t w e n t y o n e✨

190 13 0
                                    

🍪sowon pov🍪

sudah seminggu kami berada di thailand. photoshoot pun dah selesai dijalankan dan kami dah pun dapat bayaran masing-masing.

"siapa yang jemput kita ni?" soal eunwoo.

"entahlah" aku pun tak pasti siapa yang akan jemput kami.

satu panggilan memasuki telefon aku dan ianya yerin. tolonglah cakap yang dia nak ambil aku. tolonglah.

"hello"

❝ᴜɴɴɪᴇ,ᴀᴋᴜ ᴅᴀʜ ᴅᴇᴋᴀᴛ ʟᴜᴀʀ ɴɪ. ᴄᴇᴘᴀᴛ  sɪᴋɪᴛ ɴᴀɴᴛɪ ɢᴜᴀʀᴅ ʜᴀʟᴀᴜ ᴀᴋᴜ❞

"haa kejap-kejap" aku mematikan panggilan dan menarik tangan eunwoo.

sebelah lagi tangan aku menarik bagasi. mampus kalau terlewat sikit. nanti yerin membebel sampai tak tahu bila nak habis.

"kejaplah...tak cukup nafas saya berlari"

ah. kita tak ada masa nak berehat. aku pun nak cepat sampai ke kereta dan bersandar pada kerusi.

"haa nasib baik sempat sampai. kalau tidak aku membebel je nanti" yerin tersenyum nipis.

"macamlah aku tak kenal kau"

bagasi dicampakkan ke dalam bonetnya. aku dan eunwoo duduk di tempat duduk belakang.

"seronok bercuti?"

"bercuti apanya? kitorang bekerja dekat sana" bidas aku.

tipulah kalau tak ada berjalan-jalan sikit. memang tak sahlah kalau tak bercuti. sambil menyelam minum air kan?

"ni nak hantar eunwoo dekat mana? rumah dekat mana?" soal yerin.

"jalan depan ni dan belok kiri. nanti ada rumah warna biru tu berhenti"

yerin mengangguk. dia terus memandu dan aku pula memandang ke arah eunwoo lama.

"dah sampai"

aku turun sekali di rumah eunwoo. bagasinya dibawa keluar dari bonet kereta. dia memandang ke arah aku dan memegang kedua-dua tangan aku erat.

"tak boleh ke awak tidur dekat sini?" soal eunwoo.

aku mengetap bibir dan menggeleng. ikutkan hati nak aje aku tidur di rumahnya tapi budak-budak tu cakap apa pulak nanti.

"mianhae , lain kali ya?"

"alaa...nak hari ni jugak" eunwoo menghentakkan kaki.

tindakannya itu membuatkan aku tersengih. nampak macam mengada tapi itulah salah satu sebab mengapa aku terus berada di sisinya.

dia comel dalam apapun perkara yang dia lakukan.

Hon

dengki betul yerin ni. aku nak bersweet dengan eunwoo sekejap pun tak boleh.

"yerin dah bising tu. awak masuklah dulu" kata aku.

"awaklah masuk dulu" eunwoo masih tidak melepaskan tangan aku.

"awaklah"

dia menggeleng laju.

"awaklah. cepat masuk,saya tunggu sini selagi awak tak masuk dalam kereta"

aku menganggukkan kepala. kaki dijongketkan sedikit dan aku mencium pipinya.

"jalga dongdong" aku melambaikan tangan dan segera memasuki kereta.

nanti apa pula kata si yerin. dia tu mana boleh tunggu orang lama-lama.

🍪eunwoo pov🍪

aku memegang pipi aku yang dicium oleh sowon. pipi aku mula membahang dan tangan aku menepuk-nepuk paha.

"dongdong , auch"

aku memegang jantung aku dan berlari masuk ke dalam rumah dengan bagasi di tangan. lenalah aku tidur malam ni.

"apa khabar big boss?" soal sanha.

"terlampau baik"

sanha menggelengkan kepalanya. ish ish aku baik pun salah. kalau aku naik angin nanti lagilah salah.

"bye bye. aku masuk bilik dulu"

masuk saja dalam bilik,aku terus mencampak bagasi di atas lantai. aku naik ke atas katil dan melompat-lompat di atasnya.

"dongdong ! dia panggil aku dongdong"

bantal dibalingkan ke arah almari dan aku seakan-akan berparty seorang diri. sebenarnya aku tengah meroyan sebab sowon memanggil aku dengan panggilan itu sekali lagi.

izinkan aku bersemadi dengan tenang malam ni. okay gurau saja tapi aku sangat seronok hari ni.

Next day

aku terjaga awal dan dengan gembiranya aku membuat sarapan. bukannya sarapan yang luar biasa. hanya sekadar roti bakar dengan jem strawberi.

"aku keluar dulu ! " aku mengambil sekeping roti bakar dan keluar dari rumah.

aku dah buat keputusan untuk melamar sowon. aku mahu jadikan dia milik aku. milik aku yang sah.

aku memandu ke kedai barang kemas dan membelikan cincin untuknya. cincin yang aku pilih untuknya nampak sesuai padanya.

"khamsahamnida " aku melangkah dengan gembira.

beg kertas di tangan aku dipandang dengan gembira. aku meletakkan beg kertas itu di tempat duduk di sisi aku.

sempat lagi aku memakaikan tali pinggang pada beg kertas itu agar ianya tak kemalangan. hebat tak?

"sekarang nak pick up sowon dari rumah. jom"

aku menekan minyak dan memandu laju ke rumahnya. sampai saja di rumah sowon, aku kelur dari kereta dan menjemputnya di hadapan pintu rumah.

"dah sampai? mesti awak memandu laju kan tadi?" sowon menjengilkan matanya.

"mianhae saya tahu awak dah beberapa kali warning saya suruh pandu perlahan. tapi saya tak sabar nak jumpa awak"

aku tersengih. siapa aje tak sabar nak jumpa cinta hati dia? tell me right now.

"haa yelah. kali ni saya maafkan awak. tahu tak bahaya kalau memandu laju ish"

aku memegang tangannya dan kami bersama-sama memasuki kereta. cincin tadi aku sorokkan di tempat duduk belakang.

mana boleh beritahu dia sekarang. nanti tak supriselah.

Tbc.

SHINEㅣ차은우Where stories live. Discover now