Tiba-tiba Jaehyun ternampak Nana dan juga Sekyung lalu di hadapan kelasnya. Jelas dengan mata kepalanya, Sekyung teresak-esak dalam pelukan Nana.

Refleks dia lempar pensilnya ke luar tingkap dan pensilnya bergolek sehingga berhenti betul-betul di hadapan dua gadis itu. Nana menghentikan langkahnya dan memandang ke arah Jaehyun yang masih menanti di tingkap. Jaehyun tunjuk Sekyung sambil mengangkat kening.

'Ke-na-pa?'

Jaehyun bentukkan bibirnya satu per satu supaya Nana faham.

'Tak-ta-hu.'

Jawab Nana dan kembali menyambung langkahnya. Jaehyun terus angkat tangan.

"Toilet cikgu."

"Kenapa dengan toilet saya?"

Jaehyun terus meraup wajahnya. Waduh buk guru, suka bergurau.

"Izinkan Woh Jaehyun yang kacak bergaya ini ke tandas sebentar."

Pinta Jaehyun sekali lagi dan barulah dia dapat kebenaran dari gurunya. Tak tunggu lama, Jaehyun memecut keluar. Dia sempat melanggar kerusi Mingyu secara sengaja sehingga lelaki itu terjaga dari tidurnya.

"Kelas dah habis bro."

Bisik Jaehyun dan memecut keluar. Mingyu gosok matanya dan terus berdiri.

"Terima kasih cikgu!"

Lantang suara Mingyu membuatkan seisi kelas ketawa. Cikgu Han berpusing laju untuk memandang Mingyu. Sempat dia betulkan kedudukan rambut palsunya di atas kepala. Aih pusing laju sangat, sudah la rambut palsu longgar. Nasib baik tak tertanggal.

"Kim Mingyu! Berdiri sampai habis waktu saya!"

Arah cikgu Han. Mingyu putarkan bebola mata. Dalam hati tak putus-putus mencarutkan Jaehyun. Harey punya member. Hanat betul!

"Cikgu cikgu! Rambut senget sikit."

Usik seorang pelajar lelaki. Cikgu Han malu-malu betulkan semula rambut palsunya.

"Ha tu la. Saiz rambut palsu ni besar sangat. Kepala cikgu kecik je."

Ujar cikgu Han tersipu malu. Pelajar lain tahan tawa. Kalau bukan cikgu ni, dah lama bantai dekah. Sumpah!

"Ha kau!"

Telunjuk cikgu Han lurus ke arah seorang pelajar lelaki yang sedang membaca buku.

"Ya kenapa cikgu?"

Soalan tersebut diutarakan penuh tertib oleh pelajar itu. Salah seorang pelajar nerd kelas 5-1. Terkebil-kebil matanya memandang cikgu Han.

"Kedai kau jual rambut palsu macam mana ni? Besar betul!"

Rungut cikgu Han sekadar mahu menutup malu. Terpinga-pinga pelajar itu.

"Bila masa pula saya buka kedai rambut palsu?"

Cikgu Han garu dahinya perlahan. Makin kebas pipinya. Malu!

[C] Free Topup ♡JJKWhere stories live. Discover now