s i x t e e n✨

188 11 0
                                    

🍪sowon pov🍪

Sejak seunghwa pergi,eunwoo banyak berdiam diri. aku agak keliru sama ada aku atau seunghwa girlfriendnya.

"ppali meogo"

Eunwoo menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"kenapa awak asyik masam aje?" soal aku.

"seunghwa. saya nak jumpa dia" eunwoo memandang ke arah aku lama.

Kenapa aku dapat rasakan yang dia sukakan seunghwa? aku ni bukan girlfriend dia ke?

"awak sukakan seunghwa?" aku memandang ke arahnya.

"apa awak cakap ni,sowon? saya sukakan awak"

Aku menggelengkan kepala. dia keliru yang dia sukakan siapa sebenarnya.

"eunwoo,saya faham awak sedih bila seunghwa menjauh tapi saya rasa lain. saya rasa macam awak sukakan dia" kata aku.

Eunwoo meletakkan sudunya dan memandang aku lama.

"sowon. berhenti cakap benda mengarut"

"saya beri awak masa untuk fikirkan siapa sebenarnya yang ada dalam hati awak. kalau awak rasa seunghwa orangnya,kejar dia. Kalau ianya saya,cari saya"

Aku mula berdiri. eunwoo menarik tangan aku. jujur aku cakap yang aku sangat cintakan eunwoo. aku takut kehilangannya.

tapi dia seperti hilang arah selepas seunghwa pergi. aku ni tak bermakna ke dalam hati dia?

"jangan pergi,sowon. saya...saya sayangkan awak" kata eunwoo.

"cari ketenangan. ikut pilihan hati awak. saya pergi dulu"

Aku menolak tangannya dan aku keluar daripada restoran tersebut. aku tak kuat nak menghadapi semua ni tapi eunwoo perlu sedar.

dia keliru dengan pilihan hatinya. maafkan aku eunwoo.

-----

🍪yuna pov🍪

Aku pandang sowon unnie yang asyik termenung. takkanlah eunwoo ada lukakan hatinya? ish selama ni bahagia aje diorang berdua.

"unnie, jom teman yuna keluar. bosanlah duduk dalam rumah je"

"tak naklah. malas" kata sowon.

aku mendekatinya dan menarik lengannya. selalunya akulah yang malas nak keluar tapi kali ini sowon unnie pula yang malas.

"alaa jomlah. yuna dengar ada kedai yang jual kek hazelnut"

"mulalah tu nak hasut unnie" sowon memuncungkan bibirnya.

aku menarik lengannya kuat dan kini dia mula berdiri. kunci kereta miliknya aku ambil dan kami berdua keluar daripada rumah.

"unnie drive tau. yuna tunjukkan jalan je" kata aku.

sowon unnie menganggukkan kepalanya. aku memakai tali pinggang dan mula menunjukkan arah kedai itu. aku tahu sowon unnie takkan menolak bila aku sebut perkataan hazelnut.

"haa tu kedainya"

sowon mula mematikan enjin dan kami berdua masuk ke dalam kedai itu.

"unnie pergi duduk dulu. nanti yuna datang" kata aku.

aku terus ke kaunter dan membuat pesanan. dua potong kek hazelnut dan dua gelas iced americano dipesan oleh aku.

"tadaaa" aku meletakkan dua piring kek hazelnut di atas meja.

aku duduk pada kerusi dan memandang ke arah sowon unnie lama. dia kelihatan tak bermaya. aku rasa dia dah tak makan malam untuk dua hari.

apa benda yang berputar dalam fikirannya sampaikan dia asyik nak mengelamun aje?

"makanlah unnie" kata aku.

dia mengangguk.

"unnie bergaduh dengan eunwoo ke?" sowon terus memandang ke arah aku.

okay. aku tersalah cakap ke?

"entahlah" balasnya dan dia mengeluh.

macam teruk saja bunyinya. takkan pasangan merpati sejoli ni akan bergaduh? mesti ada punca utamanya.

"kalau unnie tak kisah, kongsilah dengan yuna. mana tahu yuna boleh tolong"

aku bukannya nak menyibuk tapi sowon ni dah macam kakak kandung aku. semua masalahnya macam masalah aku sendiri. takkanlah aku nak biarkan dia pendam saja masalah dia tu.

"eunwoo. unnie rasa dia sukakan kawan dia" aku terus ternganga.

"kenapa pulak unnie rasa macam tu?"

sowon menyuapkan kek itu ke dalam mulutnya.

"sejak kawan dia pergi,dia asyik masam dan termenung. unnie tahu diorang dah lama berkawan tapi cara eunwoo rindukan dia tu lain macam"

aku menganggukkan kepala. aku dah pesan dengan eunwoo supaya jangan sakitkan hati sowon. apa dah jadi sekarang ni?

"dia asyik termenung sedangkan unnie ada di hadapan dia. unnie sendiri keliru sama ada unnie atau kawannya tu girlfriend dia"

berat kes sowon ni. semuanya terletak pada tangan eunwoo untuk menentukan siapa yang dicintainya.

"unnie janganlah sedih-sedih. kita cuma perlu tunggu keputusan daripada eunwoo" aku menggenggam erat tangan sowon.

tubir mata sowon mula berair. mulalah aku nak ikut menangis sekali. ish lemahlah aku macam ni.

"macam mana kalau dia pilih seunghwa berbanding unnie? unnie takut kehilangan dia" kata sowon.

aku menggelengkan kepala laju.

"yuna yakin jodoh unnie dengan dia. Unnie kena kuat" aku mengusap tangan sowon.

aku takkan biarkan eunwoo tinggalkan sowon macam itu saja. dia tak boleh lukakan hati sowon. aku akan perbetulkan hubungan mereka.

aku janji.

Tbc.




SHINEㅣ차은우Where stories live. Discover now