e i g h t✨

262 19 6
                                    

🍪eunwoo pov🍪

Salah ke aku nak jadikan dia girlfriend aku? Aku baru tahu dia tu pelajar sekolah aku dulu merangkap kepada crush aku .

Kau apa tahu? Susah tau nak lupakan dia . Sampai hati dia pindah sekolah dan pergi tinggalkan aku(╥_╥).

"apahal sedih-sedih ni bossku" myungjun memeluk bahu aku .

"sowon tak ingat aku . Alah dia memang tak tahu aku ni sukakan dia" aku menekup muka aku .

Mengacah nak menangis tapi tak jadi . Mana boleh menangis depan myungjun ni . Dia ni kuat membahan orang .

"inilah dugaan hidup wahai anak muda . Janganlah meraung"

"tapi aku dah lama suka dia" aku mencebikkan bibir .

Bukan setahun.  Ini dah masuk tahun ketujuh aku sukakan dia . Walaupun aku tak jumpa dia tapi aku tak boleh berhenti sukakan dia .

"sabarlah . Nanti kau ceritalah semuanya pada dia . Dia tak ingat kaulah tu" kata myungjun .

Aku mengangguk lemah . Kaki lemah melangkah ke dalam bilik . Kenapalah aku tak confess waktu sekolah dulu?

Next day

Hari ni ada outdoor shooting . Nak tak nak terpaksalah sowon jumpa dengan aku . Semuanya gara-gara aku pilih dia jadi pasangan aku kali ni .

Aku duduk di atas kerusi sementara menunggu sowon tiba . Kebetulan sowon dah pun sampai dan dia tidak langsung memandang ke arah aku .

"sowon,tunggu sekejap" kata aku .

Aku menarik lengannya sehingga kami tiba di tempat yang agak tersembunyi . Aku tak naklah sebab semalam photoshoot ni akan jadi kucar-kacir .

"aku tahu kau agak keliru dengan apa yang aku cakap semalam . Tapi semua tu bukannya gurauan . Kalau aku tahu itu kau, aku takkan layan kau macam tu"

Sowon memandang ke arah aku lama . Aku tahu dia masih lagi keliru .

"aku dah lama sukakan kau sowon . Tujuh tahun lepas, kita pernah satu sekolah dan kau berpindah . Aku tak pernah sempat luahkan perasaan aku pada kau" kata aku .

"jadi kau tak tipu?" sowon menjongketkan keningnya .

Aku menganggukkan kepala aku laju . 

"okay . Aku percayakan kau . Tapi aku tak boleh terima kau macam tu je sebab aku pun tak pernah sukakan kau" kata sowon .

"eh tak apa . Aku faham"

Sowon tersenyum . Pergh cair aku . Janganlah buat aku tergila-gilakan kau woi(๑ ิټ ิ) .

"kalau macam tu aku bagi kau masa untuk buat aku sukakan kau" eh eh sowon .

"betul ni?" soal aku .

Sowon menganggukkan kepalanya laju . Mulut aku terus mengukirkan senyuman .

"jom cepat . Kita kena bersiap nak photoshoot ni" aku tersengih dan menarik tangan sowon .

Hati aku dah berbunga-bunga selepas dapat peluang daripada sowon . Akhirnya aku dapat luahkan semua yang terbuku dalam hati aku .

FIGHTING EUNWOO!

🍪sowon pov🍪

Aku ingatkan eunwoo ni main-main . Tapi sebenarnya dia langsung tak bergurau . Aku agak terharu bila dia beritahu yang dia sukakan aku dalam tempoh yang lama .

Takkanlah aku nak sia-siakan seseorang seperti dia . Sebab tulah aku beri dia peluang untuk buatkan aku jatuh hati pada dia .

Bijak tak aku(๑ ิټ ิ)? Tak apa tak payah beritahu . Aku dah tahu yang aku ni bijak . Ehek .

"aku nak belanja kau minum" kata eunwoo .

"jom"aku tersengih .

"tapi kita naik superbike akulah"

Aku hanya menganggukkan kepala laju . Aku mula membonceng superbike milik eunwoo . Tangan aku dililitkan pada pinggangnya dan kepala aku disandarkan pada belakangnya .

SERONOKNYA!

"dah sampai . Kau tak nak lepaskan pinggang aku ke?"

Aku terus tersedar dan melepaskan pelukan pada pinggangnya . Malunya weh . Mana aku nak sorokkan muka aku ni?

"jom" aku dah agak dah . Mesti dia akan bawa aku ke kafe ni .

Sebab kafe ni tak ada ramai orang . Yelah dia kan tak suka tempat yang bising .

"kau pergilah duduk dulu . Biar aku yang pesan minuman . Nak minum apa?" soal eunwoo .

" hazelnut coffee "

Aku pandang eunwoo yang perlahan-lahan menuju ke arah cashier . Macam manalah lelaki sekacak dia boleh jatuh cinta pada aku?

"comel" aku tersengih berseorangan .

"siapa? Aku ke?"

Eunwoo meletakkan minuman di atas meja dan tersenyum . Aku menahan mulut aku daripada tersenyum . Kenapalah aku banyak buat perkara yang memalukan akhir-akhir ni?

"kau pernah dapat coklatkan waktu valentine's day" aku menganggukkan kepala .

Ada satu tahun tu je aku pernah dapat coklat . Lepas je aku pindah sekolah, tak ada langsung coklat dalam loker aku .

"aku yang bagi coklat tu"

Mata aku terus memandang ke arah eunwoo . Dia takkan tipu aku kan?

"nak dengar cerita tak?"

Aku terus menggelengkan kepala laju . Tak naklah dengar kisah dongeng cinderella lagi . Dah muak .

"ish saya nak cerita waktu saya bagi coklat tu"

Aku pandang wajah eunwoo . Aku tak silap dengarkan? Dia guna saya berbanding aku kan tadi?

"kenapa diam? Lepas ni tak perlulah guna aku-kau lagi . Nampak kasar sangat"

Aku tersengih dan menganggukkan kepala . Perlahan-lahan hati aku mula terbuka untuknya .

Tbc.

SHINEㅣ차은우Where stories live. Discover now