🍪eunwoo pov🍪
Apahal sowon macam nak cepat je? Dari tadi tangannya tak berhenti menggeletar . Takkanlah nervous dari shooting tadi tak berhenti sampai sekarang .
"kau dah kenapa? Risau semacam je" kata aku .
Dia tersenyum nipis .
"sebenarnya, budak-budak tu bising . Dia suruh aku balik rumah . Tapi aku kena singgah beli barang dapur dulu"
Aku mengangguk . Patutlah dari tadi telefon dia tak berhenti berbunyi . Notifikasi dari aplikasi kakaotalk tu sudah membuatkan aku jemu .
"kalau macam tu jomlah beli barang dapur kau" eh kenapa aku ajak dia beli pulak .
Itukan barang dapur dia . Bukannya barang dapur aku . Bijaknya eunwoo . Kau tak boleh tarik semula kata-kata kau tu .
"jomlah . Nanti lambat pulak sampai rumah" aduh .
Sowon pun satu . Tak boleh ke dia tanya aku sekali lagi . Eh betul ke kau nak teman aku beli barang dapur? Buat susah-susah saja .
Tak ke senang aku nak tarik balik pelawaan aku tadi 〒_〒 .
Kami berdua kembali ke dalam kereta dan terus menuju ke minimarket . Tempat yang ramai orang dan kecoh .
"kau tunggu dalam kereta jelah . Lagipun kau kan tak suka tempat yang kecoh-kecoh" kata sowon .
"eh suka hati akulah nak ikut ke tidak"
Aku terus mematikan enjin kereta . Dia ni suka mencabar aku . Eunwoo pantang dicabar . Aku takkan biarkan dia gunakan kelemahan aku .
Aku ni kuat merepek jugak . Dia suruh aku duduk dalam kereta tapi aku yang beria nak keluar . Tak pasal-pasal aku terpaksa bawa plastik barang dapurnya .
"lama lagi ke?" soal aku .
"sekejaplah . Aku tengah cari cendawan" dia mula mencari cendawan .
Aku pula dah basah lencun dengan peluh . Tangan aku ni gatal je nak lap peluh aku tapi semuanya terbatas . Plastik barang dapur ni terlalu berat .
"dah jumpa pun . Sekejap aku pergi bayar dan kita boleh balik rumah" sowon pergi membuat pembayaran .
"eh kamu eunwoo kan?" aku pandang makcik yang jual oden di sebelah aku .
Aku tersenyum dan menganggukkan kepala .
"anak makcik peminat nombor satu kamu . Ni ambillah oden ni sebagai hadiah" makcik itu menghulurkan cawan pada aku .
Tangan aku sudah dipenuhi dengan plastik jadi susah untuk aku mencapainya .
"eunwoo . Haa sini pun kau" sowon mendekati aku .
"tolong ambilkan oden tu" kata aku .
Sowon mengambilnya dan membawanya sehingga ke kereta . Barang dapurnya aku susun di tempat duduk belakang .
"mana oden aku?" soal aku dan aku pandang sowon yang sedap makan secucuk oden milik aku .
"woi! SUKA HATI ENGKO JE MAKAN ODEN AKU ALAAAA" aku menjeling ke arahnya .
Tinggal secucuk saja oden untuk aku . Mana cukup . Kalau dapat dua cucuk pun memang tak akan cukup .
"laa aku ingatkan kau belanja aku secucuk tadi" sowon menggaru kepalanya dan menayangkan muka tak bersalah .
Oden aku(╥_╥).
🍪sowon pov🍪
Aku tak tahu pulak semua oden tu untuk dia . Kalau aku tahu,memang aku takkan makanlah . Bukannya aku nak cari nahas pun dengan dia .
"mianhae . Aku rasa macam terdengar kau suruh aku makan satu tadi"
Aku betul-betul tak sengaja . Dia nampak murung sangat lepas nampak aku makan odennya .
"eunwoo" aku menarik lengannya .
Dia dah jadi seperti batu . Hari tu hati batu . Kali ni badan pula membatu . Dia tak bercakap langsung dengan aku . Enjin kereta pun tidak dihidupkan .
"woi, mianhae . Aku betul-betul tak sengaja . Kau tak nampak ke muka innocent aku ni?" aku tersengih padanya .
Dia cuma tersenyum nipis . Enjin kereta dihidupkan .
"aku akan cepat hantar kau ke kereta kau supaya tak ada masalah yang timbul lagi . Mungkin lepas ni kau akan makan tingkap kereta aku" kata eunwoo .
Dia seperti patung yang tak bernyawa . Tapi kata-kata dia tadi menusuk jantung aku . Auch sakit woo .
"agak-agaklah nak perli pun . Dah cepatlah hantar aku . Aku bukannya sengaja pun makan oden kau tu"
Aku menjelingkan mata ke arahnya . Tiba-tiba pula aku rasa geram . Kalau ada barang yang boleh digunakan untuk hempuk kepala dia memang dah lama dia mati .
Nak saja aku pukul dia guna peti ais .
"dah sampai" aku membuka pintu kereta dan cepat-cepat mengambil plastik barang dapur aku .
Aku terus ke kereta aku tanpa berterima kasih padanya . Siapa suruh sakitkan hati aku?
"tak guna betul . Suka hati dia je nak marah aku . Dia ingat dia tu anak raja?" aku mula menghidupkan enjin kereta dan pulang ke rumah .
Tbc.
YOU ARE READING
SHINEㅣ차은우
Fanfictionkim sowon yang baru saja bermula dalam bidang permodelan dipertemukan dengan seorang lelaki berlagak iaitu cha eunwoo. malang betul, wajah dahlah kacak tapi perangai hm. ❝ eh eunwoo. Awal lagi nak balik . Tambang teksi tak bayar lagi ❞ ㅡsowon. ❝ ak...