t w o✨

521 34 1
                                    

𝘦𝘶𝘯𝘸𝘰𝘰'𝘴 𝘱𝘰𝘷

Aku letak helmet aku dan cepat-cepat bergegas masuk ke dalam bangunan. Aku tak boleh terlewat dalam meeting pagi ni.

Pap! Boleh pulak aku terlanggar seseorang tapi aku hanya membiarkan dia. Aku tak ada masa. Aku dah terlalu lewat. Habislah aku kena marah dengan ceo sajangnim nanti.

" meeting cancel hari ni. "

Elok sangat aku terkejar-kejar datang sini. Lepastu meeting cancel. Pergh hebat.

" you look different today . Em mana you punya earing legend tu? " soal kim iaitu salah satu pereka fesyen di company ni .

" ada jeㅡwait mana aku punya earing. Sorry kim, aku gerak dulu. "

Aku terus memasuki lif dan bersandar pada dinding lif. Agaknya dekat mana aku tercicir kan earing tu. Mungkin dekat groundfloor .

Aku melangkah keluar dari lif dan mula mencari earing tu. Earing tu sangat berharga untuk aku .

Seorang gadis tinggi lampai lalu dihadapan aku dan aku terus menegurnya. Mana tahu dia ada terjumpa ke pin aku.

" em sorry menganggu. Tapi ada nampak pin jatuh di sekitar ni? " soal aku .

Gadis itu terdiam. Takkanlah bisu pulak? Apa nak jadi dengan company ni. Mana boleh hire pekerja yang bisu. Macam mana nak bekerja nanti.

" kau ke yang langgar aku tadi? " soal gadis itu .

" hah? Yang pagi tadi tu ke? Sorry. Aku tak sempat minta maaf tadi. "

Aku menunduk hormat padanya. Boleh cakap rupanya. Ingatkan bisu tahap dewa.

" kau ada jumpa earing aku tak? " soal aku .

Dia mengangguk. Tangannya diselukkan ke dalam poket bajunya dan mengeluarkan earing bulat berwarna hitam.

" terima kasih. Aku tak tahu nak berterima kasih macam mana lagi. " aku tersenyum padanya.

"aku pergi dulu ya. " gadis itu meminta diri dan terus meninggalkan aku.

Pergh laju-laju nak pergi mana. Baru nak belanja minum sebagai tanda berterima kasih.

𝙎𝙆𝙄𝙋

Aku mencampakkan diri di atas sofa. Keluhan berat dilepaskan. Kalau aku tahu meeting cancel, baik aku duduk rumah.

" woi! Balik-balik terus baring atas sofa aku. Dah sana. " myungjun menolak aku.

" tak guna.  Sakit bontot aku, hyung " aku mengusap punggung aku .

Dah tua pun nak main tolak-tolak lagi. Aku tolak kau masuk gaung nanti baru tau. Nasib aku sayang kau .

" WOHOOO SANHA mana air aku. "

Haa sudah. Menjerit pulak manusia bernama jinwoo ni. Tahulah dah tua tapi tak payahlah nak memekak.

" AIR UDAH SAMPEE PEUW PEUW. "

Sanha membawa segelas air untuk jinwoo dan dicurahkan atas kepala jinwoo. Okay tipu saja dia letak atas meja.

" MANO MINHYUK NI? DAH LAMO DEN TUNGGU!"

" ingat style ke semua nak jerit-jerit? Aku sepak kau nanti moonbin. "

Aku jeling manusia-manusia yang berakal ni. Ada akal tak nak guna. Memekak je. Moonbin elok garu ketiak dia tunjuk muka tak bersalah pada aku.

" kenapa sunyi je rumah ni? Jomlah BISINGKAN SI NOPAL. " minhyuk menuruni anak tangga .

Elok beberapa langkah dia terjatuh daripada tangga. Aku hanya mampu tepuk tangan untuk dia .

" tahniah. "

" tak ada orang nak tolong aku ke? "

" aku manusia bukannya orang. Dah cepat nak keluar ni setan! "

Moonbin menyeret minhyuk dengan tangannya. Gila ah muka minhyuk terseret dekat lantai rumah.

Confirm rumah berkilau nanti. Aku tak tipu. Aku pun berjalan masuk ke dalam bilik dan masuk ke alam kubur. Alam mandi. Badan sudah berbau tahi .

─────────────

SHINEㅣ차은우Where stories live. Discover now