangai mereka berdua . Lalu pergi menyapa dan bertanya.

"Kenapa buat macam ni? Kamu ni doktor nak rawat pesakit bukannya bercuti!" Tegasnya. Nak cakap dengan mereka yang pintar ni memang takkan didengar lah.

"Ni belum waktu nak buat kerja lagi pesakit pun takde. And kami ni jarang cuti sebab sibuk so kami ambil lah peluang ni. Nak join?" Pelawa daniel. Kan dah kata dia takkan dengar punya.

Kadang-kadang sarah ni macam diana pulak. Suka marah-marah.

Kapal hospital pun berlepas....

Bersambung.....

Doktor CintaWhere stories live. Discover now